Nuffnang Ads

Pages

Thursday, July 22, 2010

UMNO Membela Kemelut Kg Pokok Asam

GEORGE TOWN: Umno merancang untuk membela projek pembangunan semula Kampung Pokok Asam seperti kemelut yang menimpa Kampung Buah Pala jika diperhatikan betul-betul kenyataan salah seorang pemimpin Umno berhubung isu ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Dr Hilmi Yahaya mendesak supaya kerajaan negeri memberi pampasan kepada penduduk Melayu yang terlibat di Kampung Pokok Asam berdasarkan formula pembahagian yang sama seperti Kampung Buah Pala.

Beliau mendakwa, pampasan yang ditawarkan kepada para penduduk di Kampung Buah Pala (kini telah dirobohkan) adalah yang tertinggi yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri.

Sejak 24 penduduk Kampung Buah Pala ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM500,000 seorang, Hilmi berkata, maka barulah adil sekiranya 24 buah keluarga yang terbabit dengan projek bandar baru di Kampung Pokok Asam menerima jumlah pampasan yang sama.

"Kerajaan negeri hendaklah bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan jumlah pampasan yang serupa berasaskan projek Kampung Buah Pala," kata beliau yang juga setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang.

Walaupun suasana di antara Kampung Buah Pala dan Kampung Pokok Asam berbeza, tetapi Umno akan membela isu ini, yang akan menjadi duri kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketika kemuncak kemelut ini, semua bekas penduduk Kampung Buah Pala, kecuali sembilan, ditawarkan rumah dua tingkat seorang secara lisan di kawasan yang sama oleh pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Tetapi bekas penduduk Kampung Buah Pala masih tidak tahu berhubung status ini kerana tawaran itu dibuat tanpa hitam putih.

Kampung Pokok Asam telah digazet untuk sebuah projek mega meliputi flat, rumah mewah dan lot rumah kedai, yang akan dimajukan oleh Nova Mulia Development Sdn Bhd.

Meskipun pemaju memiliki tiga ekar tanah dan mendapat perintah mahkamah untuk memindahkan penduduk, Nova Mulia bagaimanapun menawarkan pampasan di antara RM75,000 hingga RM120,000 kepada para penduduk.

Minggu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengingatkan Umno supaya tidak menggunakan para penduduk sebagai "umpan" untuk kepentingan parti.

"Pemaju memiliki keseluruhan tapak projek itu. Kita hanya boleh mengharapkan belas ehsan syarikat itu untuk menerima cadangan kita untuk mengekalkan kampung itu sebagai warisan Melayu dan berusaha ke arah pembangunan penempatan semula para penduduk kampung itu," katanya.

Mujahid mempertahankan keputusan kerajaan negeri untuk meluluskan pelan projek memandangkan projek itu telah pun digazetkan ketika pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Beliau berkata Umno hanya mahu mencetuskan sentimen Melayu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai isu ini.

Bagaimanapun, setiausaha Umno negeri dan ketua pembangkang Azhar Ibrahim tidak bersetuju.

Walaupun beliau mengakui bahawa projek itu dimulakan oleh BN, beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN meletakkan klausa mendesak pemaju menyelesaikan masalah pampasan sebelum projek itu boleh diluluskan.

Beliau menuduh pentadbiran kerajaan negeri dewasa ini mengenepikan klausa ini apabila meluluskan projek.

"Pakatan Rakyat sekarang ini berpura-pura untuk melindungi kepentingan penduduk, yang mereka sepatutnya lakukan sebelum meluluskan projek itu," katannya.

WZWH berpendapat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sensitif di dalam membela kepentingan orang Melayu Pulau Pinang. Sebab itu banyak gerai-gerai peniaga kecil Melayu dirobohkan dengan berleluasa dan lesen-lesen untuk orang Melayu berniaga sangat sedikit. PAS Pulau Pinang tidak memperjuangkan lansung nasib ekonomi orang Melayu Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang juga tidak mempertahankan Pegawai SDO Pulau Pinang bila dikecam hebat oleh Lim Guan Eng, KM yang amat dipuja oleh TG Nik Aziz dan pengikut-pengikut fanatik membuta tulinya. Semua para Pegawai Kerajaan Pulau Pinang haruslah mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Kakitangan kerajaan Pulau Pinang adalah agen perubahan yang mempengaruhi masyarakat supaya menaikkan kerajaan BN pada PRU 13 nanti yang amat memahami dan boleh bekerjasama dengan kakitangan kerajaan.

No comments: