Nuffnang Ads

Pages

Saturday, May 23, 2015

Solidariti 1Pahang : Semangat Kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau Meresap Jiwa DS Najib




DS Najib tiada pengikut? DS Najib tiada penyokong?

Hari ini pengikut dan penyokong menjelma

Solidariti  14

Solidariti 1Pahang

Semangat kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau meresap ke dalam jiwa DS Najib.


Mantera Pahlawan Pahang;

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
La ilaHa ilLaAllah






Kita tunjukkan kekuatan dan solidariti pengikut dan penyokong DS Najib

"Sirih bergenta pinang bergenta,
Gajah Pahang di luar kota,
Bakar kemeyan menyampai kata,
Kemeyan punyah...DS Najib kata yang nyata."

5 comments:

Anonymous said...

Aku orang Pahang...dan aku tak ber"solidariti" dgn Najib

#NajibTurun!

Anonymous said...

Apa yang kamu merapu nih? Tajuk bukan main hebat, tapi kamu lupa atau saja2 nak mengampu yang dia tuh darah Bugis. Kalau nak membodek pun agak2lah. Satu Malaysia dah kenal dia ti siapa. Hanya kamu saja yang lebih2.

Anonymous said...

Najib malu nak tolong melayu. Sama juga adnan yaakub. Takut di cop rasis. Generasi muda di pahang ramai yg papa kedana. Berbeza dgn generasi muda zaman tun razak.pemimpin yg takut dan malu nak tolong anak bangsa eloklah berundur. Darah bugis ke darah sakai tak ada maknanya.

Anonymous said...

Anon 324, Betul ke apa yg awak kata ni? apa masalah generasi muda Pahang yg kau kata papa kedana tu? Kerajaan dah tubuhkan banyak jabatan2 kerajaan di mana anak muda boleh memohon bantuan contohnya jabatan pertanian untuk bantuan pertanian, jabatan haiwan untuk bantuan penternakan dan banyak lagi agensi kerajaan untuk bantuan perniagaan, kenapa x gi mohon? Kenalah usaha. Kalau setakat duduk je kat rumah tunggu yg bulat datang mengolek dan yg pipeh datang melayang tunggu kucing bertanduklah kalau nak berjaya.

Anonymous said...

Kalau nak bagi pd suku sakat boleh pulak yg pipih dilayang yg bulat digolek. Apa benda bantuan dari kerajaan tak siapa yg tahu kecuali kakitangan jabatan dan sedara mara mereka shj.

Najib elok berundur.