Nuffnang Ads

Pages

Friday, August 11, 2017

ECRL Satu Produk Najibnomics Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Malaysia




Alhamdulillah, dengan rasminya pecah tanah Projek ECRL hari ini, menandakan satu lagi detik bersejarah untuk negara, sebuah projek pengangkutan awam darat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di Pantai Timur.

Sebelum ini, pengangkutan awam darat tidak diberikan fokus yang sewajarnya. Oleh itu, saya terpanggil untuk menjadikannya agenda utama kerajaan dan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, bagi menjamin kesejahteraan rakyat, bukan sahaja di bandar tetapi juga meliputi kawasan pinggir bandar.

Sejak Merdeka lagi, kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia hanya dihubungkan melalui jalan darat dan lebuhraya, selain landasan kecil keretapi yang sememangnya tidak mencukupi.

Saban tahun, kesesakan teruk akan berlaku terutamanya di waktu perayaan, di mana tempoh perjalanan menggunakan lebuhraya dan jalan darat dari Pantai Barat ke Pantai Timur dan sebaliknya mengambil masa 3 kali lebih lama berbanding biasa.

Pada masa sama, ketiadaan mod pengangkutan yang efisien turut mengurangkan jumlah barangan yang boleh dibawa masuk dan keluar, seterusnya mengekang pertumbuhan dan aktiviti ekonomi bagi kawasan Pantai Timur.

Inilah antara sebab utama Kerajaan membuat keputusan untuk membina ECRL, projek InfraRakyat berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pembinaan landasan sepanjang 688 km ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur negara yang efisien, selain menghubungkan bandar dan menambahbaik pengangkutan awam di kawasan luar bandar di Pantai Timur.

Suka saya nyatakan bahawa projek ini menjadi kenyataan hari ini adalah hasil rundingan G2G antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China yang menyaksikan pelantikan syarikat milik kerajaan China yakni China Communications Constructions Company (CCCC) untuk membangunkan projek bernilai RM55 bilion ini, manakala Malaysia Rail Link Sdn Bhd adalah syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan ditugaskan sebagai pemilik projek.

Terima kasih kepada Kerajaan China yang telah bekerjasama dengan erat dengan kita bagi menjayakan projek mega ini, terutamanya kepada Presiden Xi Jinping yang turut menghantar utusan peribadi beliau TYT Wang Yong di majlis pecah tanah hari ini.

Bagi projek ECRL ini juga, Malaysia menerima terma pembayaran menarik di mana 85 peratus projek ini akan dibiayai soft loan 3.25 peratus daripada China Exim Bank, dan baki 15 peratus dibiayai program sukuk diuruskan oleh bank-bank pelaburan tempatan.

Sejak awal perancangan projek ECRL ini lagi, Kerajaan telah meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai keutamaan, di mana sekurang-kurangnya 30 peratus daripada projek ini akan melibatkan penyertaan kontraktor tempatan yang layak.

Oleh itu, saya menyeru kepada kontraktor tempatan yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan, ambillah peluang yang tersedia dan sertailah projek bersejarah ini.

Selain itu, kolaborasi Malaysia dan China dalam projek ini juga telah menghasilkan program Latihan Industri ECRL yang bertujuan memberikan para pelajar Malaysia kemahiran yang mencukupi bagi turut serta dalam pembinaan ECRL.

Program ini telah dilancarkan pada 14 Jun 2017 dan mensasarkan penyertaan 3,600 pelajar Malaysia, di mana mereka yang berjaya melengkapkan latihan akan secara automatik ditawarkan pekerjaan.

Sesungguhnya seperti MRT, ECRL ini adalah satu lagi “game-changer” dan “mindset-changer” bagi rakyat Malaysia, di mana ia akan memendekkan masa perjalanan dari dan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Waktu perjalanan keretapi dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak ke Kota Bharu dijangka mengambil masa kurang daripada 4 jam, berbanding 7 jam melalui jalan darat dan 12 jam pada musim perayaan.

Oleh yang demikian, ECRL akan menyediakan alternatif yang lebih pantas, selesa serta mengurangkan jurang dan menjadi pemangkin kepada kesaksamaan ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

ECRL bakal merangsang pelaburan, meningkatkan aktiviti ekonomi, mewujudkan banyak pekerjaan, memudahkan pendidikan berkualiti, dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri-negeri sepanjang laluannya iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sebagai projek keretapi terpanjang Malaysia, ECRL juga akan menggalakkan pembangunan kawasan perindustrian dan pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang memupuk daerah kediaman padat dan pusat komersial sepanjang stesen keretapi berkualiti.

Bandar-bandar seperti Bentong, Mentakab, Maran, Kuantan, Cherating, Chukai, Dungun, Kuala Terengganu, Tok Bali dan Kota Bharu yang telah ditetapkan sebagai stesen ECRL bakal menerima manfaat daripada pembangunan ini.

Salah satu komponen penting ECRL adalah ia menjadi pelengkap kepada integrasi pelbagai mod pengangkutan dan menyediakan kesalinghubungan atau connectivity kepada pengguna dan barangan dari dan ke negeri-negeri Pantai Timur yang mempunyai 4.4 juta penduduk.

ECRL juga akan membawa banyak manfaat kepada pengangkutan muatan kerana ia menghubungan kawasan ekonomi dan industri utama dalam ECER seperti Malaysia-China Industrial Park, Gambang Halal Park, Kertih Biopolymer Park, dan Tok Bali Integrated Fisheries Park ke Pelabuhan Kuantan dan Port Klang.

Dianggarkan menjelang 2030, seramai 5.4 juta pengguna dan 53 juta tan kargo akan menggunakan perkhidmatan ECRL setiap tahun sebagai mod pengangkutan utama antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

Kerajaan turut meramalkan bahawa KDNK bagi 3 negeri di Pantai Timur ini akan meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan terlaksananya projek ini.

Ini bermakna, ECRL akan meningkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup penduduk Pantai Timur, dengan penduduk luar dan separa luar bandar dijangka menjadi penerima manfaat utama daripadanya.

Terlalu banyak manfaat yang akan dibawa oleh ECRL, kepada rakyat, negara, di peringkat tempatan, Asia Tenggara, malah di peringkat global.

