Nuffnang Ads

Pages

Friday, July 23, 2010

Nik Aziz Mesti Dijatuhkan

Blogger Azli Shukri mendorong kepimpinan ulamak tradisional PAS yang diketuai Hadi Awang supaya mengenepikan Nik Aziz yang menolak perpaduan umat Melayu Islam Malaysia yang disokong rakyat, ulamak, mufti dan UMNO. Nik Aziz akan menghancurkan survival politik Melayu Islam dan kedaulatan Islam di Malaysia selepas PRU 13 dan dari masa jangka panjang.

Berikut pandangan Azli Shukri:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu. Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang memproses emas CNMC Goldmine Limited di Sokor dekat sini hari ini. Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin mencadangkan supaya UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak berjaya ditamatkan demi kepentingan umat Islam.

Ulasan Saya

1. Nik Aziz tetap mahu menggagalkan Perpaduan Melayu-Islam. Hatinya terlalu keras dan masih bersangka buruk dengan UMNO dan kerajaan.

2. Jika alasanya untuk tidak mahu bersatu dengan UMNO, kerana dasar UMNO yang kononnya bersifat sekular, maka apakah dasar DAP dan PKR begitu Islamik dan sekata dengan dasar PAS?

3. Saya percaya, ramai dalam kalangan pemimpin PAS yang ingin melihat UMNO-PAS bersatu-padu demi kebaikan umat Islam, tetapi malang, kita masih takutkan Nik Aziz berbandingan dengan suruhan Allah.

4. Tiada cara lain lagi nampaknya, untuk merealisasikan agenda perpaduan Melayu-Islam, melainkan Nik Aziz perlu dijatuhkan daripada tampuk kepimpinan PAS.

5. Mulai hari ini, strategi untuk menjatuhkan Nik Aziz daripada kerusi MB Kelantan mesti dimulakan. Segala pemusatan kuasa terhadap Nik Aziz perlu dikendurkan, kempen untuk memaksa Nik Aziz bersara perlu segera digerakkan. Batu penghalang untuk UMNO-PAS bersatu dan bekerjasama ialah Nik Aziz.

No comments: