Posts

Showing posts from September, 2017

Lagu Mandailing "BUKTI CINTA"

Image
Orang Mandailing yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu memiliki sifat-sifat keberanian, berilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan memiliki semangat ingin maju. Penghijrahan beramai-ramai dipercayai berlaku selepas Perang Padri (1816-1833). 
Terdapat ramai orang Mandailing di Perak dan Selangor.
Mereka adalah pelombong emas. Orang Mandailing daripada marga(clan) Nasution dan Pulungan dikenali sebagai pedagang emas. Batak Mandailing terutamanya marga Harahap adalah penternak dan pedagang kuda yang terkenal.
Selain itu keinginan untuk menuntut ilmu agama, berniaga, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda juga menjadi faktor kedatangan mereka ke Semenanjung.
Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga (nama keluarga) pada namanya. 
Antara marga orang Mandailing yang biasa dikenali di Malaysia dan Indonesia ialah Nasution, Lubis, Pulungan, Daulae, Batubara, Rangkuti, Parinduri, Mardia, Dalimun…

Mundur Teratur...

Image

Sejarah Ringkas Kesultanan Kedah Tertua Di Dunia

Image
Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.  (1958-2017) AL-FATIHAH Sembah Takziah
Kesultanan Kedah adalah pemerintahan monarki paling tua di dunia. Berketurunan dari Raja-Raja Empayar Langkasuka pada awal abad pertama.
Terdapat dua versi keturunan Sultan Kedah;
Pertama dari teks klasik Hikayat Merong Mahawangsa.
Pengasas Kesultanan Kedah adalah Merong Mahawangsa diangkat oleh rakyat Kedah sebagai Raja.
Versi ke dua, menurut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
Pengasas Kesultanan Kedah adalah Maharaja Durba Raja I dari Kerajaan Gumarun, Parsi.
Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa daftar salasilah Raja Negeri Kedah:
1. Raja Merong Mahawangsa 2. Raja Merong Mahapudisat 3. Raja Seri Mahawangsa 4. Raja Seri Maha Inderawangsa 5. Raja Ong Maha Perita Deria 6. Raja Phra Ong Mahaputisat 7. Raja  Phra Ong Mahawangsa

Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kerajaan Kedah (atau Kadaram) terjadi sekitar tahun 630 masehi, menggantika…

Sayembara Pemimpin Jerantut Di Ambang PRU 14

Image
Sayembara Pemimpin Jerantut Di Ambang PRU 14...

Bila jiwa mereka kosong mata mereka hambar pada lambang pada bendera kita bermakna mereka mula lupakan kita!

Ayoh pemimpin lepaskan jawatan, lepaskan pangkat, lupakan harta, cari mereka, merayu pada mereka, bangsamu bakal dihina,dikeji, dicaci kerana Kami pemimpin terhina ,puji musuh mu, puji kawan mu, puji diri mu kini mereka tiada lagi!

Roh dalam diri mu bukan roh pemimpin tetapi penderhaka kepada mata rakyatmu ...

Pencela kepada pengikutmu tetapi penyuap kepada kawan kawan mu!

Wahai rakyat bangkitlah mata pena mu sudah tajam ke atas pimpinan mu...

Masa rakyat jadi hakim - hukuman yang amat dahsyat tiada wang mampu ditukar dengan mata hampa jiwa marah...

Itu sebab Allah Swt mentakdirkan mu sebagai pemimpin untuk buka mata mu luas-luas lihat rakyat jatuhkan hukuman kerana populariti atau rasa cinta dihati?

Masa mereka menjadi pemerhati semakin dihujung hari - kini kamu akan dihakimi oleh rakyat dan ahli parti mu sendiri.

Hasil nukilan: Engku Khat…

Kurancak Gajah Putih Sakti Dari Pahang Kebanggaan Maharaja Dewa Sura

Image
Tun Seri Lanang menceritakan dalam Sejarah Melayu bahawa, "......adapun dahulukala negeri Pahang itu negeri besar, takluk ke Benua Siam, Maharaja Dewa Sura, nama rajanya, keluarga juga pada Raja Siam yang bergelar Paduka Bubunya". 

Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Raja Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.
Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 
Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan Pahang partama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.

SULALATUS SALATIN...
Maharaja Dewa Sura Dibebaskan
Pada suatu hari, gajah Maharaja Dewa Sura yang bernama Kurancak itu dibawa oleh gembalanya m…

Bila Gajah-Gajah Jerantut "Berkempen" Lebih Awal Sebelum PRU 14

Image
Sekumpulan Gajah lebih kurang 13 ekor merayau bebas di bawah jambatan berdekatan Sungai Batu dekat Gua Kota Gelanggi, Pulau Tawar, Jerantut.

WZWH teringat cerita arwah Nenek bahawa ianya adalah pemandangan biasa melihat kawanan gajah minum air di tebing Sungai Tembeling bila orang kampung hilir mudik pada tahun 1940an dan 195oan.
Seingat WZWH bila selalu mudik hilir Sungai Tembeling dalam hidup WZWH sepanjang tahun 1970an, 1980an, 1990an hingga kini tidak pernah pun melihat kawanan gajah.
Gajah adalah binatang ikon Negeri Pahang Darul Makmur bahkan team bolasepak Negeri Pahang dikenali sebagai Tok Gajah.
Tun Sri Lanang penyusun Sejarah Melayu 400 tahun dulu mengambarkan Negeri Pahang ini punya hutan yang sangat tebal dihuni oleh banyak gajah, seladang dan harimau.
Dalam Negeri Pahang yang terbesar dalam Semenanjung, Daerah Jerantut pula merupakan sebuah daerah terbesar dan punya stok hutan simpan terbesar termasuk Taman Negara.
Arus pemodenan memyebabkan banyak tanah dan hutan dibuka sejak …

JARAN GOYANG...

Image