Monday, March 18, 2019

Ziarah Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansur Shah (1475-1497)







Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansur Shah adalah Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka.

Serba sedikit kisah Sultan yang turun taktha menjadi ahli sufi sila klik


Makam Marhum Syeikh terletak di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut Pahang.

Pengunjung perlu mendaki bukit menaiki 99 anak tangga menuju ke Makam Syeikh.

Lubuk Pelang telah menjadi Pusat Pengajian Islam terawal di Negeri Pahang dikunjungi oleh ulama-ulama Acheh seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri.

Institusi pengajian Islam terawal yang dapat dikesan di Pahang ialah Lubuk Pelang, pada tahun 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke Lubuk Pelang untuk mendalami ilmu Hakikat dan ilmu Tasawuf. Pusat pengajian ini yang bertempat di Bukit Ketupat, Jerantut telah menjadi pusat pengajian tumpuan sekitar tahun 1490 hingga 1640 di bidang tasawuf.(1)

(1) Abdul Jalil Borham, (2014). Legasi Islam di Pahang Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang, Syarahan Umum Profesor Universiti Malaysia Pahang, Dewan Astaka, UMP.


Pusat Pengajian Tasawuff Lubuk Pelang 1500

Negeri Pahang telah wujud sebuah pusat pendidikan Islam di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut yang merupakan sebuah pusat pendidikan bercorak tasawuff. 

Pusat ini semakin maju kesan dari penaalukan Melaka ke atas Pahang. Di zaman pemerintahan Kesultanan Pahang Dinasti Melaka, kegiatannya semakin terserlah. 

Ini dapat buktikan bahawa apabila Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Mansor Shah, Sultan Pahang ke 2 Dinasti Melaka meletak jawatan kerana pertikaian dengan anak sedara baginda Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud ibni Sultan Alauddin Riayat Shah. 

Baginda telah pergi ke hulu Pahang sehingga kononnya sampai ke tempat yang tidak lagi kedengaran tiupan gendang nafairi, baginda telah pergi ke Lubuk Pelang menghabiskan sisa umur untuk beribadat kepada Allah di sana. 

Di dalam Kitab Sejarah Melayu ada menyebutkan tentang peristiwa tersebut . Kitab tersebut menyatakan bahawa Sultan Ahmad Shah "Bersheikh" diri di Lubuk Pelang.Bersheikh diri sama pengertian dengan "Bersuluk" pada masa sekarang. Tempat bersuluk semestinya mempunyai seorang guru atau "Sheikh" untuk membimbing anak murid yang ingin mempelajari tasawuff. 

Baginda bergelar Marhum Syeikh. 

Ini menunjukkan bahawa di Pahang ketika itu telah wujud pusat pendidikan keagamaan yang agak tinggi kedudukannya. Kisah ini sama pendapat dengan pandangan Prof Dr Hamka yang mengatakan bahawa pendakwah Islam yang awal yang sampai ke Nusantara ini melalui peranan Ahli Sufi.



Pengembaraan Hamzah Fansuri Ulamak Dari Acheh.

Pada tahun 1594, Hamzah Fansuri telah datang dari Acheh ke Pahang bagi menyambung pelajaran; di dalam syiarnya beliau menceritakan tentang kunjunganya ke Pahang untuk belajar dari guru-guru di sana:-


Dari Banten ke Pahang terlalu payah
Mencari tuhan di dalam Kaabah 
Sebab inilah ia da'im berlelah 
Akhirnya terdapat di dalam rumah 


T.Iskandar- Hamzah Fansuri, Pengarang,Penyaer,Ahli Tasawuff Abad ke 17-- Dewan Bahasa - Feb 1965 


Kedatangan Hamzah Fansuri ke Pahang adalah dari anjuran Puteri Kamariah , Puteri Pahang yang ketika itu menjadi permaisuri Acheh, isteri kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, permaisuri yang sangat meminati ajaran agama telah mencari sesaorang yang berkebolehan untuk menuntut "Ilmu Hakikat" di seluruh dunia bagi mencari pengertian Hakikat dan Kewujudan di dalam masalah-masalah Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam. 

Hamzah telah dipilih untuk menjalankan misi tersebut,antara tempat yang dianjurkan oleh Tuanku Permaisuri ialah pusat pengajian di Pahang, selain di India dan BaitulMaqdis. 

Hamzah ini akhirnya mengasaskan satu aliran baru di rantau timur ini yang dikenali dengan Ajaran Mertabat Tujuh. Ajaran ini apabila sesudah kematian beliau bertukar menjadi satu ajaran sesat atau disebut di Acheh "Salik Buta", dan akhirnya ajaran ini sampai ke Pahang dan diamalkan dengan meluas pada masa Imam Nur Qadim sekitar 1720. 

