Saturday, November 25, 2017

Jerantut Semua Calon Baru PRU14?
















PRU 14 menjadi begitu menarik dikalangan 62,000 pengundi parlimen Jerantut dan tiga DUN  kerana semua parti BN, Pakatan Harapan dan PAS  akan dijangka meletakkan calon-calon baru.


Game changer merombak semua calon adalah strategi semua parti menarik pengundi muda dan mahu muka-muka baru ditonjolkan.

BN akan letak calon baru yang lebih bertenaga dan muda agresif bagi parlimen P081 Jerantut.

PAS sudah tentu akan letak calon baru kerana calon PAS parlimen P081 Jerantut PRU 13 sudah masuk PAN.

Pakatan Harapan pun sudah tentu letak calon kali pertama bagi parlimen P081 Jerantut tidak kira sama ada PKR, Bersatu, PAN dan DAP.

Parlimen Jerantut P081 dijangka 3 penjuru.

BN kalau mahu menang majoriti lebih besar parlimen P081 Jerantut perlu letak calon anak muda berwibawa anak peneroka di DUN Pulau Tawar.

PAS juga meletakkan calon anak peneroka di DUN Pulau Tawar. 

Berkemungkinan juga PAN akan meletakkan calon di DUN Pulau Tawar.

DUN Damak pula BN pasti letak calon baru. Langkah ini turut diikuti oleh PKR. PAS yang tidak bertanding di DUN Damak pada PRU 13 dijangka meletakkan calon baru kali ini. Pertandingan 3 penjuru berlaku.


DUN Tahan akan berlaku perubahan yang membolehkan semua calon baru diletakkan oleh BN, PAS dan Pakatan Harapan.

Bila semua calon baru PRU 14, BN dijangka mempunyai kelebihan untuk memenangi parlimen Jerantut P081 dan 3 DUN tersebut.

2 comments:

Unknown said...

Susunan terbaik berlaku ... Apabila Ketua Wanita bahagian di calunkan

Giles Burt said...

Thank you for sharinng this

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024