Tetapi malangnya, masih ada dalam kalangan pembangkang yang cuba untuk menjejaskan projek ini.

Walaupun begitu, saya memberi jaminan kepada rakyat di Pantai Timur bahawa Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod prestasi cemerlang dan akan menepati janji, seperti yang telah kita lakukan dengan siapnya MRT baru-baru ini.

Dengan sokongan berterusan kepada kerajaan, Insya-Allah, saya yakin dan percaya kita akan menyaksikan sempurnanya ECRL pada tahun 2024 seperti yang dijanjikan.

Thursday, July 20, 2017

Badak Pahang Terakhir




Badak Pahang sudah semakin pupus dan punah. Kali terakhir dilihat pada tahun 1932 di sebuah permatang dikelilingi paya berhampiran Kuantan yang akhirnya tempat itu diberi nama Permatang Badak Sila Klik Sini.


Posting ini mengenai badak Pahang terakhir dan usaha konservasi menyelamatkan survival badak Pahang.






Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama saintifiknya Dicerorhinus sumatrenesis.

Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimeter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.



Badak sumbu kerbau ialah haiwan mamalia yang biasanya hidup sendirian dalam habitat yang lembap dan teduh. Haiwan herbivor ini makan pucuk dan daun-daun muda pokok tertentu. Ia sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Tetapi sekiranya badak kerbau ini terlalu lama terdedah di bawah cahaya matahari, kulitnya akan menipis.


Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.


Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.


Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh Pemuliharaan Semulajadi dan Sumber Semulajadi Antarabangsa (International Conservation of Nature and Natural Resources). 


Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, ADUN Tahan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia berhasrat rebranding Pusat Biodiversiti Badak di Kuala Atok Sg Tembeling yang telah dibina dengan kos RM12 juta pada 2012.





Penulis dan koordinator Strategi Tindakan Gajah dan Badak WWF Asia, Christy Williams, menyatakan, satu usaha telah dijalankan di India bagi menyelamatkan harimau dari kepupusan dengan pertolongan Perdana Menteri India, Mahatma Gandhi, dengan melancarkan projek harimau. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah mengadakan program intervansi bagi membantu mengembalikan badak sumbu Sumatera pada kadar kawalan.

Di Malaysia, pemimpin-pemimpin politik baik dari Kerajaan atau Pembangkang perlu ke depan memperjuangkan survival fauna menjaga khazanah alam bagi warisan masa depan.


Neram, Maris dan juga Ara
Kelah, Enggang dan Badak Sumatera
Marilah lindungi Taman Negara
Untuk warisan kita bersama

Saturday, July 15, 2017

Boleh Drive Hanya 35 Minit Dari Kg Mat Daling ke Terengganu Bila Siap Fasa 3


Image may contain: 1 person, sky, outdoor, nature and water

Tam Halim menunggu untuk mengambil 21 orang peserta mengikuti jalan laluan jejak Mat Kilau dari Kg Pasir Raja Dungun Terengganu ke Kg Bantal Ulu Tembeling sehingga ke Kuala Tahan. Foto ihsan Tam Halim.

Fasa 3 bila siap pembinaannya boleh drive hanya 35 minit dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu.

Dari Kg Pasir Raja ke sempadan Terengganu/Pahang hanya ambil masa 15 minit.

Dari Sempadan Terenganu/Pahang ke Kg Mat Daling hanya ambil masa 15.5 minit.


No automatic alt text available.


Fakta Projek Fasa 3:

52.5km jalan berturap dari Kg Pasir Raja ke Kg Mat Daling
12 jambatan
236 pembetung
kerja-kerja perparitan
kerja-kerja tanah dan geoteknik
kos hampir RM1 billion

Sebelum ini Projek Fasa 1 dan 2 serta tambahan Fasa 2 yang melengkap Projek jalan Ulu Tembeling sepenuhnya melibatkan 3 jambatan besar dan berpuluh jambatan kecil sudah menjangkau kos hampir RM1.3 billion.

Fasa 3 membuka lembaran baru hubungan jalanraya antara Negeri Pahang dan Terengganu yang memberi manfaat kepada rakyat ke dua buah negeri.

Isu utama ialah bagaimana mahu meminimakan kerosakan alam sekitar, tidak menjejaskan water catchment areas.

Consultation yang paling komprensif akan dibuat diantara Kerajaan, Kontraktor dengan NGO Alam Sekitar dari dalam dan luar negara.

NGO Alam Sekitar perlu proaktif memberi input dan cadangan bagaimana kerosakan alam sekitar boleh diminimakan.

Atau siap dulu projek Fasa 3 ini kemudian secara agresif bina dan tanam semula alam sekitar, bela balik dan perbaiki.

Rakyat kedua negeri berjiran ini sangat teruja dengan perkembangan berita Projek Fasa 3 ini mahu dimulakan.

Sebenarnya di sebelah negeri Terengganu, kerja-kerja projek Fasa 3 ini sudah pun lama bermula hanya menunggu untuk diturap jalanraya sahaja.

Terengganu hanya menunggu Negeri Pahang mula start projek ini sahaja.

Friday, July 14, 2017

PRAWAN KALIMANTAN...

Jambatan Temerloh, Bila Nak Dapat Baru?

Image result for jambatan kedua temerloh

Jambatan lama Temerloh rosak teruk akibat banjir besar 1970/71. Kerajaan bina jambatan yang lebih tinggi siap pada 1974. Kini pembangunan pesat bandar Temerloh sangat memerlukan jambatan kedua ditagih oleh rakyat.

Oleh kerana WZWH sering menulis banyak posting mengenai kelulusan banyak projek pembinaan jalan dan jambatan di DUN Tahan, Jerantut menyebabkan pembaca blog dan FB WZWH turut serta menyatakan beberapa komen mengenai keperluan mendesak sebuah jambatan baru iaitu jambatan kedua di bandar Temerloh.

Berikut beberapa komen pembaca:



محمد فخر حنفي Jambatan Temerloh, bila nk dapat Baru.....??



Anonymous said...

Perojek jambatan kedua kat temerloh pun dah lama kata nak buat tapi tak jugak buat.selalu jln jem, dah lah bina hospital seberang sana, ada kecemasan kan jd masalah. Kwsn perumahan baharu tumbuh bagai cendawan, jumlah penduduk semakin ramai, tp jambatan kedua tetap tak buat. Kan best kalau kerajaan prihatin penderitaan rakyat.. Jmbtn ni lg penting kot dr jmbtn kedua kat kuantan tu.. Tp nak buat camne, kerajaan seolah2 utamakan pembangunan di Kuantan dan Pekan di Pahang ni..

