Tuesday, July 27, 2010

Pelabur Tidak Yakin Kepimpinan Lim Guan Eng

Lim Guan Eng dengan besar hati menunjukkan negeri Pulau Pinang yang berjaya dikuasai DAP. "Godfather" PAP cukup berbangga dengan pencapaian DAP. "Lu kena tawan itu Putrajaya nanti".

WZWH bersetuju dengan YB Tony Pua ahli parlimen PJ Utara DAP yang menyatakan kejatuhan FDI menunjukkan kurang keyakinan kepada kerajaan. WZWH juga pasti Tony Pua juga bersetuju kejatuhan merudum yang ketara 80% FDI Pulau Pinang-kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng adalah penyataan yang para pelabur tidak ada keyakinan terhadap kepimpinan dan dasar Lim Guan Eng.

Tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertikam lidah dengan pegawai SDO kerajaan pusat menimbulkan rasa tidak senang hati kakitangan kerajaan terhadap Ketua Menteri. Lim Guan Eng telah melarat dengan "menyerang" pula KSN Tan Sri Sidek. Lim Guan Eng menuduh ada "little Napoleon" dalam perkhidmatan kerajaan.

WZWH tidak faham kenapa MB Selangor dan MB Kelantan juga kerajaan negeri dikuasai pembangkang tidak ada masalah dengan pegawai SDO masing-masing.

Yang terbaru sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang "besar kepala" dengan isu SITU (Sekolah Iktisas Tentera Udara). Kementerian Pertahanan mesti mempertahankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) di Tanjung Bungah tanpa perlu tunduk dengan agenda halus kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng dan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan DAP itu yang tidak habis-habis bermain politik sempit tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Perkara itu sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik DAP pada masa hadapan.


Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak ada kerja lain dari terus bermain politik kotor untuk melawan kerajaan pusat. Ini projek Kementerian Pertahanan sudah pasti ia berlandaskan keselamatan rakyat dan negara.

Tidak payah hendak ugut-ugut kalau Lim Guan Eng prihatin dan sentiasa mementingkan kesejahteraan rakyat, beliau boleh bagi kerjasama dan selesaikan perkara ini dengan baik, bukan membuat ugutan secara terbuka dengan kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mahu Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Tindakan itu dibuat atas alasan projek pembinaan Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tidak mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Sejak kerajaan negeri DAP diberi amanah daripada rakyat lebih dua tahun lalu, hanya pandai bermain sandiwara politik.

Lim Guan Eng sepatutnya tumpu cara bagaimana nak tunai janji kepada rakyat, jaga kebajikan rakyat bukan sentiasa mencari masalah dengan kerajaan pusat.

Sudahlah gagal tingkatkan ekonomi negeri, rakyat pula terus ditekan dengan isu perobohan kampung, roboh gerai, gejala sosial yang berleluasa, pusat hiburan yang tumbuh macam cendawan dan macam-macam lagi itu. Tindakan kerajaan negeri merobohkan perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang jelas menunjukkan ia tidak bertimbang rasa dan memilih kaum sehingga orang Melayu di negeri ini disisih dan ditindas.

Bagaimana pula kesalahan peniaga daripada bangsa-bangsa lain. Kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan dengan memilih kroni untuk menaikkan bangsa sendiri di Pulau Pinang ini. Kaum Bumiputera di Pulau Pinang ini terus dipinggirkan dan kerajaan negeri tidak mengambil pendekatan untuk membantu golongan tersebut yang hanya inginkan peluang perniagaan kecil untuk menyara keluarga.

Inilah sebab kenapa pelabur-pelabur tidak berminat mahu melabur di Pulau Pinang lagi. Yang rugi ialah rakyat Pulau Pinang itu sendiri. Rakyat Pulau Pinang perlu menolak kerajaan pimpinan DAP ini yang suka menekan rakyat dan anti pembangunan kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024