Thursday, July 22, 2010

Subsidi Untuk Rakyat Dan Ukuran Sokongan MEB

KUALA LUMPUR: Senator Mohd Yusof Husin membidas kerajaan kerana terlalu berkira untuk memberi subsidi kepada rakyat tetapi dengan mudah membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan subsidi mencecah berbilion ringgit.

WZWH pun bersetuju dengan pandangan Senator Mohd Yusof. Contohnya subsidi IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) adalah RM8-12 bilion setahun.

"Tujuh puluh tiga peratus golongan Bumiputera merupakan ‘golongan mudah terjejas’ kerana pendapatan mereka kadang kala cukup, kadang kala tidak cukup.

"Dua puluh peratus dari jumlah penduduk negara adalah golongan kaya tetapi berapa peratuskah Bumiputera?," soal beliau.

"Saya hendak tanya bagaimanakah kita hendak memastikan dalam RMK-10 ini supaya 73 peratus diberi perhatian sewajarnya," kata senator dari Kedah itu ketika berucap membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Senator Datuk Firdaus Abdullah pula berkata, RMK-10 perlu kembali kepada wawasan dan rohnya sebagaimana yang ditetapkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi negara maju.

Beliau berkata, "perdana menteri keempat itu menyatakan Malaysia menjadi negara maju perlu mengikut acuan sendiri tetapi kini kita telah mengabaikannya."

Ini adalah pandangan beberapa orang senator yang kurang yakin dan pessimist dengan MEB yang DS Najib ingin bawakan. WZWH berpendapat DS Najib perlu diberi peluang kerana persekitaran luaran ekonomi Malaysia dan cabarannya sekarang tidak sama dengan semasa era Tun Mahathir maka DS Najib perlu penyelesaian ekonomi cara dan kaedah baru.

Pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi kayu pengukur sama ada rakyat menerima atau tidak Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak April lalu.

Senator Datuk Abdul Rashid Ngah berkata, selagi PRU tidak diadakan, kerajaan tidak tahu sama ada rakyat menerima MEB atau tidak.

Orang Melayu pula katanya, mungkin tidak begitu gemar dengan MEB ini kerana elemen Bumiputera tidak dimasukkan ke dalam MEB.

"Saya tidak tahu mengapa elemen Bumiputera sukar untuk dimasukkan dalam MEB itu. Pasukan yang merancang MEB menghadapi masalah untuk memasukkan elemen bumiputera dalam model itu," katanya ketika membahaskan mengenai RMK-10 di Dewan Negara hari ini.

Senator dari Terengganu itu berkata, kerajaan belum memberi taklimat kepada senator mengenai MEB ini sedangkan taklimat telah diberikan kepada pelabur dan bank. Apa yang penting dalam RMK-10 dan MEB ialah peningkatan ekuiti Bumiputera.

Katanya, oleh itu kerajaan perlu mewujudkan sebuah majlis untuk memantau pelaksanaan RMK-10 dan MEB bagi memastikan kejayaan penyertaan Bumiputera.

"Janganlah nanti, sekiranya ada 10 RMK sekali pun tetapi orang Melayu dan Bumiputera macam tu juga. Seperti pepatah, "10 Jong Masuk, Anjing Bercawat Ekor Juga"," katanya.

WZWH berpendapat semua senator perlu faham apa itu MEB yang ingin diketengahkan oleh DS Najib. PM mahu ekonomi yang memberikan rakyatnya berpendapatan tinggi. Ekonomi yang menaikkan taraf sosio-ekonomi setiap kaum di Malaysia mengikut keperluan.

Abdul Rashid juga mendakwa projek mega dalam RMK-10 hanya dilaksanakan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tetapi tiada satu pun di Pantai Timur, kawasan majoriti Melayu.

WZWH amat bersetuju dengan pandangan senator Abdul Rashid. Pantai Timur, kawasan majoriti Melayu perlu ada beberapa projek mega. Apa yang WZWH cadangkan kepada DS Najib iaitu Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai dan Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang perlulah YAB PM pertimbangkan.

Katanya, kerajaan tahu bahawa nisbah penduduk negara ialah Melayu/Bumiputera berbanding bangsa lain ialah 60:40 peratus. Jadi pembangunan negara mestilah berdasarkan nisbah penduduk, tambahnya.

Sementara itu Senator Saripah Aminah Syed Mohd pula berkata, orang Melayu sudah banyak bertolak ansur dengan kaum lain.

Oleh yang demikian beliau menggesa kaum lain supaya jangan mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Beliau berkata, bukan sahaja pembangkang yang berbuat demikian tetapi komponen Barisan Nasional (BN) turut berbuat demikian.

WZWH berpendapat kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kecuali lebih 2/3 ahli parlimen Malaysia terutamanya ahli-ahli parlimen DAP, PKR dan PAS mahu meminda Perlembagaan untuk mengubahnya sesuai dengan Dasar Pakatan Rakyat.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024