Kerajaan perlu dengar pandangan dan keluh kesah rakyat walaupun parlimen Temerloh dan DUN Semantan serta DUN Mentakab sudah jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU 13 dulu namun itu bukan alasan untuk melambatkan Projek Jambatan Kedua Temerloh ini.

Cerita Projek Jambatan Kedua Temerloh ini telah hangat diperkatakan sejak 2014 lagi tapi sehingga kini tiada berita baik yang konklusif.


Jambatan Kedua Temerloh sangat diperlukan kerana:


  • Menangani masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.
  • Kalau berlaku kemalangan kecil sekalipun di atas jambatan, keadaan trafik akan berubah sesak dalam sekelip mata kerana hanya ada satu lorong dari kedua-dua arah.
  • Membina satu lagi jambatan di sebelah jambatan sedia ada yang akan menjadi laluan sehala seterusnya mampu menge­lakkan kesesakan lalulintas.
  • Pembinaan jambatan kedua itu amat rasional seiring pertambahan penduduk di Seberang Temerloh apabila muncul banyak perumahan baru, selain kewujudan sebuah hospital besar di situ.
  • Laluan sama juga digunakan ambulans setiap hari. Keadaan ini tentu menyukarkan pemandu ambulans untuk bergerak pantas apabila trafik sesak teruk di kedua-dua arah.
  • Ini merupakan keperluan yang mendesak dan rakyat berharap dapat dibina dengan segera

Wednesday, July 12, 2017

Projek Jalan Dan Jambatan Labu Sentral Pemangkin Pembangunan Tembeling Tengah New Gateway To Taman Negara

Image may contain: road, tree and outdoor


WZWH telah menulis banyak posting mengenai projek jalan luar bandar yang melalui Tembeling Tengah dari Jambatan Gemunchur Kg Mela hingga ke Kg Labu melalui jambatan Labu Sentral.

Antara posting yang terbaik ialah sila klik:



Projek ini telah ditukar tajuk seperti berikut:


PROJEK JALAN DAN JAMBATAN DARI KG LABU MELALUI KG BATU BALAK, JERANTUT KE KG GEMUNCHUR DAN KG MELA  KUALA LIPIS, PAHANG.

Tender projek berkenaan telah dikeluarkan JKR Malaysia kepada semua petender yang dipelawa menyertai tender.

Taklimat dan lawatan tapak diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 Julai 2017 (Khamis)

Tempat:  JKR Daerah Jerantut
                 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
                 27000 Jerantut 
                 Pahang

Masa: 11.00 pagi


ADUN Tahan merancang lagi satu Projek Jalan Luar Bandar iaitu Projek Jalan Jambatan Gemunchor ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak hingga mendapat kelulusan peruntukan KKLW RM200 juta.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.

Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.

Sebelum ini peruntukan ini telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.

Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.

Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?

Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunyai keluasan tanah yang luas berpotensi untuk dimajukan disamping ladang kelapa sawit 30,000 ekar diusahakan oleh GLC seperti Tabung Haji.

Pada masa ini juga Kementerian Luar Bandar telah meluluskan satu projek jalan luar bandar yang menghubungkan Kg Gemunchor ke Kg Labu Tembeling Tengah  sepanjang 22 km.

Projek jalan luar bandar ini boleh menghubungkan dengan beberapa buah kampung seperti Kg Batu Balak, Kg Jong Berlaboh lama dan banyak kampung yang sudah dilupakan namanya.

Ini bererti bukan sahaja di sebelah kanan mudik Sungai Tembeling ada jalinan jalanraya malah disebelah kiri mudik Sungai Tembeling pun ada jalinan jalanraya.

Jambatan Gemunchor Mela dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu bakal memacu pembangunan Tembeling Tengah Lama.

Projek-projek pertanian secara perladangan dan orang kampung boleh usahasama keluasan banyak tanah yang sekarang telah ditinggalkan untuk kegiatan sumber ekonomi.

Ini menjadikan banyak pilihan ekonomi bagi penduduk Tembeling Hilir dan Tembeling Tengah.

Sebuah jambatan akan dibina di Kg Labu merentas Sg Tembeling yang mana diharap boleh memberi keceriaan kepada Projek Labu Sentral sebagai destinasi transit pelancong ke Taman Negara yang menelan peruntukan ECER lebih RM1 juta.

Jambatan ini yang dinamakan Jambatan Labu Sentral diharap dapat menyokong Projek Labu Sentral sebagai New Gateway yang baru ke Taman Negara

Jabatan Perhilitan telah mencadangkan supaya Projek Jalan Jambatan Gemunchor-Batu Balak-Labu ini boleh disambung terus ke Kuala Atok Sg Tembeling tempat Kompleks Pusat Pendidikan Biodiversiti yang ingin dinaiktaraf di masa depan hanya sejauh 11 km lagi.

Friday, July 7, 2017

Bila DS Najib Guna Strategi Perang Klasik Pahang Memenangi PRU 14

Image result for pahang classic war

Ahli Politik Malaysia tidak boleh bergantung kepada strategi perang politik Barat kerana terbukti England dan United Kingdom pun sendiri politik jadi caca merba bila keputusan PRU 2017 'hung parliament'.

Tun Mahathir berjaya aplikasi politik Machiavelli selama 22 tahun menerajui Malaysia tapi akhirnya Mahathir sampai jadi keliru politiknya banyak u-turn mengikut kedudukan kekuatan dan kelemahan serta ancaman.

DS Najib tidak perlu amal politik Machiavelli untuk hadapi PRU 14 berdepan politik Mahathir, Anwar, Lim Kit Siang dan dll lagi cukup dengan studi strategi perang politik klasik Pahang yang terbukti berjaya dalam lipatan sejarah Pahang dan akan berulang kejayaan insyallah.

Berikut WZWH perturunkan kitab-kitab lama , hikayat-hikayat lama bagaimana para pahlawan-pahlawan Pahang berdepan dengan musuh baik dari luar dan dari dalam dan berjaya menang peperangan.

