Kerajaan pimpinan YAB DS Najib telah mengambil langkah terpuji dalam istilah ekonomi untuk mengurangkan perbelanjaan negara bila "menyelaraskan harga" beberapa harga item petrol, diesel, LPG dan gula. Satu tindakan yang amat baik kerana boleh jimat RM750 juta setahun.
WZWH ingin mencadangkan kepada DS Najib supaya "menyelaraskan subsidi" IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) bagi menjimatkan lebih banyak lagi perbelanjaan negara. Kerajaan memberi subsidi kepada IPP sebanyak RM12 bilion setahun. Kontrak IPP untuk membekalkan tenaga kepada TNB akan berakhir pada tahun 2017.
Ini bererti kerajaan terpaksa membayar subsidi IPP dari tahun 2010 hingga 2017 sebanyak RM84 bilion! Sugguh membazir dari pandangan WZWH. WZWH mahu kerajaan jimatkan perbelanjaan RM84 bilion ini.
WZWH ingin bercerita secara ringkas sejarah IPP negara. Kita semua tahu semasa era Tun Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun, Mahathir mahu industri Malaysia bergerak pantas dan menuju negara maju. Mahathir bernasib baik kerana pada zamannya sejak dari tahun 1980an hingga 1990an banyak FDI (pelaburan luar) datang mencurah-curah ke Malaysia. Sebab itu Mahathir sedap bercakap, "barang sebut barang jadi".
Pertumbuhan dan pembangunan industri memerlukan sumber tenaga. Mahathir mahu industri negara cepat berkembang pantas. Mahathir tahu perlunya sumber tenaga dari hidroelectric dam dan nuklear power plant tetapi perlaksanaannya lambat dan cerewet. Orang Jerantut sudah menolak cadangan hidroelectric dam Mahathir. Lagi pun harga arangbatu, gas dan minyak murah pada masa Mahathir.
Lalu beberapa syarikat seperti YTL diarahkan membina banyak loji janakuasa tenaga bebas (IPP). Dan DS Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan pada masa itu menguruskan perjanjiannya. TNB dipaksa membeli IPP ini dengan "full capacity" walaupun keperluan TNB pada masa itu sebahagian atau bawah dari "full capacity". Ini yang memberangkan Dr Ani Arof Pengerusi TNB. Senang-senang saja towkay IPP kaya raya dan kerajaan memberi subsidi pula sebanyak RM12 bilion setahun.
Sekarang dengan kenaikan harga arangbatu, gas, dan minyak yang semakin meningkat maka kos operasi IPP semakin tinggi dan tidak termampu lagi membebankan TNB. Ini merugikan pengguna rakyat Malaysia, pengusaha-pengusaha industri.
Maka WZWH mencadangkan subsidi RM84 bilion terhadap IPP perlu DS Najib kaji semula. Kalau ikut cadangan WZWH, DS Najib boleh membina 9 NPP berkapasiti (1000MW) yang kos cuma RM9 bilion bagi sebuah loji NPP. Negara bukan saja jimat perbelanjaan tetapi dapat mengaplikasikan teknologi nuklear yang lebih jimat kos ekonomi secara efisyen dan efektif, paling selamat, paling bersih, paling mesra alam dan lama jangka hayatnya.
No comments:
Post a Comment