Chin Peng : Komunis Dulu, Kini Dan Selamanya
Kenapa Chin Peng mahu kembali ke Malaysia dan disokong kuat DAP dan Anwar Ibrahim?Semangat ideologi komunis ada dalam perjuangan politik PR yang mahu menjadikan Malaysia negara republik. Raja dan hak kaum peribumi mahu dihapuskan sikit demi sikit. PR yakin pandangan haluan kiri disokong ramai rakyat mengikut persepsi PR. Itu sebab Chin Peng mahu kembali ke Malaysia dan disokong kuat oleh DAP dan Anwar Ibrahim.WZWH baca sejarah Tanah Melayu yang PKM telah melancarkan pemberontakan untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis berbentuk republik.Ini bermakna jika pemerintahan republik berjaya diwujudkan yang pastinya pemerintahan beraja seperti yang diamalkan dalam tahun 1948 itu akan dihapuskan.Untuk memahami kedudukan sebenar eloklah kita menyorot ke belakang. Perancangan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini sudah diatur lama sebelum pemberontakan yang dilancarkan dalam tahun 1948 itu.Masih ada ora…