Wednesday, April 13, 2016

Pembenihan Awan Di Langit Jerantut Diharap Melegakan Kepanasan Melampau



Suhu melampau di Jerantut terutama di kawasan Batu Embun hampir seminggu mencatatkan bacaan melebehi 37 darjah Celcius tertinggi di Malaysia.

Suhu melampau ini akibat perubahan cuaca El-Nino, equinoks, dan kemarau mengakibatkan rasa kurang selesa, menjejas kesihatan penduduk, paras air di sungai surut dan sekolah-sekolah ditutup.

Ditambah lagi kawasan Batu Enbun dan berhampiran merupakan "Lembah Besi" di Jerantut menambah lagi kenaikan haba.

Pemimpin-pemimpin Jerantut yang tidak sekata juga dikatakan punca kejadian mengikut pandangan beberapa orang tua di Jerantut.

Bukan sahaja di Jerantut, Temerloh, dan Perlis menerima suhu kepanasan melampau bahkan di Indocina negara seperti Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand turut terpalit fenomena yang sama.

Bukan juga disebabkan aktiviti pembalakan jauh sekali pembalakan haram di Jerantut menjadi punca fenomena ini.

Kerajaan China bermurah hati untuk melepaskan air takungan dam di sempadan memberi aliran air sungai yang boleh meningkat paras air yang semakin surut di sungai-sungai utama di Indocina. Ini memberi kelegaan kepada negara-negara jiran yang bergantung kepada sumber air bagi aktiviti pertanian.




Fenomena kepanasan melampau ini menyebabkan 91,862 murid tidak bersekolah selama beberapa hari termasuk 18,587 murid di Jerantut ini merugikan Pengajaran dan Pembelajaran.




Diharap pembenihan awan di tiga negeri: Pahang, Perlis dan Kedah terutama di langit Jerantut boleh melegakan kepanasan melampau.

Walau kos pembenihan awan ini tinggi, sekali operasi memakan kos sebanyak RM80,000 oleh Agensi Pengurusan Bencana Alam Negara namun bajet peruntukan yang diluluskan oleh DS Najib Perdana Menteri mencukupi untuk Agensi melakukan operasi di Langit Jerantut dan tiga negeri terbabit.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024