Friday, May 29, 2015

Elaun Wakil Rakyat Pahang Naik Kepada RM11,000




















Kali terakhir kerajaan negeri Pahang semak semula elaun wakil rakyat ialah pada tahun 1994 yakni 20 tahun lampau. WZWH ada menyentuh hal ini dalam posting Bila EXCO dan ADUN Pahang Mahu Naik Elaun?

Jumaat sidang Dewan Undangan Negeri itu telah meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Menerusi keputusan itu juga elaun Menteri Besar naik dari RM14,175.15 kepada RM30,000, Ahli Exco Kerajaan Negeri RM6,109.29 kepada RM14,000.

Speaker dan timbalan Speaker pula naik dari RM6,109.29 kepada RM14,000 dan RM2,662.00 kepada RM9,000.

Rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan disokong oleh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya.

Menurut DSD Adnan Yaakob semakan semula elaun ini sudah tertangguh begitu lama.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Sebelum itu pada awal ucapan penggulungan MB Pahang ada menyentuh persekitaran ekonomi dunia terutama ekonomi China dan Amerika Syarikat ciri-ciri yang boleh mempengaruhi ekonomi dunia dan serantau.

Juga perbezaan ekonomi negeri kaya seperti Selangor jika mahu dibandingkan dengan Pahang bagaimana sejak zaman British pelaburan infrastruktur telah banyak dicurah untuk membangunkan negeri-negeri kaya yang sehingga sekarang perolehan ekonomi berhasil sangat baik.

Pahang di dalam mengejar kemajuan perlu mengambil kira faktor mengawal alam sekitar. Apa yang dirancang atas kertas sangat baik tapi bila bab operasi dan implementasi ada kekurangan yang perlu di atasi.

Umpamanya dalam kes besi dan bauksit di Kampung Selamat Beserah sangat teruk. MB telah mengadakan tiga kali mesyuarat bagi mengelak pencemaran melampau.

Melakukan operasi bersepadu melibatkan PTG dan agemsi serta penguatkuasaan yang lain fokus kepada membenteras pelombong-pelombong haram. menyita lori dan premis bangunan umpamanya.

Tidak cukup dengan MPK dan Persatuan pelombong menjalan operasi pembersihan cuci kawasan yang dikotorkan oleh operator-operator yang tamak tapi kadar kekotoran yang tidak bertanggungjawab lebih laju lagi.

Tidak dinafikan turnover industri bauksit ini menghasilkan RM200 juta sebulan adalah ekonomi yang buat semua orang teruja. Kerajaan Negeri Pahang mungkin akan mengambil deposit RM300,000 sebagai pendahuluan dari setiap pelombong bagi fund untuk operasi membersihkan pencemaran bauksit.

Kerajaan Pahang serious mahu membina perumahan PRIMA yang sudah dibina 27,000 unit. Harga sebuah rumah dalam RM80,000.

Bagi penguatkuasaan Majlis Keselamatan Negara di Cameron Highland yang tidak disenangi oleh pekebun-pekebin kecil kurang dari 5 ekar maka Kerajaan Pahang dan MKN telah bersetuju untuk berhentikan tindakan dan selaraskan tol penanam sayur yang secara turun temurun telah mengusahakan tanaman sayur.

Tetapi MKN dan Kerajaan Pahang tidak akan kompromi kepada penanam sayur haram dan penerokaan tanah haram di Cameron Highland.

Berkenaan Visit Pahang 2017 menyedari kepentingan produk-produk pelancongan kepada sumbangan ekonomi Negeri Pahang maka Kerajaan Pahang komited menjayakannya.

MB juga menyentuh isu GST yang pada pendapat beliau adalah kurang jelas penerangan dan mengelirukan yang disampaikan kepada rakyat. Sistem pencukaian ini adalah baik. Jika hasil cukai OK maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji kadar bantuan yang lebih baik diberikan kepada masyarakat

Thursday, May 28, 2015

ADUN Tahan Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Percepatkan Projek Jalan Jerantut-Benta




YB Dato' Wan Amizan bin Wan Abdul Razak , ADUN Tahan mencelah penggulungan dari wakil kerajaan.

