Kenapa Chin Peng mahu kembali ke Malaysia dan disokong kuat DAP dan Anwar Ibrahim?
Semangat ideologi komunis ada dalam perjuangan politik PR yang mahu menjadikan Malaysia negara republik. Raja dan hak kaum peribumi mahu dihapuskan sikit demi sikit. PR yakin pandangan haluan kiri disokong ramai rakyat mengikut persepsi PR. Itu sebab Chin Peng mahu kembali ke Malaysia dan disokong kuat oleh DAP dan Anwar Ibrahim.
WZWH baca sejarah Tanah Melayu yang PKM telah melancarkan pemberontakan untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis berbentuk republik.
Ini bermakna jika pemerintahan republik berjaya diwujudkan yang pastinya pemerintahan beraja seperti yang diamalkan dalam tahun 1948 itu akan dihapuskan.
Untuk memahami kedudukan sebenar eloklah kita menyorot ke belakang. Perancangan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini sudah diatur lama sebelum pemberontakan yang dilancarkan dalam tahun 1948 itu.
Masih ada orang hairan kenapa Kerajaan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan, pulang walaupun sudah memeterai Perjanjian Damai menamatkan “peperangan” antara kedua-kedua belah pihak di Hadyai pada tahun 1989.
Keenganan Kerajaan Malaysia membenar Chin Peng pulang menyebabkan beliau membawa kesnya ke mahkamah hingga sampai ke Mahkamah Persekutuan, yang akhirnya menolak permohonan itu.
Pada 27 Julai lalu Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara ketika menolak dengan kos rayuan bekas pemimpin komunis tersebut untuk mempertahankan tuntutan samannya terhadap Kerajaan Malaysia.
Ada pihak yang mempersoal tindakan Kerajaan Malaysia kerana dikatakan melanggar perjanjian Hadyai itu. Betulkah Kerajaan Malaysia melanggar Perjanjian Damai itu?
Apa yang dapat dilihat daripada fakta kes mahkamah, penolakannya berkisar kepada ketiadaan dokumen untuk menyokong permohonan Chin Peng bahawa beliau adalah rakyat Malaysia.
Sebenarnya Chin Peng dan juga Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama di Hadyai itu. Perjanjian itu antara lainnya menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk kembali ke Malaysia oleh ahli PKM adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebenarnya, Chin Peng menunggu hingga ke saat akhir untuk mengemukakan permohonanya untuk kembali ke Malaysia. Hanya beliau yang tahu kenapa tindakan sedemikian dilakukan.
Selaras dengan persetujuan dalam Perjanjian Damai, permohonan Chin Peng terpaksa melalui prosesnya, dan ia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dari segi kuat kuasa perjanjian itu, Kerajaan Malaysia adalah betul dan pihak-pihak yang terbabit tentunya mengetahui kedudukan ini.
Bagaimanapun, isu ini sebenarnya patut dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Ia tidak seharusnya ditumpukan kepada kandungan perjanjian Hadyai semata-mata, tetapi harus melihat tindak-tanduk Chin Peng dan PKM dalam menangani perundingan damai itu dan bagaimana dokumen perjanjian itu dicapai serta latar belakang yang membawa kepada meja perundingan di Hadyai.
No comments:
Post a Comment