Wednesday, July 21, 2010

Najib: Jangan Buat Andaian Rakyat Meluat Dengan Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional BN tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.

“Tak betul, tak betul andaian meluat, kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu mempunyai 3 .1 juta ahli ”, kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi MT Umno petang ini. Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib berkata, “Saya tidak terima anggapan itu meluat ”.

Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”. Najib memberitahu selepas proses pemutihan yang dijalankan awal tahun ini. Umno kini mempunyai 3 ,186, 850 orang Umno telah mengeluarkan hampir 600, 000 ahli daripada daftar keahliannya.

3.1 juta ahli UMNO telah sedar bahawa pengaruh PAS dikalangan orang Melayu merosot teruk sejak PAS bersekongkol ( atau lebih tepat jadi kuli) dengan DAP. Orang Melayu tertanya-tanya bagaimana dengan fatwa PAS dulu yang mengharamkan kerjasama UMNO dengan MCA, MIC, Gerakan.

WZWH tidak hairan dengan sikap PAS kerana dari dulu lagi PAS bertopengkan ugama. Sebenarnya apa yang PAS buat ialah menentang UMNO saja, bukan mahu menegakkan Islam.

Isu paling jelas ialah Kalimah "Allah". Bila UMNO sibuk pertahankan "Allah" eksklusif untuk Islam, PAS pula sibuk ajak benarkan kalimah tersebut diguna oleh bukan Islam. Ini perkara akidah. Kalau berkongsi nama, akhirnya akan berkongsi akidah.

Ramai orang Melayu tidak sedar betapa bahaya benarkan Kristian guna kalimah "Allah". Ia lebih dahsyat dari Portugis menawan Melaka atau Malayan Union.

Suara Melayu( Islam) jadi lemah kerana ada orang Islam (PAS) demi mahu sokongan bukan Islam sanggup terima "Allah" diguna untuk bukan Islam.

PAS memilih apa yang ia mahu. Mufti disanjung bila setuju dengan PAS. Mufti yang sama dikutuk bila menegur PAS.

Jika WZWH jadi Hj Hadi, WZWH akan sambut pelawaan UMNO tubuhkan Kerajaan Perak selepas pilihanraya. Malah UMNO berbesar hati sanggup bagi jawatan MB pada PAS walaupun UMNO ada 27 dan PAS cuma 6 kerusi.

Sebaliknya PAS lebih percaya pada musuh ketat orang Melayu iaitu DAP. Masalah PAS terbesar ialah mereka "memuja" Nik aziz. apa saja Nik aziz cakap walaupun mengarut diterima.

WZWH nampak ada kebencian yang terlalu mendalam pada Nik aziz. Bertaubatlah. Bertolak ansurlah. UMNO memang ada kesilapan tetapi ia sejuta kali lebih bagus dari DAP.

WZWH yakin, segala hasrat PAS untuk membentuk negara Islam akan terlaksana, seandainya kesempatan yang sedia ada ini (isu perpaduan), diguna sepenuhnya oleh PAS bagi mencapai matlamat mereka. Mengapa PAS mesti melihat "jemputan" UMNO untuk bersatu sebagai satu muslihat politik? Mengapa ia tidak dilihat sebagai satu peluang dan ruang untuk PAS melaksanakan Islam di Malaysia dengan jalan pintas, selamat dan cepat?

Jika PAS boleh bersatu dengan DAP atas dasar "muslihat politik", mengapa tidak dengan UMNO? Semua orang mengetahui PAS mempunyai muslihat tertentu, apabila bersetuju untuk bergabung dengan PKR dan DAP - jika tidak, mustahil PAS sanggup menaiktarafkan kelab penyokong PAS yang terdiri dari pelbagai kaum itu. Sekiranya PAS mampu melihat isu perpaduan Melayu ini dari sudut yang positif.

PAS akan memperoleh keuntungan yang jauh lebih besar daripada mereka menyertai pakatan pembangkang. Untuk melaksanakan Islam di bawah panji-panji DAP dan PKR - PAS hanya akan dikecewakan, sebaliknya usaha Islamisasi akan lebih mudah dilaksanakan bersama UMNO.

UMNO memperjuangkan Agama (Islam), Bangsa (Melayu dan 1Malaysia) dan Tanahair dulu...kini...dan selama-lamanya.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024