Pusat pengajian yang ada di Lubuk Pelang merupakan satu pusat pengajian Tasawuff yang agak terkenal juga ketika itu di Nusantara. Dan di yakini mempunyai guru-guru yang terpelajar.



Penulisan Kitab Hidyatul Mustafid


Dipercayai juga selepas kedatangan Hamzah Fansuri,Pahang juga dikunjungi oleh seorang ulama besar dari India iaitu Nuruddin Al Raniri, Semasa di Pahang, beliau dipercayai sempat menulis dua buah buku agama yang asas di dalam bidang Akidah(Durratu-l Faraid bi Syarhi-l Aqaid) dan Hadis( Habib fi-l Targhib wa-l Tarhib). 

Tidak terdapat penggunaan dialek Acheh di dalam kedua-dua buah buku ini sebagaimana karya-karya beliau yang lain semasa menjadi mufti Acheh. Memandangkan bahan tulisan yang dikemukakan oleh Sheikh Nuruddin begitu tinggi,maka ini membuktikan bahwa Islam di negeri Pahang sudah begitu meluas diamalkan dalam abad ke 15 sehingga terdirinya pusat-pusat pengajian yang di datangi oleh guru-guru dari luar Pahang dan para ulamak di beri penghormatan oleh pemerintah ketika itu.

Thursday, March 14, 2019

'Sri Galong" Gajah Ikon baru Tarikan Taman Negara



WZWH memperkenalkan ‘Sri Galong’ ikon baru gajah Taman Negara.

Hari kemarau sekumpulan gajah suka bermain di tepi tebing Sungai Tembeling.

Terdapat banyak kesan gajah sepuak di Kuala Sungai Lau.

Gajah ‘ Sri Galong’ sudah famous, ramai pelancong Eropah sudah booking chalet di Kuala Tahan mahu lihat ‘Sri Galong’.




WZWH beri satu lagi close up video ‘ Sri Galong’ ikon baru Taman Negara.




Bantu promote eko-Pelancongan kita Alor Tembeling ini, dari Kampung Pagi sampai Kampung Mat Daling itu. Gaya ramai pelancong yang berminat mengunjungi.

Setiap kampung ada kekuatan yang sendiri. Agensi dan pihak terlibat dalam industri eko-pelancongan perlu bantu tunjuk ajar.

WZWH cadang supaya Kerajaan buat satu tugu ‘Sang Kelembai’ tidak besar lah macam Batu Cave itu biar ramai pelancong Orang Putih tanya,”Who is Sang Kelembai? Tulis cerita-cerita Sang Kelembai pada batu marmar. Baru satu dunia tahu the legend of Sang Kelembai.


Video ihsan copyright dari Encik Afzal bin Abdul Aziz seorang guide pemandu pelancong yang famous di Taman Negara Jerantut.

Sunday, March 10, 2019

FORMULA BARU BN Menang PRU 15




45 tahun dulu Almarhum Tun Razak telah pakai formula ini bila mengabungkan banyak parti UMNO, PAS, MCA, MIC dan lain-lain komponen membentuk BARISAN NASIONAL pada tahun 1974.

Sejak PRU 1974, BN sentiasa membentuk Kerajaan Pusat 2/3 majoriti. Sehinggalah polemik dalaman politik UMNO melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir buat BN telah tidak menang PRU 2/3 majoriti hingga PRU 2018 BN terus tumbang gagal bentuk Kerajaan Pusat.

Logiknya mudah pengaruh hebat politik Tun Mahathir dan Dato' Sri Anwar Ibrahim telah disinergi untuk melemahkan politik UMNO dan BN. Majoriti rakyat Malaysia masih  percaya kepada pengaruh politik kedua tokoh ini.

Masa depan UMNO dan BN nampak malap. The End of UMNO and BN. Begitu juga masa depan PAS. Tidak nampak sinar. Keduanya hanya dapat mempertahankan masing-masing dua Kerajaan Negeri;

UMNO: Pahang dan Perlis
PAS: Kelantan dan Terengganu

Blessing in disguise, ada RAHMAT dari Allah SWT kerana kekalahan BN dan PAS pada PRU 14 ada kesedaran untuk bekerjasama berpakat letak satu calun sahaja dalam PRK.

PRK Cameron Highlands yang nampak tidak perlu diadakan unnecessary tapi Mahkamah telah putuskan juga perlu diadakan telah memberi peluang kepada UMNO dan PAS eksperimen formula baru ini.

