Friday, July 30, 2010

PAS Pusat Dan PAS Pahang Menyerang Dun Tahan


WZWH dalam posting yang terdahulu ada menyentuh tentang PAS Jerantut. Barangkali Yang Dipertua PAS Jerantut,Dr Hamzah tercabar dengan tajuk posting WZWH,"Impian Dr Hamzah Mengkelantankan parlimen Jerantut", menyebabkan beliau membawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Pahang juga Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyerang Dun Tahan!

Pada 26 Julai 2010, Rombongan tentera induk PAS diketuai Presiden, Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, calon potensi AJK PAS Pusat dan parlimen Jerantut, Dr Hamzah telah mudik ke Ulu Tembeling selama 3 hari 2 malam untuk menemui penduduk 5 kampung di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.

Agak janggal "timing" serangan PAS Pusat dan PAS Pahang di Ulu Tembeling, Dun Tahan dilakukan ketika YB Dun Tahan, Dato' Wan Amizan dan 35 Ketua UMNO cawangan dan Ketua Kampung tiada kerana lawatan mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah selama 14 hari mulai 24 Julai 2010.

Apa pun WZWH mengucapkan selamat datang kepada rombongan PAS diketuai Presidennya Hadi Awang. Memang kepimpinan tertinggi PAS perlu melakukan lawatan ke kampung Melayu pedalaman seperti di Ulu Tembeling. Dalam posting WZWH beberapa hari lalu ada bercerita tentang mengenali Presiden PAS, Hadi Awang dan kerjasama UMNO dan PAS.

WZWH kira Hadi Awang Presiden PAS telah menyambut pelawaan DS Najib untuk UMNO dan PAS bekerjasama. Penduduk Ulu Tembeling amat meraikan tetamu lebih lagi kedatangan Presiden PAS dengan barisan Ulamaknya dapat memberi ceramah agama kepada penduduk Ulu Tembeling dan melalui aktiviti-aktivit PAS mendekati masyarakat pedalaman.

Pemimpin-pemimpin PAS Pusat dan PAS Pahang itu menginap di rumah penduduk-penduduk Ulu Tembeling. Sudah pasti penduduk Ulu Tembeling suka dengan cara mudah mesra pemimpin PAS ini. Sudah tentu Hadi Awang tidak melepas peluang hobinya suka menjala ikan atau mencari ikan di Sungai Tembeling.

WZWH amat berterimakasih dengan lawatan tertinggi kepimpinan PAS ke Ulu Tembeling Jerantut kerana sekurang-kurangnya membuka mata DS Najib dan MB Pahang, DS Adnan Yaakob terhadap kesungguhan Presiden PAS, Hadi Awang dan PAS Pahang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man menakluki parlimen Jerantut dan 3 Dun iaitu Dun Tahan, Dun Damak dan Dun Pulau Tawar.

Selain posting WZWH menyentuh PAS Jerantut, beberapa isu-isu yang dicadangkan WZWH seperti Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai dan Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling telah dimainkan oleh kepimpinan Tertinggi PAS ini terutama Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Dr Hamzah mempengaruhi penduduk Ulu Tembeling supaya tidak menyokong UMNO. Pemimpin PAS kata kalau penduduk Ulu Tembeling mahu cepat pembangunan terutama pembinaan jalan Ulu Tembeling, penduduk Ulu Tembeling perlu menyokong pembangkang.

Apa-apa pun WZWH amat berharap DS Najib, DS Adnan Yaakob, YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan YB Dato' Wan Amizan adun Tahan "PERLU" berbuat sesuatu...di parlimen Jerantut dan Dun Tahan.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024