Jika kita ingin mengenali sesuatu masyarakat maka kita kena jumpa orang tua di tempat itu. Itu yang WZWH buat berjumpa dengan pemimpin veteran Cina di Jerantut.
JP Aw Yuet Sam , berumur 78 tahun pemimpin veteran Cina masih lagi aktif dengan beberapa pertubuhan dan NGO.
Beliau adalah mantan Ketua Kampung atau dipanggil Tok Empat Kampung Sungai Jan (1972-1994). Bekas ahli MCA (1961-1974), sekarang ahli GERAKAN (1982-kini).
Penglibatan sukarela:
- Bendahari PEMADAM
- Bendahari Lembaga Pelawat PUSPEN
- Bendahari Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti
- Lembaga Pelawat Pusat Bina Diri
- Penasihat JUVANA
- AJK Persatuan JP Pahang
- AJK Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia
Parlimen Jerantut mempunyai 8500 pengundi Cina. WZWH mahu tahu masyarakat Cina Jerantut, apa permasalahannya dan kehendaknya, kepimpinan kaum Cina Jerantut dan hubungan dengan BN Jerantut.
Ada empat persatuan Cina Jerantut yang besar:
- Persatuan Cina Kwang Tung
- Persatuan Cina Kong Sai
- Persatuan Cina Hokkian
- Persatuan Cina Hakka
Menurut JP Aw Yuet Sam, MCA Jerantut tidak bersikap adil kepada masyarakat Cina Jerantut. Itu sebab Cikgu Koh Boon Keng menjadi calon Bebas pada PRU 12 dan kini menjadi pemimpin DAP Jerantut. Terdapat 4 cawangan DAP di Jerantut.
Menurut beliau lagi MCA Jerantut hanya menjaga kumpulan kecil tidak melibatkan semua masyarakat Cina Jerantut. MCA suka memberi bola tanggung kepada DAP menyebabkan DAP nampak kuat dan menjuarai isu-isu kaum Cina. MCA yang lemah bukan DAP yang kuat.
Terdapat 7 orang Ketua Kampung Cina di Jerantut. Mereka ini tidak betul-betul menjaga kepentingan kaum Cina keseluruhan di kampung masing-masing tapi lebih sibuk di Pejabat ADUN Damak.
Pemilihan beberapa Ketua Kampung Cina juga agak janggal, contoh di Kampung Batu 57 hanya ada 3 rumah orang Cina tapi diperuntukkan seorang Ketua Kampung. Di Kampung Padang Saujana ada 2 rumah orang Cina juga diperuntukkan seorang Ketua Kampung!
Bagi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut bagi kuota MCA daripada 6 Lembaga Pelawat hanya 2 orang tahu berbahasa Melayu.
Rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terdapat banyak di bandar Jerantut lebih daripada 10 buah. Terdapat rumah-rumah urut yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dari pelacur-pelacur dibawa dari negeri China. Ini amat membimbangkan masyarakat Cina Jerantut. Terdapat insiden isteri-isteri pelangggan menyerang rumah urut.
Penduduk Cina Jerantut mahu wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada mereka seperti urusan Pejabat Tanah melibatkan tapak rumah dan tanah kebun mereka. Kebanyakan tapak-tapak rumah pajakan (lease) selama 25tahun, 28 tahun, 38 tahun susah pihak bank mahu memberi pinjaman.
Masyarakat Cina Jerantut menyokong penuh Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bila WZWH bertanya bolehkah BN mendapat kembali sokongan kaum Cina Jerantut pada PRU 13 nanti, JP Aw Yuet Sam secara optimis yakin BN masih boleh memenangi kerusi parlimen Jerantut dengan syarat BN kena tunjuk kerja kepada rakyat dan aturkan kehidupan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment