Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, April 26, 2016

Sejarah Ringkas Kesultanan Terengganu



Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Kesultanan Terengganu berasal dari Royal House of Bendahara Johor. Sultan Terengganu yang pertama ialah Sultan Zainal Abidin 1 (1725-1733).

Sultan Zainal Abidin 1 ( Marhum Bukit Nangka ) adalah anakanda putera bongsu Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor.

Kekanda yang tua ialah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang) Bendahara dan akhirnya ditabal Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud Shah II Mangkat Dijulang pada 1699 waris terakhir Dinasti Melaka Johor.

Anakanda saudara Sultan Zainal Abidin 1 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV merupakan Sultan pertama Empayar Johor-Riau-Pahang-Lingga-Terengganu.

Dari keturunan Sultan Zainal Abidin 1 ini telah melahirkan  17 Sultan Terengganu.


Sultan Terengganu yang sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan yang ke 17, Mantan Yang di Pertuan Agong dari 2006-2011. Sultan Mizan adalah Ketua Agama Islam dan punca segala Darjah Kebesaran dan Pangkat di Terengganu.

Berikut ialah senarai Kesultanan Terengganu:


1725–1733: Sultan Zainal Abidin I
1733–1793: Sultan Mansur Shah I
1793–1808: Sultan Zainal Abidin II
1808–1830: Sultan Ahmad Shah I
1830–1831: Sultan Abdul Rahman
1831 (bersama): Sultan Baginda Omar dan Sultan Mansur Shah II
1831–1837: Sultan Mansur Shah II
1837–1839: Sultan Muhammad Shah I
1839–1876: Sultan Baginda Omar
1876: Sultan Mahmud Shah
1876–1881: Sultan Ahmad Muadzam Shah II
1881–1918: Sultan Zainal Abidin III
1918–1920: Sultan Muhammad Shah II
1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942–1945: Sultan Ali Shah
1945–1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
1979–1998: Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
1998–kini: Sultan Mizan Zainal Abidin


Oleh kerana berasal dari Keluarga Bendahara Johor, Kesultanan Terengganu mempunyai hubungan kerabat yang begitu rapat dengan Kesultanan Pahang dan Johor.

No comments: