Hari ini YAB PM DS Najib melawat kampung orang Asli di Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang. WZWH telah post cerita tohmahan pemimpin muda Orang Asli di Pahang iaitu Ramly Lugan, berkata "Umno bukan sahaja menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli malah menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk ‘hantuk kepala kami ke dinding".
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DS Shafie Apdal telah menjawap isu " UMNO dan BN menzalimi Orang Asli, "Peruntukan RM1 bilion telah dibelanjakan kerajaan untuk memajukan dan memastikan komuniti Orang Asli bersaing dengan kaum-kaum lain dalam RMK 7 hingga RMK9 termasuk juga pakej ransangan stimulus ekonomi pertama dan kedua.
Sempena lawatan DS Najib ke Pos Betau, WZWH teringat kembali 12 tahun dulu pada tahun 1998 buat pertama kalinya WZWH menjejakkan kaki di Pos Betau. Pada masa itu satu acara pertandingan kayak sedunia memudiki sungai di Kuala Lipis dari Jeram Musuh Karam hingga ke Kuala Medang.
Pertandingan kayak sedunia itu dirasmikan oleh Anwar Ibrahim ketika itu TPM Malaysia. WZWH bergegas ke Kuala Medang dari Jerantut dan tiba pada waktu tengahari. Kemudian WZWH dan saudara Ezam Mat Nor, Setpol Anwar Ibrahim (MOF) berlepas mudik menaiki bot kecil menuju ke Jeram Musuh Karam.
Perjalanan bot melalui salah satu sungai tercantik di Pahang melalui kampung-kampung Tradisional Melayu dan beberapa perkampungan orang Asli. WZWH diberitahu kampung Dato' Omar Osman, ADUN dan Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis terletak di pedalaman sungai itu.
Makin ke hulu sungai dengan menaik bot kecil, memecut atas air jernih Sungai Jelai. Semakin lama sungai semakin sempit diselungkupi hutan tebal.
Tidak ada lagi kampung paling hulu dari kampung itu kerana sungainya semakin curam petunjuk muka bumi hampir dengan Tanah Rata Cameron Highland.
Kami tiba di Jeram Musuh Karam pada lewat petang. Dato' Omar Osman telah siap menunggu di khemahnya. Peserta-peserta kayak antarabangsa dan orang kampung, juga ahli-ahli politik Pahang telah ada di situ.Setelah mandi manda, kami berehat, malamnya selepas makan kami bersembang politik sampai larut malam.
Jeram Musuh Karam ini sangat jauh di pedalaman Kuala Lipis bersempadan dengan Cameron Highlang. Orang Kuala Lipis pun tidak pernah sampai. Arwah Wan Mustapha Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis memberitahu WZWH bahawa beliau kali terakhir datang ke Jeram Musuh Karam pada tahun 1975.
Pada esok harinya kami semua menunggu Anwar Ibrahim tiba dengan helikopter untuk merasmikan acara kayak sedunia ini. Ketika itu pembesar politik Pahang semua ada. Tun Khalil Yaakob MB Pahang, Dato' Hassan Arifin TMB, beberapa EXCO Pahang dan wakil rakyat.
Kami semua menunggu di atas sebuah bukit. Kemudian helikopter yang membawa Anwar Ibrahim pun landing. Putaran kipas helikopter di atas bukit yang sempit telah menerbangkan debu-debu dan daun-daun kayu menyesakkan nafas. WZWH masih ingat lagi sewaktu Dato' Zainal SUK Pahang membuka payung besar melindungi Tun Khalil dari putaran debu, WZWH telah secara tiba-tiba masuk menunduk di depan Tun Khalil. WZWH minta maaf dan Tun Khalil hanya tersenyum.
WZWH diberitahu pada masa itu boleh dikatakan 99% ahli politik Pahang menyokong Anwar Ibrahim melawan Tun Mahathir untuk jadi Perdana Menteri. Anwar menjanjikan Tun Khalil jawatan Naib Presiden UMNO. WZWH baru perasan, DS Adnan Yaakob, EXCO Pahang ketika itu tiada bersama. Beliau satu-satunya ahli politik Pahang yang berani tidak menyokong Anwar Ibrahim!
Selepas acara perasmian Kayak Sedunia. Anwar Ibrahim bersama-sama peserta-peserta kayak menghilir Sungai Jelai. Berhenti sekejap di Pos Betau. Akhirnya sampai ke Kuala Medang. Sejurus lepas itu, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Tanjung Gahai. Tidak ada jambatan menuju ke Tanjung Gahai yang terletak di seberang sungai. WZWH terpaksa menaiki feri tangki besi untuk ke Tanjung Gahai.
Ramai orang kampung menunggu kedatangan Anwar Ibrahim. Dalam ucapan alu-aluan, Dato' Omar Osman telah mendeklamasikan sajak memuji dan mengangkat Anwar Ibrahim pemimpin hebat masa depan negara. Anwar Ibrahim tidak lama berucap kerana terpaksa cepat balik ke Kuala Lumpur ada hal mustahak.
WZWH masih ingat lagi Anwar Ibrahim ada menjanjikan sebuah jambatan perlu dibina di Tanjung Gahai bagi memudahkan orang kampung dan anak-anak pergi ke sekolah. Dato' Hassan Arifin mengiringi Anwar Ibrahim ke helikopter yang menunggu. Ada orang kampung membawa ikan kelah merah yang sangat besar juga menuju ke helikopter.
Seminggu selepas itu, 2 September 1998, Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir dari kabinet! Maka perjanjian Anwar Ibrahim dengan para pembesar Pahang di Jeram Musuh Karam hanya tinggal perancangan dan kenangan nostalgia indah dalam ingatan WZWH.
Selamat datang YAB DS Najib PM ke Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang. Semoga Orang Asli mendapat manafaat dari lawatan PM.
No comments:
Post a Comment