Orang Pahang sejak 1500 menghadapi banyak peperangan. Sebab itu Pahang terkenal dengan tokoh pahlawannya.

Di zaman Raja Melaka menguasai Pahang, Negeri Pahang menghadapi serangan dari Siam, Portugis dan Belanda.

Awal kurun ke 17, Pahang menerima serangan dari Acheh.

Di bawah awal zaman Bendahara, berlaku peperangan antara Sultan Sulaiman dengan Raja Kechil menuntut waris marhum mangkat dijulang.

Di zaman Bugis, rakyat Pahang berperang hingga ke Selangor.

Abad ke 19, Pahang berdepan perebutan kuasa, perang saudara, Perang Kelang dan Pemberontakan Bahaman melawan Inggeris.

Semua ini mencorak prilaku pemimpin-pemimpin Pahang dan melahir ramai pahlawan yang terkenal.

Dato' Bahaman dimasa beliau berkuasa menggunakan taktik 'langgar' (menyerang dengan bersungguh-sungguh) yang berkesan hingga dapat mengalahkan kekuatan pasukan Tun Mutahir. Menewaskan pasukan Raja Mahadi.

Semasa hilang kuasa, Dato' Bahaman banyak guna taktik gerila dalam membuat serangan. Taktik yang digunakan oleh Dato' Bahaman sangat menarik sesuai mengikut persekitaran.

LANGGAR, satu teknik perang di Pahang dalam abad ke 19.

Susunan pasukan tentera Pahang dalam abad ke 19 di ketuai oleh Tengku Panglima Besar dan di bawah beliau ada satu jawatan Panglima Besar atau Jenderal. 

Tengku Panglima Besar berkemungkinan memegang kuasa sebagai menteri dalam negeri sahaja dan hal ehwal ketenteraan seluruh nya di bawah Panglima Besar yang di pegang oleh Syed Idrus. 

Di bawah Panglima besar ada jawatan Panglima Laut dan Panglima Dalam. Pasukan perang tentera Pahang diketuai oleh seorang Kepala Perang yang diberi nama Imam Perang Mahkota, tugas kepala perang adalah untuk mengatur pergerakan pasukan-pasukan dibawah kelolaan nya.

Di bawah Kepala Perang, pasukan tentera di bagi kepada 6 pasukan di bawah enam panglima,seperti contoh di dalam pertempuran di Pekan antara Wan Mutahir dengan Sultan Ahmad, ada enam panglima seperti Panglima Kumbang, PanglimaTapak, Panglima kakap Bahaman, Panglima Mansur.

Mereka ini ditugaskan mengawasi pergerakan dan kedudukan pasukan masing-masing. Setiap pasukan duduk di dalam saf@barisan masing-masing. 

Pasukan Dato' Bahaman ada sepuluh ribu anggota. Di dalam setiap pasukan pula ada beberapa panglima kecil seperti Panglima Kanan,Panglima Kiri dan Panglima Tengah. 

Bagi orang yang mempunyai kebolehan tertentu, mereka dilantik sebagai Panglima Pilihan. Anggota tentera di gelar Pahlawan. Setiap Pahlawan dimestikan mempunyai kebolehan bersilat,bermain keris,pedang panjang,lembing dsb. 

Setiap pasukan dibekalkan dengan bendera merah dan hitam. Para Panglima mesti duduk dibarisan hadapan sekali.Pasukan tentera Pahang mempunyai pakaian seragam hitam yang diberi nama Gagak Sekawan. Mereka memakai songkok merah berjambul,baju rantai,seluar sampak, bengkung sebagai perisai untuk melindungi kawasan perut,keris pendek atau sundang ,pedang dibahu, perisai jika perlu. Bagi para panglima mereka dibekalkan dengan senapang,pemuras dan rentak.

Selain dari pasukan tentera, Pasukan tentera Pahang mempunyai pasukan membawa bendera dan membawa gendang dan serunai. Kumpulan ini menjadi tukang sorak dan penaik semangat kepada pahlawan yang berperang. Mereka juga digunakan untuk menakutkan musuh dengan bunyi gendang yang kuat dan ramai. Kumpulan memasak & merawat yang terdiri dari wanita juga dibawa sama,biasanya mereka duduk di belakang jauh dari pasukan tempur. Pertempuran hanya berlaku pada waktu siang,pada waktu malam para pahlawan berehat.

Dalam tentera pasukan Semantan Dato' Bahaman telah membahagikan pula tugas-tugas kepada beberapa pegawai-pegawai perang yang terdiri daripada panglima-panglima atau Imam Perang. Antaranya ialah Imam perang Mat Akil untuk menjadi panglima dengan dibantu oleh Imam perang Gendut, Imam perang Che Indot, Datuk Johan Perkasa Cik Hassan, Imam perang Khatib Bahrain dan Imam perang Besar Masjid. 

Apa yang uniknya ialah ketua bagi sesebuah ketumbukan tentera di Pahang menggunakan gelaran Imam perang dan ketua kepada semua Imam perang adalah panglima. Setiap Imam perang akan mengetuai ketumbukan tentera yang mempunyai lebih kurang 300 hingga 600 orang askar. Pasukan-pasukan ini pula telah ditugaskan untuk menyerang kawasan-kawasan yang berbeza di negeri Selangor. 

Strategi membahagi-bahagikan beberapa bahagian tentera ini menunjukkan bahawa Dato' Bahaman adalah salah seorang ahli strategis yang handal dan dapat mengagak untung rugi yang bakal dihadapi mereka dalam perang ini. Oleh itu dengan membahagikan pasukan kepada 3 kumpulan akan mengurangkan risiko kehilangan askar yang ramai dan dapat menyerang musuh daripada segenap arah.

Peperangan di Selangor ini juga memperlihatkan kebijaksanaan Raja Mahadi sebagai pemimpin pasukan perang Selangor. Beliau telah menjalankan strategi tipu muslihat untuk jangka panjang iaitu dengan memerintahkan Panglima Mashor menawan Kuala Lumpur. Dengan tertawannya Kuala Lumpur beliau telah berjanji dengan Sultan Selangor akan memberikan hak pembahagian cukai di sana dan di Kelang kepada Sultan sendiri. Baginda diharapkan akan bertambah yakin dengan kekuatan beliau. 