Semasa sesi penggulungan wakil kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, ADUN Tahan telah mencelah.

ADUN Tahan bertanya apakah status Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran dalam RMK 11.

Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran  yang telah dirancang sejak RMK 9 telah terbengkalai pelaksanaannya.

Status projek tersebut adalah walau dalam keutamaan dan dimasukkan ke dalam RMK 11 namun kelulusan projek itu belum lulus lagi

ADUN Tahan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas memanggil semua ADUN-ADUN yang terlibat melibatkan dalam tiga kawasan parlimen iaitu parlimen Lipis, Jerantut dan Maran menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mendapatkan kelulusan dan mempercepat Projek Jalan Jerantut-Benta.

Negeri Pahang besar dan luas. Semua daerah dan bandar ke bandar perlu jalinan jalanraya yang baik. Semua perlu dipertimbang sebagai keutamaan.

ADUN Tahan berhujah keutamaan Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran perlu bagi menghubung sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain.

Pengalaman ADUN Tahan bagi mendapatkan kelulusan Projek Jalan Fasa 1 Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi sebanyak RM121 juta dan tambahan kelulusan Projek Jalan  Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sebanyak RM280 juta mendapat kelulusan hasil sokongan kuat DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Bagi sesi penggulungan wakil kerajaan  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, ADUN Tahan mengucapkan terima kasih kerana baru-baru ini Kementerian SKKM dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri telah mengadakan Program Connected to Unconnected bagi mengesan masalah akses broadband dan internet di kampung pendalaman serta pelan pembinaan beberapa menara komunikasi di Ulu Tembeling dan Kuala Tahan.

Akhir sekali ADUN Tahan mencelah sesi penggulungan wakil kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri. ADUN Tahan bertanya status Hospital Besar Jerantut adakah dalam perancangan RMK 11.

Wakil kerajaan menjawab hanya Hospital Besar Maran dan Rompin dalam perancangan RMK 11. Hospital Besar Jerantut tiada dalam perancangan!

Tuesday, May 26, 2015

High Speed Rail Shinkansen, Dasar Pandang Ke Timur, DS Najib Dan Tun Mahathir



DS Najib dan DS Rosmah naik HSR Shinkansen dari Tokyo ke Sendai sejauh 325km hanya ambil masa 96 minit.

Kepentingan Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, dan fasa kedua Dasar Pandang ke Timur dijangka lebih tinggi dalam agenda apabila Perdana Menteri DS Najib Razak bermula lawatan tiga hari rasminya ke Jepun sejak Ahad. 

DS Najib mendapat pengalaman pertama kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen apabila beliau mengambil perjalanan 96 minit ke Sendai yang terletak 325km dari Tokyo pagi Selasa. 

HSR Shinkansen dibangkitkan oleh Perdana Menteri Jepun semasa Perbincangan Dua Hala dan satu taklimat untuk DS Najib juga.




Sebelum memulakan perjalanan, DS Najib diberi taklimat oleh pegawai-pegawai Jepun Keretapi di Shinkansen dan pembangunan di sekitar stesen Tokyo, serta lawatan ke kokpit kereta api.

Awal bulan ini, Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengesahkan bahawa kedua-dua negara komited untuk kejayaan keretapi laju projek (HSR) yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur, yang dijangka mengurangkan masa perjalanan hanya 90 minit berbanding dengan lebih daripada tiga jam melalui jalan raya sekarang. 

Garis Shinkansen menjangkau 2,400 kilometer dan berjalan di Jepun. Selain Jepun, negara-negara lain seperti China, Korea Selatan, Sepanyol, Perancis dan Jerman adalah dilaporkan berminat untuk mengambil bahagian dalam projek ini. 

