Nik Aziz akan dikenang dalam sejarah politik Melayu moden sebagai politikus Si Kitol dan Sang Rajuna Tapa kerana menghancurkan survival dan kedaulatan politik Melayu Islam di Malaysia.
Dalam Sejarah Melayu, watak Si Kitol dan Sang Rajuna Tapa adalah dua orang politikus yang membuka rahsia pertahanan negara kepada musuh dan membuka pintu kota buat askar musuh menyerang dan menghancurkan kerajaan.
Si Kitol dan Raja Mandeliar berperanan mengadu domba pembesar-pembesar Melayu dan Sultan di zaman Kesultanan Melayu Melaka supaya berpecah belah lalu membolehkan Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511.
Sang Rajuna Tapa adalah Bendahara di zaman kerajaan Sriwijaya di Temasek (Singapura) yang ingin membalas dendam atas hal peribadi kepada Raja Parameswara, dengan berpakat dengan kerajaan Majapahit menyerang Temasek . Sang Rajuna Tapa sendiri membuka pintu kota membolehkan Majapahit menakluk Temasek pada tahun 1401 menyebabkan Raja Parameswara melarikan diri ke Melaka.
Adakah sejarah akan berulang kembali menimpa nasib umat Melayu Islam di Tanah Melayu (Malaysia) ini?
Nik Aziz sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS ketika itu semasa krisis politik Kelantan pada tahun 1977 telah berperanan sebagai Si Kitol mengadu domba kepimpinan PAS Kelantan supaya menentang kerajaan perpaduan PAS dan UMNO dan BN. Walaupun ketika itu UMNO tidak mencampuri urusan pemerintahan PAS di Kelantan dan ramai menteri-menteri kabinet PAS dalam kerajaan pusat.
Nik Aziz juga tokoh utama yang menjatuhkan Asri Muda Presiden PAS pada masa itu. Nik Aziz berjaya mengagalkan hubungan baik PAS dan UMNO pada tahun 1977 menyebabkan politik dan keselamatan Kelantan huru hara lalu Tun Hussein Onn mengistiharkan darurat.
Nik Aziz juga mendengar nasihat dan pandangan seorang Si Kitol hebat moden Anwar Ibrahim dengan berpakat dengan DAP yang disokong dan dimentor oleh pembesar kanan asing (dalam gambar sebelah Nik Aziz) memecah belahkan kekuatan politik ketuanan Melayu.
Oleh kerana terlalu taksub dengan pemimpin kanan asing dan sokongan moral dan dana politik, Nik Aziz sanggup "menjual agama" dan "menjual Melayu" demi memuaskan nafsu amarahnya kepada UMNO. Perbuatannya akan menjadikan kuasa politik Melayu dan kedaulatan umat Islam di Malaysia terhakis dan musnah.
Pada PRU 13 ini dan seterusnya pada masa depan apa yang WZWH cakap dan cerita akan menjadi kenyataan. Anak cucu cicit Melayu akan mengenang Nik Aziz sebagai tokoh pemimpin Melayu yang akan menghancurkan bangsa dan agamanya dalam buku teks sejarah akan datang!
4 comments:
Salam bro, si kitol Nik Aziz bukan sahaja menjadi pengkhianat perpaduan, dia sudah bercita-cita tinggi nak jadi Presiden Malaysia..... sebab itulah dia bergabung kuat minta bantuan DAP, Lee Kuan Yu untuk meruntuhkan kuasa Melayu....
Salam bro YG,
Tepat sekali pandangan bro, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim mahu menjadikan Malaysia negara republik. Selepas Nik Aziz menjadi Presiden Malaysia, Lim Kit Siang akan menyusul menjadi Presiden pula...
WZWH bila hang nak mintak maaf pada Tok Guru Nik Aziz bila saat tiba sakaratul maut nanti. Kita ni mati. Jangan mengata sesama Islam. apalagi ulamak pewaris Nabi, baik kutuk Yahudi, ni tidak buat hubungan pula dengan bangsda laknatullah tu
siapa pn bebas bagi pandangan...tapi sejarah akan menjadi bukti dan saksi pada masa depan..si kitaol dlu pun rasa diri dia benar, tapi sejarah katakan tidak..maka nasib tokoh seterusnya biar masa yang tentukan.
Post a Comment