Hal ini akan menguatkan kedudukannya dalam pertikaian politik di Selangor dan sekali gus mendapat sokongan Sultan. Seperti juga pasukan Pahang, pasukan panglima Mashor juga telah menyerang Kuala Lumpur dari tiga penjuru iaitu utara, timur dan selatan. Selain itu pasukan penentang dari Tengku Kudin pula telah menggunakan pengakap-pengakap hutan ataupun pengintip dalam taktik peperangan mereka. Pengakap ini digunakan untuk mengintip kekuatan dan kedudukan musuh.


Penyerangan terhadap Kuala Lumpur yang dibuat oleh Tengku Kudin adalah amat sukar kerana di pertahankan dengan sengitnya oleh Panglima Mashor. Ramai pasukan Pahang yang turut terkorban. Hal ini adalah kerana pasukan tentera Panglima Mashor menggunakan taktik serangan hendap terhadap pasukan-pasukan Pahang yang menyerang ke Kuala Lumpur. Mereka turut memasang perangkap di Ampang, Ulu Kelang dan Kepong. 

Bagi mengelakkan pasukannya banyak kehilangan nyawa, Dato' Bahaman telah mengarahkan agar pasukannya berundur untuk seketika. Dato' Bahaman kemudiannya telah membentuk pasukan kecil yang khas terdiri daripada pahlawan-pahlawan handal dalam jumlah yang kecil bagi melakukan serangan mengejut dan menghapuskan perangkap-perangkap yang dibuat oleh Panglima Mashor.


Kebijaksanaan Dato' Bahaman dalam mengatur strategi perang juga makin terserlah apabila beliau berjaya menyerang Kuala Lumpur daripada dalam, melalui penyamaran sebagai seorang sakai atau pelarian perang. Setelah berjaya menyusup masuk maka orang-orang Pahang telah menggempur kubu-kubu pertahanan Kuala Lumpur dari dalam. Akhirnya orang-orang Pahang telah berjaya menawan Kuala Lumpur daripada Sayid Mashor. Akibat daripada kejayaan ini Sultan Selangor telah menganugerahkan gelaran dan persalinan kepada semua pahlawan Pahang dan Dato' Bahaman digelari sebagai Orang Kaya Indera Pahlawan dan mendapat kedudukan sama seperti pembesar Selangor.

Pertempuran di Kuala Tembeling merupakan peperangan yang terhebat dalam sejarah Mat Kilau menentang Inggeris di mana, orang-orang Melayu mendapat kemenangan yang besar walaupun jumlah mereka kecil berbanding Inggeris.

Penentangan dimulakan selepas orang-orang Melayu berasa tertekan dengan cukai tinggi. Inggeris telah mengutip cukai yang tinggi di kalangan orang kampung dan tidak menyerahkan sesen pun kepada pembesar, ketua-ketua kampung untuk tujuan kebajikan serta pembangunan.

Itu pun orang Melayu masih mampu bertahan. Dalam keadaan ekonomi yang sangat tertekan sehingga ramai yang jatuh miskin, tidak sedikit pun orang Melayu mengangkat senjata. Iman mereka masih kukuh.

Kesabaran orang Melayu ada hadnya...bangkitnya perjuangan bangsa ini adalah apabila Inggeris mencampuri undang-undang Islam dan adat tempatan yang dipraktikkan oleh Maharaja Perba Jelai.

Akhirnya, akibat tekanan Inggeris, Mat Kilau dan ahli keluarganya diistiharkan sebagai penderhaka.

STRATEGI PERANG

Ada tujuh komander utama dalam angkatan perang Mat Kilau iaitu Mat Kilau, Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Ia turut dibantu oleh ayah Mat Kilau, Tok Gajah.

Mereka ini semua merupakan pejuang Melayu yang amat mantap ilmu Usuluddin. Mereka merancang strategi perang dalam sebuah surau kecil. Sebelum merancang, mereka tunaikan solat hajat, solat tasbih, solat duha, solat witir, puasa dan munajat bagi mendapatkan petunjuk untuk mengetahui kelemahan musuh, tetapi yang penting adalah REDHA ALLAH.

Setiap satu komander diletakkan sekumpulan orang, jumlahnya sama rata. Ketika pertempuran di Kuala Tembeling, hanya 250 orang Melayu terlibat bagi menentang seramai 800 soldadu Inggeris yang diketuai oleh 3 pegawai berkulit putih. Bagi menjimatkan kos, kesemua soldadu Inggeris ini terdiri dari askar Nepal, Benggali dan Gurkha.

Mat Kilau memilih satu lokasi strategik, yang terletak di kawasan kuala pertemuan dua batang sungai.

Inggeris tidak membawa meriam. Hanya beberapa ekor kuda digunakan bagi membawa barang, tiga pegawai Inggeris menunggang kuda jenis kuda padi. Daripada 800 soldadu Inggeris, hanya 150 tentera memakai senapang, yang lain, pedang.

Angkatan perang Mat Kilau hanya bersenjatakan keris, sundang, parang, tombak, buluh runcing dan panah. Mereka yang mempunyai tangan yang kuat, menjadi pelembar tombak. Kubu Mat Kilau juga dipenuhi dengan buluh runcing. Orang-orang Melayu hanya memakai pakaian untuk bersilat (warna hitam), dengan lilitan kain di atas kepala sebagai tanda pengenalan.

Inggeris akhirnya tiba di hadapan kubu Mat Kilau yang dipisahkan dengan sungai yang deras tetapi agak cetek di tengah (paras atas lutut sedikit), sungai dan tebingnya disebelah Inggeris agak berlumpur, kawasan dasar dan permukaan sungai di sebelah kubu Mat Kilau pula penuh dengan pasir jerlus. Orang-orang Melayu yang berpakaian ringan, sudah tentu tidak ada masalah untuk meranduk air sungai. Inggeris dengan but mereka, serta kain mahal mereka, akan menyukarkan mereka bergerak di dalam air selain takut terperangkap dengan lumpur atau pasir jerlus.

Kedatangan Inggeris tepat, selepas pejuang-pejuang Melayu menyelesaikan solat Duha, dalam ketika itu juga, pejuang-pejuang Melayu menunaikan solat Khauf.

