Thursday, July 29, 2010

Bila Saspek Peliwat Di Naikkan Makamnya


Mursidul Am PAS TG Nik Aziz telah menyamakan ketegasan Anwar Ibrahim mempertahankan prinsip perjuangan sama seperti ditunjukkan Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu.

Presiden PAS, Hadi Awang dan Presiden UMNO, Najib dan beberapa pemimpin-pemimpin veteran dan tertinggi UMNO menggeleng kepala dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang WZWH petik dari HarakahDaily.

Nallakarupan yang bukan Islam itu pun boleh tergelak besar.

Bila saspek peliwat di naikkan makamnya...hanya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengetahui...apa-apa pun WZWH menyerah kepada Mahkamah Malaysia untuk memutuskannya!

KOTA BHARU, 28 Julai: Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

HarakahDaily

2 comments:

Rohazam Bin Bakar said...

so... PAS pun penyebar fitnah jugak la... sbb kalau tuduhan liwat ini fitnah UMNO kpd Anwar... maknanya tuduhan liwat oleh PAS (Mat Sabu) sebelum anwar dipecat juga fitnah la kan?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Rohazam bin Bakar,
Hal Anwar ni....open secret kepada orang politik dan rakan sebayanya. WZWH tidak mahu komen apa-apa..kita serahkan Mahkamah memutusnya. Terima kasih kerana memberi komen.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024