Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, April 19, 2016

Kerajaan Negeri Pahang Digesa Tangkap NGO-NGO Alam Sekitar Yang Memasuki Hutan Pahang Secara Haram!




Foto yang ditunjukkan oleh sekumpulan NGO Alam Sekitar dan media serta diviral ke media sosial adalah kawasan Projek Ladang Agropolitan Felcra Ulu Tembeling dan kawasan Projek Ladang Yayasan Pahang.

Ini mengelirukan rakyat dan memberi tanggapan dan persepsi negatif hingga menyebabkan kedatangan pelancong ke Taman Negara menurun menyebabkan tempahan bilik hotel dan chalet dibatalkan 50%. 

Yang rugi akhirnya ialah pengusaha hotel dan chalet, penduduk kampung kerana pendapatan terjejas.

Hutan Taman Negara tetap terpelihara di bawah Akta Parlimen di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling tidak terusik lansung jauh dari aktiviti pembalakan.

Lagi foto-foto yang mengelirukan tanggapan persepsi rakyat dan pelancong:






Kerajaan Negeri Pahang digesa tangkap mana-mana NGO-NGO Alam Sekitar, PEKA atau PEKAK yang cuba memasuki hutan Pahang secara haram tanpa permit.

Kerajaan Negeri Pahang perlu berbuat demikian demi keselamatan nyawa mana-mana NGO-NGO Alam Sekitar ini.

Memasuki mana-mana hutan di Negeri Pahang terutama di pedalaman perlu permit khas dari Jabatan Hutan Pahang atau Jabatan Perhilitan.

Apa lagi jika NGO-NGO Alam Sekitar ini cuba memasuki kawasan hutan yang diperuntukan bagi kepentingan ekonomi Pahang dimana aktiviti-aktiviti pembalakan dijalankan dikawasan yang telah diberi lesen.

Bagi NGO-NGO Alam Sekitar memasuki kawasan "men at work" adalah merbahayakan nyawa dan keselamatan diri.

Pokok hutan yang ditebang bila tumbang boleh menjangkau lebih 100 meter atau kurang. Bagi NGO-NGO Alam Sekitar ini yang memasuki hutan Pahang secara haram tanpa permit atau pengetahuan Pihak yang berkuasa atau Jabatan Hutan Pahang boleh mengundang musibah dan kecelakaan.

Adalah sesuatu yang normal bagi pokok-pokok balak di Hutan Tembeling yang berusia beratus-ratus tahun boleh tumbang sendiri pada bila-bila masa walaupun tanpa ditebang.

Bayangkan kalau pokok-pokok hutan ini tumbang menyembah bumi dan pada ketika itu aktivis NGO-NGO Alam Sekitar ini berada dilokasi kejadian maka malang tidak berbau.

Apa akan berlaku jika lebih 10 atau 15 orang the so called NGO Environmentalist ini mati katak dihempap pokok balak yang besar?

Siapa mahu bertanggungjawab?

Menteri Besar Pahang?, EXCO Pahang?, Ketua Jabatan Pahang?, Pihak Berkuasa?

BN atau UMNO?

Di hutan Pahang terutama di Hutan Tembeling ada banyak binatang buas seperti harimau. seladang, beruang, gajah dan lain-lain.

Apa akan berlaku jika binatang-binatang buas ini membaham atau mencederakan NGO-NGO Alam Sekitar yang memasuki hutan Pahang secara haram?

Dan lain-lain hal-kecederaan terjerlus, sesat atau hilang juga boleh memberi bermacam masalah.

WZWH mengesa Kerajaan Negeri Pahang tangkap NGO-NGO Alam Sekitar yang memasuki hutan Pahang secara haram tanpa permit demi keselamatan dan nyawa mereka.

4 comments:

Anonymous said...

tamak

WMZ said...

Wan Zamzuri... ckp tak guna otak ke?
Simpan sikit kebodohan tu. Malu anak cucu tgk.

Anonymous said...

Bodoh macam ikan sturgeon ternak.

Anonymous said...

Belajo jauh2 tp vongok!!