Inggeris tidak bersarapan pagi semasa memulakan perjalanan kerana mereka tidak mahu membuang masa, mereka berpendapat, pejuang-pejuang Melayu ini boleh ditewaskan dalam 30 minit sahaja. Kemudian pada 11.30 atau 12 tengah hari, mereka boleh menikmati juadah tengah hari. Di dalam beg, terdapat sedikit ration yang terdiri daripada roti kering, ini hanya cukup sebagai pengalas perut tetapi bukan memberikan tenaga.

Inggeris berada di tebing sungai yang tinggi dan curam, mereka sendiri takut menyeberang ke arah kubu Mat Kilau selepas melihat kederasan air (yang sebenarnya tak dalam), cuaca agak mendung (Rahmat Allah bagi menyembunyikan pejuang-pejuang Melayu yang berpakaian hitam, bersembunyi dalam belukar di sebelah kubu Mat Kilau).

Mat Kilau keluar ke hadapan, menaiki satu busut yang tinggi bagi mencabar Inggeris. Seruan cabar-mencabar ini berlaku lebih kurang sejam atau dua jam. Inggeris masih tidak mara tetapi kesabaran mereka pun ada hadnya, di sebelah mereka, suhu dirasakan berganda, meningkatkan dahaga. Semangat mula lemah kerana masih tidak bersarapan.

Sebaik sahaja memasuki laungan azan Zuhur. Sebagai isyarat kepada trumpet peperangan. Salah seorang pejuang Melayu melontarkan tombak, hampir 100-150 meter tombak itu terbang dan singgah ke tebing Inggeris. Provokasi menjadi, Inggeris mula turun ke dalam sungai dan menembak membabi buta.

Sebaik sahaja, peluru habis. Dalam saat mahu membuat pengisian semula, orang Melayu serta merta muncul dan meneriak "Allah Hu Akbar", maka segala macam anak panah, tombak, buluh menghujani barisan tentera Inggeris.

Barisan tentera Inggeris menjadi kelam kabut, ada yang terjatuh dan dihanyutkan air sungai. Ada yang cuba menaiki tebing tetapi gagal, yang paling aneh...separuh dari askar yang bersenjata api gagal menembak senapang mereka, jika ada peluru yang dilepaskan...peluru bergolek jatuh di depan muncung.

Pejuang-pejuang Melayu yang berpakaian ringan, terus memasuki sungai dan menyerbu ke arah kedudukan Inggeris, ada yang ditikam dengan keris, ditetak parang dan yang sempat, dicucuk dengan tombak.

Selepas menyedari sudah terlalu ramai askar Inggeris mati atau cedera, pegawai Inggeris memberikan arahan berundur sambil bersumpah bahawa Mat Kilau, satu hari nanti pasti berjaya ditangkap.

Lebih 200 askar Inggeris terbunuh pada hari itu, beratus orang cedera. Tidak ada seorang pun pejuang Melayu yang mati syahid, kecuali beberapa orang yang cedera ringan. Mayat-mayat Inggeris ini hanya diambil selepas tiga hari.

Tuesday, July 4, 2017

Prestasi DS Najib Memimpin Malaysia Yang Rakyat dan Pemimpin Pembangkang Mahu Tahu

Image result for najib performance


Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, sedar tak sedar kita kini berada di pertengahan tahun 2017. Alhamdulillah, meskipun kita berdepan banyak cabaran, daripada ketidaktentuan pasaran antarabangsa, kejatuhan harga minyak, sehinggalah kepada tindakan mensabotaj ekonomi dan memburuk-burukkan negara oleh pihak pembangkang, kita tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh kita banggakan.

Dalam catatan blog saya kali ini, suka saya kongsikan beberapa daripada pencapaian tersebut, meliputi pelbagai bidang seperti ekonomi, pelaburan asing, pembangunan, kualiti hidup, pendidikan dan banyak lagi.

Bertitik-tolak daripada berita bahawa ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.2 peratus pada 2016, pertumbuhan memberangsangkan tatkala dunia berdepan ketidaktentuan, kita melangkah masuk ke tahun baharu dengan meneruskan kecemerlangan dalam bidang ekonomi.

Banyak pengiktirafan antarabangsa telah kita terima, bukti dasar yang kita laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat dan membuahkan hasil.

Agensi antarabangsa PricewaterHouseCoopers telah meletakkan Malaysia pada tangga ke-25 kuasa besar ekonomi dunia dengan KDNK sebanyak USD 1.5 trilion menjelang 2030.

Bank Dunia turut mengiktiraf ekonomi Malaysia dengan memberi semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi bagi tahun 2017 yakni 4.9 peratus. Malah, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2018 dan 2019 turut diberi semakan semula lebih tinggi iaitu 4.9 peratus dan 5.0 peratus, peningkatan sebanyak 0.4 peratus dan 0.5 peratus masing-masing.

Baru-baru ini juga, laporan Bloomberg meletakkan Ringgit Malaysia sebagai mata wang utama Asia paling stabil pada suku ini. Memetik tajuk utama laporan Bloomberg itu, “The Ringgit Is Easily Asia’s Strongest Currency.”

Secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion, Alhamdulillah.

Menyebut tentang FDI, tahun 2017 juga menyaksikan banyak pelaburan langsung asing masuk ke negara kita, bukti keyakinan para pelabur terhadap keteguhan ekonomi Malaysia.

Jika pada tahun 2016, kita telah berjaya membawa masuk banyak pelaburan asing daripada China hasil lawatan saya ke sana dengan pertukaran Memorandum Persefahaman perniagaan bernilai RM144 bilion, tahun 2017 menyaksikan lebih banyak pelaburan asing kita terima, bukan sahaja daripada China, tetapi juga Arab Saudi, India serta banyak lagi.

Hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia buat julung-julung kalinya, kita telah menerima pelaburan berjumlah RM31.08 bilion melalui ARAMCO dalam Projek RAPID Pengerang di Johor.

Malah, selain daripada FDI, Baginda Raja Salman turut berkenan meningkatkan jumlah biasiswa pelajar Malaysia di Arab Saudi sebanyak 3 kali ganda, dan juga menambah kuota haji Malaysia daripada 27,900 kepada 30,200, Alhamdulillah.

Selain itu, lawatan saya ke India telah membawa kepada 31 pertukaran MoU perniagaan bernilai RM158.4 bilion, dan juga pelaburan melalui LOI berjumlah RM 1.6 bilion dan kerjasama syarikat Malaysia dan India membabitkan pembangunan berjumlah RM141.4 bilion.

Tetapi malangnya, walaupun ekonomi Malaysia menerima pengiktirafan badan penarafan antarabangsa, keyakinan pelabur luar, ada “pakar ekonomi” pembangkang yang masih beria-ia memburukkan ekonomi negara hanya untuk kepentingan politik peribadi.

Dahulu sewaktu saya bawa balik pelaburan daripada China, ramai daripada pihak pembangkang menyatakan bahawa saya menjual kedaulatan negara kepada China, tetapi hairannya apabila pelaburan asing masuk daripada Arab Saudi, India, dan banyak negara lain, tidak pula mereka katakan saya jual kedaulatan kepada negara-negara tersebut.

Hakikatnya, meskipun pihak pembangkang tidak habis-habis menyebarkan fitnah dan khabar angin keburukan negara dan keadaan ekonomi Malaysia, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus mengusahakan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia, dan dalam hal ini bermakna kita akan terus mengalu-alukan pelaburan asing selagi mana ia memberi tambah nilai kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat.

Permulaan tahun 2017 juga menyaksikan kita mengorak langkah memulakan diskusi dan perbincangan mengenai hala tuju masa depan negara untuk generasi akan datang melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Setakat 6 bulan pertama tahun ini sahaja, begitu banyak forum, siri jelajah, perbincangan, perkongsian idea dan pendapat melalui media sosial telah kita adakan di seluruh negara. Malah, baru sahaja minggu lalu saya kongsikan Aspirasi TN50 berkenaan Keagamaan dan Kerohanian yang telah ramai kongsikan bersama saya melalui e-mel.

Insya-Allah, ini baru permulaan, akan ada lebih banyak perbincangan bagi kita mencorak masa depan yang diingini oleh mereka yang akan mewarisi negara ini daripada kita.

Bila berbicara mengenai masa depan negara, tentu sekali kita perlu mengambil kira aspek pembangunan. Tetapi pembangunan negara bukanlah bermakna sekadar mendirikan bangunan tinggi dan megah, tetapi perlulah memastikan bahawa ia memberi impak dan kesan mendalam kepada rakyat teramai.

Dari situ, terhasillah InfraRakyat, yakni projek-projek bertunjangkan kepentingan rakyat, infrastruktur untuk rakyat.

Antara projek-projek utama InfraRakyat yang telah, sedang dan akan terus kita laksanakan adalah Lebuhraya Pan Borneo, HSR Kuala Lumpur-Singapura, Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, dan sudah tentu, MRT.

Fasa pertama MRT Laluan SBK telah pun mula beroperasi sejak tahun lalu, dan Insya-Allah, fasa kedua laluan sama, yang akan menghubungkan lebih ramai penduduk di sekitar laluannya, akan saya rasmikan bulan ini nanti.

Dalam bidang pendidikan pula, kita kini berbangga Malaysia adalah lokasi di mana terletaknya 5 universiti dalam kalangan 300 terbaik dunia, yakni Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Saya turut telah melancarkan Jelajah Pendidikan Bumiputera, di mana kita bertindak keluar mencari para pelajar Bumputera yang ingin belajar tetapi kurang berkemampuan bagi memastikan mereka memperolehi peluang sama rata untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga.

Manakala, dari segi kualiti kehidupan rakyat, sepanjang 6 bulan pertama tahun 2017, banyak inisiatif yang telah kita laksanakan seperti program Jom Bantu Rakyat, di mana kita membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan membekalkan kelengkapan, membaik pulih rumah mereka malah ada juga yang kita bina rumah baharu untuk mereka!

Sebut tentang rumah, 6 bulan pertama tahun ini juga saya telah melancarkan banyak projek perumahan bagi merealisasikan impian rakyat memiliki rumah sendiri yang selesa, seperti PR1MA, PPA1M, Residensi Kerinchi, 1Razak Mansion, Rumah Mesra Rakyat, RUMAWIP, PPR dan sebagainya.

Banyak lagi yang telah kita kecapi, antara lain pewujudan DFTZ bersama Jack Ma, sebuah Zon Perdagangan Bebas Digital pertama seumpamanya di luar China yang akan menjadikan kita hab ekonomi digital satu hari nanti, dan juga Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang akan menjaga dan memberi perlindungan kepada anak-anak kita sebagai permata dan pewaris masa depan negara.

Alhamdulillah, kesemua pencapaian ini hanya mampu kita kecapi hasil usaha gigih dan tanpa lelah ramai dalam kalangan kita, daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi dan rakyat kesemuanya.

Kita akan terus berusaha dengan lebih tekun lagi untuk meneruskan momentum kejayaan dan pencapaian ini, bukan sahaja untuk baki 6 bulan tahun 2017 tetapi juga bagi tahun-tahun mendatang, Insya-Allah.

CINTAKU SATU...

Thursday, June 22, 2017

Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika AGENDA WZWH Memakmurkan Jerantut Dan Pahang

Image result for products of aquilaria malaccensis

Aquilaria malaccensis pokok gaharu.


WZWH percaya kepada program ekonomi yang membuka ekonomi bentuk baru, beri pekerjaan kepada orang muda dan rakyat dan peluang perniagaan boleh menarik sokongan rakyat kepada Kerajaan.

WZWH fikir politik fitnah dan tipudaya serta membenci pemimpin melampau adalah tidak sihat kepada negara. 

Terlalu banyak pembisik dan penghasut yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

Kejahatan perlu dilawan dengan kebaikan. Inilah jihad yang sebenarnya dituntut oleh Islam.

Maka WZWH menulis posting Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika memakmurkan Jerantut dan Pahang.


CADANGAN BANDARAYA HUTAN HUJAN TROPIKA (PROJEK HUB PELANCONGAN BERASASKAN ALAM SEMULAJADI) DI MUKIM HULU TEMBELING DAERAH JERANTUT, PAHANG DM

Banyak produk-produk pelancongan di Pahang boleh diketengahkan yang berasaskan dan bergantung kepada hutan semulajadi.

Ini adalah produk hutan yang ditanam semula yang menjadikan projek hutan terancang.

Komponen pertama ialah ladang hutan berasaskan pokok gaharu.