Antara agenda yang tertinggi di sebelah Malaysia adalah fasa kedua Dasar Pandang ke Timur, dan juga mencari pelaburan yang berpotensi dalam bioteknologi dan teknologi hijau. Fasa kedua Dasar Pandang ke Timur bermula tiga tahun lalu dan kedua-dua pihak sedang berusaha garis panduan ini. Sejak pelaksanaannya lebih daripada 30 tahun yang lalu, lebih daripada 15,000 orang telah mendapat manfaat daripadanya dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada masa yang sama Tun Mahathir turut berada di Tokyo bagi urusan peribadi.

Tun Mahathir mahu Kerajaan buat Projek Landasan Keretapi Berkembar dari Padang Besar ke Johor Baharu sejak era Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri lagi.

WZWH pula lebih berminat Projek HSR dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Opo Tah ~ Denik Armila






Saturday, May 23, 2015

Penyambung Warisan DS Najib...





Solidariti14 Pemuda Pahang Pertahan Kepimpinan DS Najib

Pemuda UMNO Pahang menggerakkan usaha dan tenaga mengumpul ramai orang muda Pahang dengan 700 buah bas membawa 28,000 menyokong dan mempertahan kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri.

Kekuatan Pemuda UMNO Pahang yang sungguh luarbiasa. Tahniah Mohd Shahar Abdullah Ketua Pemuda Pahang dan Barisan AJK yang terdiri dari 14 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Pahang.

Himpunan Solidariti diadakan di perkarangan Airport TUDM Kuantan pada petang Sabtu dihadiri oleh rakyat Pahang yang lain datang menyokong DS Najib.




Sebelum itu jurucakap -jurucakap Pemuda UMNO Pahang telah berucap menyatakan orang muda Pahang tidak mahu DS Najib dijatuhkan secara tidak demokratik. Difitnah dan dihina serta diperlakukan seumpama sebiji bola yang boleh ditendang sembarangan.

Masa untuk diam menyepi telah berlalu. Pemuda UMNO Pahang tidak sanggup lagi melihat DS Najib dibuli sebegitu rupa. Pemuda UMNO Pahang mahu semua orang muda Pahang, dan pemimpin-pemimpin berani dan tegas menyatakan pendirian menyokong DS Najib.

Sifir politik yang mudah:

Siapa Pahang jika DS Najib terbuang?

Siapa orang Pahang mahu bangkit macam Almarhum Tun Razak dan DS Najib memegang tampuk kuasa.

Kuasa penting untuk majukan Pahang. Orang Pahang memang gila dan tak siuman kalau tidak menyokong DS Najib!

Bila DS Najib mantap berkuasa sebagai PM mudah bicara untuk majukan Pahang.




DS Najib berucap,"...Saya tidak akan tunduk kepada hanya satu suara yang mahu saya berundur dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Saya dipilih oleh rakyat menjadi amanah kepada saya untuk dipikul.

Banyak kerja-kerja lagi untuk saya usahakan majukan negara , bangsa dan agama.

Di Tawau 40,000 rakyat berkumpul menyokong saya.

Di Gopeng, 28,000 rakyat berkumpul sokong saya.

Di Johor, 15,000 rakyat berkumpul sokong saya.

Di Kuantan hari ini Pemuda Pahang mengumpulkan 28,000 penyokong mahu sokong saya.

Banyak lagi Negeri dan tempat  mahu berkumpul sokong saya.

Saya ucap terima kasih atas sokongan ini. Saya faham benar mesej perhimpunan ini. 

Dari rakyat hingga Sultan Pahang sokong saya. Saya sungguh terharu.

Saya tidak akan tunduk menyerah kalah.

Kapal layar sudah membelah berkibar, kapal perlu ke depan menempuh ombak dan halangan.





Mantera Pahlawan Pahang;

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali 
Gagah aku seperti Saidina Hamzah 
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu 
Jangan engkau makan hati yang putih 
Engkau makan darah dan daging 
Jikalau engkau makan hati yang putih 
Derhaka engkau kepada Allah, 
Hai Kaddam Kuddim 
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat 
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi 
Keluarlah engkau daripada tempatnya 
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah 
Khursani menggantikan diriku 
Khursani menggantikan nyawaku 
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam 
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa 
La ilaHa ilLaAllah 






Doa semoga Allah selamatkan Perjuangan agama, bangsa dan negara. 
Selamatkan Pahang
Selamatkan Tuanku
Selamatkan UMNO
Selamatkan Najib




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Bugis




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Rawa dan Mandailing




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Minangkabau dan Jawa




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Kampar




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Bendahara Pahang




Tidak ada pemimpin keturunan Mamak di Pahang....




Terima kasih 28,000 orang muda Pahang yang menyokong DS Najib PM Malaysia
Terima kasih Pemuda UMNO Pahang



Solidariti 1Pahang : Semangat Kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau Meresap Jiwa DS Najib






Bendera Pahang megah berkibar 

No Retreat No Surrender
Fight To The End 
Fight To The Last
Fight As A Warrior
Hail To The King
Hail To The One
Kneel to the crown
Stand in the sun

Solidariti 1Pahang : Semangat Kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau Meresap Jiwa DS Najib




DS Najib tiada pengikut? DS Najib tiada penyokong?

Hari ini pengikut dan penyokong menjelma

Solidariti  14

Solidariti 1Pahang

Semangat kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau meresap ke dalam jiwa DS Najib.


Mantera Pahlawan Pahang;

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
La ilaHa ilLaAllah






Kita tunjukkan kekuatan dan solidariti pengikut dan penyokong DS Najib

"Sirih bergenta pinang bergenta,
Gajah Pahang di luar kota,
Bakar kemeyan menyampai kata,
Kemeyan punyah...DS Najib kata yang nyata."

Kereta Malam Cita Citata...










Friday, May 22, 2015

Menyelesaikan Isu 1MDB Adalah Aspirasi Ahli Politik Genius Masa Depan Negara




Apa yang ahli politik Malaysia pening berkenaan isu 1MDB. WZWH tidak pelik kalau ahli politik Pakatan Rakyat pening kerana mereka tidak berpengalaman mengendali Kerajaan Pusat.

Yang hairan dan pelik bila pemimpin-pemimpin BN pening, mengelabah, panik tidak tahu bagaimana mengatasi isu 1MDB yang sebenar.

Mahathir pening dengan isu 1MDB tidak pelik kerana pengalaman korporat Mahathir adalah dari Old School of Thought. Era Mahathir oleh kerana hubungan dingin dengan Super Power Kewangan Dunia dingin maka akses kepada pembiyaan projek terhad.

Menyelesaikan isu 1MDB adalah aspirasi ahli politik genius masa depan negara. Isu 1MDB boleh diselesaikan. Asset RM52 bilion manakala Liabiliti RM42 bilion dari majoriti pembiyaan asing bukanlah isu korporat yang terlalu kronik.

Sebab itu DS Najib yakin boleh menyelesaikan isu ini dan beliau ada penyelesaian sebagai seorang pemimpin negara.

Masalahnya bila ada pemimpin-pemimpin BN yang lain termasuk ahli-ahli politik yang mudah goyah lebih suka termakan hujah-hujah pembangkang dan Mahathir bersikap dan berpendirian negatif.

Pemimpin-pemimpin yang kata isu 1MDB tidak boleh diselesaikan kerana magnitud besar pinjaman korporatnya, tidak terbayang dan terfikir oleh mereka, mereka tidak mahu Institusi public dan GLC berurusniaga dengan 1MDB, mereka mahu Ahli BOD 1MDB dipecat itu semua tidak boleh menyelesaian masalah 1MDB.

Mereka adalah bukan aspirasi ahli politik genius masa depan negara. Mereka tidak mengkaji korporat trend terkini dunia. Bagaimana di era DS Najib menjadi PM lebih mudah Korporat Malaysia mendapat pembiyaan modal untuk berurusniaga.

Satu contoh mudah mari kita lihat hutang negara Debt over GDP mana-mana negara maju dan serantau di bawah. Kita lihat Singapore dulu:

Singapore Government Debt to GDP 1993-2015 | Data | Chart | Calendar

Singapore recorded a Government Debt to GDP of 105.50 percent of the country's Gross Domestic Product in 2013. Government Debt To GDP in Singapore averaged 89.59 Percent from 1993 until 2013, reaching an all time high of 108.40 Percent in 2012 and a record low of 67.40 Percent in 1994. Government Debt To GDP in Singapore is reported by the Government of Singapore.

Singapore Government Debt to GDP

Government Debt to GDPReferencePreviousHighestLowestUnit
Australia28.60Dec/1327.0731.709.70percent[+]
Brazil58.91Dec/1456.8060.9053.40percent[+]
Canada89.10Dec/1388.10101.7066.50percent[+]
China22.40Dec/1326.0033.501.00percent[+]
Euro Area91.90Dec/1490.9091.9066.20percent[+]
France95.00Dec/1492.3095.0020.70percent[+]
Germany74.70Dec/1477.1080.3055.60percent[+]
India67.72Dec/1366.6084.3066.60percent[+]
Indonesia26.11Dec/1324.0395.1024.03percent[+]
Italy132.10Dec/14128.50132.1090.50percent[+]
Japan227.20Dec/13218.80227.2050.60percent[+]
Mexico36.90Dec/1333.1037.2017.10percent[+]
Netherlands68.80Dec/1468.6076.1045.30percent[+]
Russia13.41Dec/1312.7499.007.90percent[+]
South Korea33.80Dec/1334.8034.807.99percent[+]
Spain97.70Dec/1492.1097.7016.60percent[+]
Switzerland35.40Dec/1336.4054.6025.10percent[+]
Turkey33.00Dec/1435.8577.9033.00percent[+]
United Kingdom89.40Dec/1487.3089.4031.30percent[+]
United States101.53Dec/13100.10121.7031.70percent[+]

Banding dengan hutang Malaysia DEBT over GDP dibawah:

Malaysia Government Debt to GDP 1990-2015 | Data | Chart | Calendar

Malaysia recorded a Government Debt to GDP of 54.80 percent of the country's Gross Domestic Product in 2013. Government Debt To GDP in Malaysia averaged 47.80 Percent from 1990 until 2013, reaching an all time high of 80.74 Percent in 1990 and a record low of 31.80 Percent in 1997. Government Debt To GDP in Malaysia is reported by the Ministry of Finance, Malaysia.

         Forecast
Malaysia Government Debt to GDP
ActualPreviousHighestLowestDatesUnitFrequency
54.8053.3080.7431.801990 - 2013percentYearly
Generally, Government debt as a percent of GDP is used by investors to measure a country ability to make future payments on its debt, thus affecting the country borrowing costs and government bond yields. This page provides - Malaysia Government Debt To GDP - actual values, historical data, forecast, chart, statistics, economic calendar and news. Content for - Malaysia Government Debt to GDP - was last refreshed on Friday, May 22, 2015. 
Malaysia GovernmentLastPreviousHighestLowestUnit
Government Budget-3.50-3.902.40-6.70percent of GDP[+]
Government Debt to GDP54.8053.3080.7431.80percent[+]
Government Budget Value-94.306207.0011959.00-6855.50MYR Million[+]
Government Spending36528.0025896.0036528.0012420.00MYR Million[+]
Credit Rating66.50
Ekonomi dan Hutang Malaysia Debt over GDP bukanlah seteruk seperti yang digembur-gembur dan diberi persepsi buruk oleh pembangkang dan Mahathir.

DS Najib boleh menyelesaikan isu 1MDB ini dalam frame time yang telah dirancang dan disusun.

Menyelesaikan isu 1MDB adalah aspirasi ahli politik genius masa depan negara.

Terpulang kepada anda ahli politik yang masih mahu pakai Old School of Thought berurusniaga Korporat negara atau ikut dan belajar aspirasi ahli politik genius masa depan negara.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024