Akhirnya UMNO yang bertanding PRK Cameron Highlands dengan kerjasama PAS dan bantuan parti komponen BN berjaya memenangkan UMNO dengan majoriti lebih besar.

Formula ini diulang kembali dalam PRK Semenyih hasilnya UMNO menang PRK Semenyih dengan majoriti besar.

Diramal PRK Rantau yang mana Pemangku Presiden UMNO sendiri Dato' Seri Mohamad Hasan bertanding akan menang dengan formula baru ini.

Formula baru ini telah dikritik hebat oleh tokoh-tokoh besar Kerajaan PH seperti Tun Mahathir, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan ramai lagi.

Tun Mahathir kata gabungan kerjasama UMNO dan PAS ini tidak akan diterima oleh rakyat Malaysia yang multicultural.

Dato' Seri Anwar Ibrahim kata Melayu bukan hanya untuk PAS dan UMNO.

Lebih menarik Lim Guan Eng kata formula baru ini mencabar istihar perang kepada bukan Melayu. Formula baru ini akan melahirkan Kerajaan Taliban. Rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sarawak dan Sabah tidak terima.

Kepimpinan UMNO yang diteraju oleh Dato' Seri Mohamad Hasan dan pemimpin-pemimpin tokoh UMNO yang matang berjaya meyakin dan memujuk Pemimpin MCA dan Pemimpin MIC bahawa formula baru ini bertujuan matlamat utama untuk buat BN menang PRU 15 dan tidak akan terjadi pemerintahan ala Taliban di Malaysia kerana pemimpin-pemimpin PAS adalah pragmatik pendekatan politik sederhana.

Rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu tidak perlu bimbang kerana UMNO dan BN tetap menjunjung tinggi hak-hak rakyat yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Negara.

Lagi pun UMNO dan BN berpengalaman luas mentadbir Malaysia sejak 60 tahun dulu.

Melalui statistik PRU 14 kita boleh lihat apa keputusan dijangka bila formula baru ini diguna pakai dalam PRU 15.

Berikut senarai kerusi parlimen yang panasssss

1. Kangar
Ph 20,909
Bn  + PAS = 23,771

2. Jerlun
Ph 18,695
Bn + pas  = 25,242

3. Kubang Pasu
Ph 29,984
Bn + pas = 30,350

4. Pokok Sena
Ph 28,959
Bn + pas  = 41791

5. Kuala Kedah
Ph 36,624
Bn + pas = 36,624

 6. Merbok
Ph 30,902
Bn + pas = 40,448

 7. Sungai Petani
Ph 45,532
Bn + pas = 46,723

 8. Padang Serai
Ph 31,724
Bn + pas = 38,360

 9. Kulim Bandar Baharu
Ph 23,159
Bn + pas = 31,184

 10. Parit Buntar
Ph 16,753
Bn + pas = 25,967

 11. Tambun
Ph 38,661
Bn + pas = 48,289

 12. Lumut
Ph 21,955
Bn + pas = 31,690

 13. Tanjung Malim
Ph 24672
Bn + pas = 29,625

  14. Raub
Ph 20,659
Bn + pas = 25,366 

 15. Indera Mahkota
Ph 28,578
Bn + pas = 35,143

 16. Kuantan
Ph 22,807
Bn + pas = 28,363 

 17. Temerloh
Ph 23,998
Bn + pas = 36,828

 18. Bentong
Ph 25,716
Bn + pas = 29,390

 19. Sungai Besar
Ph 17,350
Bn + pas = 23,856

 20. Hulu Selangor
Ph 40,783
Bn + pas = 44,012

 21. Kuala Selangor
Ph 29,842
Bn + pas = 29,879

 22. Kapar
Ph 47,731
Bn + pas = 57,837

 23. Kuala Langat
Ph 43,239
Bn + pas = 44,858

 24. Titiwangsa
Ph 23,840
Bn + pas = 26,546

 25. K. Pilah
Ph 18,045
Bn + pas = 22,192

 26. Tampin
Ph 22,435
Bn + pas = 26,031

 27. Tangga Batu
Ph 32,420
Bn + pas = 36,722

 28. Sri Gading
Ph 21,511
Bn + pas = 22,771

 29. Tanjung Piai
Ph 21,255
Bn + pas = 23,693

 30. Putatan
Ph 14,106
Bn + pas = 14,201

Jika dicampur jumlah kerusi 

BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 kerusi parlimen


Tidakkah BN boleh membentuk Kerajaan Pusat bersama PAS dan komponen-komponen BN yang lain?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024