Lembah gaharu terbesar di Malaysia seluas 10,000 ekar di Jerantut, Pahang.

Hub gaharu ini merupakan produk tarikan baru kepada pelancong.

Ladang gaharu yang bertujuan menghasilkan minyak gaharu, kosmetik dan pharmaceutical.

Budaya pertanian berteknologi tinggi.

Bangunkan kawasan hutan kosong tanam gaharu reforestation yang boleh memberi lebih pulangan kerana pasaran dunia bernilai tinggi.

First-grade agarwood is one of the most expensive natural raw materials in the world, prices for superior pure material as high as US$100,000/kg, although in practice adulteration of the wood and oil is common, allowing for prices as low as US$100/kg.

The current global market for agarwood is estimated to be in the range of US$6 – 8 billion and is growing rapidly.

Aquilaria malaccensis spesis gaharu paling top dalam dunia ada di Malaysia terutama di hutan Pahang.

Pelaburan gaharu asas menarik minat pelaburan dari Timur Tengah dan India.

Sepanjang Sungai Pahang terdapat rangkaian hutan kosong idle yang boleh dibangunkan  gaharu sebagai commercial plantation crops untuk menjadi cadangan bandaraya hutan hujan tropika secara idealnya.

Kita mahu gaharu menjadi sumber baharu yang boleh dikomersialkan sepenuhnya economies of scale yang mana hasil pendapatan gaharu boleh buat hasil dari mineral bauksit, besi, timah, emas dll serta balak tercorot ranking di Negeri Pahang Darul Malmur.


Komponen kedua semua lokasi air terjun, gua batu kapur, dan sungai-sungai yang terdapat di Negeri Pahang.

Dalam kes cadangan bandaraya hutan hujan tropika ini gua batu kapur di Kampung Paya Rajin dan Kampung Paya Gunung, dan Gua Kota Gelanggi akan dibangunkan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.

Ladang herba, Safari Park.

Melihat kepada apa yang terjadi kepada Gunung Senyum tiada pengunjung mahu datang. Kenapa?

Produk pelancongan kreatif di Gambang menarik pengunjung.

Bandar Taman Negara dibangunkan berasaskan alam semulajadi

Di sepanjang Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Pahang akan disediakan jeti.

Penambahbaikan industri pelancongan Pahang ini kita buat di Lembah Tembeling dulu sebagai pioneer projek. Projek perintis.

Ladang madu tualang   bekerjasama dengan Jabatan Hutan.

Mengesan beberapa lokasi tanam pokok tualang, pokok bayan.

Kampung Pagi terkenal dengan umbut bayan.


Komponen ketiga cadangan tanam semula pokok perah hasilkan asam rong secara komersial.

Ladang asam gelugur, asam keeping.

Ladang mencupu.

Ladang petai, jering, kerdas.

Ladang Kepayang.

Hutan untuk komuniti.

Libatkan orang kampong partisipasi kegiatan ekonomi gaharu dan pulangan dalam bentuk saham rakyat.

Nilai hutan itulah bandaraya hutan hujan.

Perlu pusat industri, lab makmal, tanah.


Komponen keempat cadangan jaringan pembangunan bandar baru Kuala Tahan. Pembangunan mesra alam.

Hotel, kompleks kerajaan, perumahan, hospital, IPT, padang permainan.

Pusat geosains ikan darat, aquaria, sturgeon exhibition dan caviar park.

Penjaga hutan dari Kuala Tembeling hingga ke Ulu Tembeling.

Gateways baru pintu masuk Taman Negara di Kg Pagi, Kg Kuala Sat dan Kg Gusai.

Landasan kapalterbang/airstrip baru perlu dibuat di Kuala Tahan dengan memindahkan cadangan tapak lapangan terbang di Kg Temin, Jerantut ke Kuala Tahan.

Di Jerantut ada Pusat Penyelidikan MPOB  di Kuala Tahan
FRIM di Tekam
Ikan di Perlok
Lembu di Bukit Ketupat
Kelapa Sawit di Felda

Maka perlu satu accommodation mengurus satu tempat bagi hospitality first class bertaraf antarabangsa. Green City.


Komponen kelima cadangan rangkaian pembangunan itu perlu ambil padang golf di Lembah Kiol bagi membantu Majlis Daerah Jerantut.

Tidak perlu ambil tanah baru.

Bina padang golf bertaraf antarabangsa.

Bina penempatan baru orang Asli Sungai Kiol.

Buat rumah papan berkualiti tinggi mengikut model rumah Orang Asli.

Jadikan homestay. Didik Orang Asli jaga kebersihan.

Bina jalan, dewan pusat kegiatan masyarakat Orang Asli.

Padang Golf Sungai Kiol ada air terjun semulajadi, sungai dan hutan.

Padang Golf pertama dalam hutan di Malaysia.

Jika Padang Golf Jumairah di Dubai dekat laut yang nampak hebat.

Bina padang golf dikelilingi hutan semulajadi, air terjun dan sungai, bukit, gunung.

Bangun padang golf guna teknologi hijau alam sekitar.

Sebab itu YAB PM telah meluluskan peruntukan dan projek bagi Jalan Lingkaran Jerantut dan flyover kos RM200 juta persediaan membangunkan padang golf Lembah Kiol.

Cadangan membina rainforest theme park dalam kawasan Padang Golf menarik pelancong sebagai tarikan rekreasi baru disekeliling ditanam dengan buah-buahan.


Komponen keenam cadangan Safari Park 10,000 ekar berdekatan dengan padang golf Lembah Kiol.

Berdekatan Padang Golf Lembah Kiol terdapat kawasan hutan seluas 10,000 ekar termasuk Krau Game Reserve yang dicadang Safari Park.

Safari Park ini adalah living zoo semulajadi yang luas dimana dipagar zon-zon rayau binatang-binatang tertentu yang selamat dan boleh menjadi satu tarikan pelancong.

Mohon kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk lease tanah 10,000 ekar ini bagi tujuan Safari Park.

*************************************************

WZWH percaya dan yakin ini Agenda Masterpiece yang boleh memberi cahaya baharu yang terang menerangi kehidupan yang lebih sihat.

Kita tidak mahu politik "Orang Liar Pahang" berleluasa membisikkan dan menghasut yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

Kejahatan perlu dilawan dengan kebaikan.