Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, July 6, 2010

Ku Lan Ahli Parlimen Kuantan 2012?

Agak menarik tulisan blog SAKMONGKOL AK47@Dato' Ariff Sabri mengenai "UMNO leadership series: Kuantan". MB mahu parlimen Kuantan diserah kepada UMNO. Pru 12 dulu pengundi Melayu menolak calon MCA juga tsunami tempatan politik pengundi Cina menambah derita.

Menurut analisis SAKMONGKOL AK47, tiada calon UMNO yang "serious" boleh ditonjolkan baik Dato' Wan Adnan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Hamid Mandela Timbalan Ketua UMNO Bahagian mahu pun Dato' Shafik Fauzan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Sejak dari tahun 1960an, Kuantan memang suka menentang arus politik sebab itu 2 adun PSRM mewakili Kuantan. Sebab itu Fauziah Salleh boleh memenangi parlimen Kuantan 2008 kerana bersungguh-sungguh bekerja kuat memenangi hati pengundi Kuantan, semangat melawan kental Fauziah, cara "intelektual" Fauziah menawan hati base pengundi melalui blognya.

Profile pengundi Kuantan ialah 60% Melayu 40% Cina. Kuantan memerlukan calon UMNO parlimen yang ada kredibiliti, berpendidikan tinggi, bijaksana,berani, kuat kerja. Kuantan mahu pemimpin yang "serious", berpendirian teguh, berazam teguh lagi jitu dan pemimpin memacu memandu.

WZWH berpendapat budaya politik Kuantan sangat sesuai dengan jiwa Ku lan. Dan sememangnya penduduk Kuantan yang mempunyai ramai pengundi berasal dari Pekan mahukan pemimpin mereka kembali merampas parlimen Kuantan.

Satu dari pada kualiti hebat Ku Lan ialah beliau boleh menyatupadukan kumpulan-kumpulan dalam UMNO contoh di UMNO Bahagian Jerantut yang 30 tahun dulu suka "berperang politik" kini harmoni aman damai di bawah kepimpinan Ku Lan.

Ku Lan adalah pemimpin hebat Pahang yang boleh menyatupadukan bukan saja UMNO Kuantan, tapi juga MCA Kuantan dan rakyat Kuantan yang PRU 12 dulu telah undi protes BN.

Jerantut biarkan Kamaruzaman Baria orang kuat PM Najib mengendalikannya lagi pun Ku Lan telah banyak mengajar "ilmu politik" kepada Kamaruzaman Baria. Dato' Azizan Yaakob dan Dato' Wan Abu Bakar boleh membantu Kamaruzaman Baria memenangi parlimen Jerantut 2012 kerana Dato' Wan Amizan menurut penilaian Kamaruzaman Baria "tidak boleh diharapkan"!

2 comments:

Menyegar said...

Salam.Untuk kita semua senang memahami.Sebenarnya pengindi menolak UMNO bukan sahaja di Kuantan mahal di banyak tempat adalah kerana pemimpin yang dicalonkan tidak bersih dan mereka selalunya berjuang bukan untuk kepentingan bangsa.Mereka lebih berjuang untuk peribadi.Macam mana pengundi hendak mengundi mereka jika sikap mereka begini?

sembang kedai kopi said...

Salam.Aku setuju dengan pendapat Kamarulzaman Baria yang kata tidak boleh diharap tu lah.