Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, July 28, 2010

Anwar Gentar Kerjasama UMNO PAS


Anwar Ibrahim cukup gentar dan amat takut jika kerjasama UMNO dan PAS terjalin kerana ini boleh menjejaskan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7. Anwar adalah "mastermind" tokoh mengerakkan penyatuan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS yang masih belum lagi berdaftar dengan ROC.

Anwar sudah boleh mencium bau bahawa kumpulan Erdogan yang pro kepadanya sudah berasa bimbang kerana dikatakan Timbalan Presiden PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS telah berjaya mempengaruhi Presiden PAS, Hadi Awang supaya mengkaji cadangan perpaduan politik UMNO PAS demi kebaikan dan kepentingan politik umat Melayu Islam di Malaysia.

Ditambah pula kenyataan Mufti Perak Dato' Harussani bahawa selain dari Dr Hasan Ali EXCO PAS Selangor, ada ramai lagi pemimpin tertinggi PAS datang berjumpa dengan Mufti Perak itu. Desas desus ini tidak menyenangkan Mursidul Am PAS, TG Nik Aziz dan beberapa pemimpin Liberal PAS seperti Khalid Shah Alam dan Husam Musa.

Di dalam Pakatan Rakyat Sendiri, dua beranak pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah melompat menentang idea dari kumpulan ulamak tradisional PAS yang berminat dengan pelawaan ikhlas UMNO.

Maka Lim Kim Siang dan Lim Guan Eng sudah memberi amaran kepada Anwar supaya menghalang dengan apa cara kerjasama UMNO dan PAS ini, jika tidak undi Cina tidak akan beri kepada PKR dan PAS pada PRU 13 akan datang. TG Nik Aziz juga bimbang undi Cina akan menewaskan peluang PAS.

Maka Anwar Ibrahim berceramahlah ke sana ke mari menentang kerjasama UMNO dan PAS ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.

“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.

“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dalam temu bual disiarkan hari ini sempena lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Selain itu jelas Anwar, Umno juga tidak faham PAS dan komponen BN itu merasakan jika “mereka boleh menawan Nik Aziz mereka boleh menguasai PAS.”

“Bersama Pakatan Rakyat (PR) juga PAS, DAP dan PKR mempunyai prinsip dan bagaimana nak fikirkan rundingan dengan Umno tanpa syarat.

“... rundingan apa tanpa syarat,” katanya lagi.

Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul.”

“Mesti ikhlas tegakkan keadilan dan hentikan kezaliman ini dahulu.

“Jika tidak perpaduan akan dilihat sebagai Melayu dilihat cuba mendominasi kumpulan yang lain,” katanya.

Kata Anwar, tiada orang akan menentang jika orang Islam dan Melayu bersatu.

“Saya pun kata bagus,” katanya sambil menambah, “namun bersatu untuk apa?”

“Bersatu itu adalah untuk menegakkan sesuatu dengan lebih baik, bukan bersatu kerana diancam,” katanya lagi.

Kelmarin, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata usaha pihaknya untuk menjalin perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ahmad berkata ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Malah tegas beliau PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz bahawa tidak perlu orang tengah dan sebarang syarat sekiranya pertemuan tersebut diadakan.

No comments: