Nuffnang Ads

Pages

Thursday, April 21, 2016

Lagenda Ikan Patin Kenapa Melayu Brunei Tidak Memakannya?



Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak Sila Klik Sini.


Cerita rakyat ini diceritera kepada WZWH oleh orang-orang tua Ulu Tembeling keturunan Brunei yang komuniti ini berpengaruh membentuk dialek Ulu Tembeling hari ini.


Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. 

Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Brunei tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Brunei mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. 

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Borneo leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Itu sebab orang Ulu Tembeling berketurunan Melayu Brunei dulu tidak makan ikan patin ini memyebabkan ikan patin sunguh banyak membiak keturunannya di Hulu Sungai Tembeling. 

Kenapa kini ikan patin sungai sukar didapat di Sungai Tembeling kerana ikan patin ini telah dikomersialkan sehingga semua bangsa yang berduit sanggup membelinya dengan harga RM180 sekilogram dan permintaan yang berlipatkali ganda menyebabkan ikan patin sungai ini hampir pupus.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Brunei/Sarawak/Sabah tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Brunei namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Brunei sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

16 comments:

Anonymous said...

Keluarga sebelah ibu saya juga tidak mkn ikan patin & kami anak2 di pesan agar tidak memakan ikan ini. Jika d mkn juga, d katakan memudaratkan penglihatan. Saya berketurunan Melayu Sarawak.

Anonymous said...

Keluarga belah ayah kami pun x mkn ikan ini selama 7 keturunan..kami keturunan iban sarawak..kami anak2 pun x bole makan ikn ni.kalau d perhaikan betul2 bila di siang ikan ini darah ikan ini terlalu banyak n macam daah manusia..x macam ikan2 yang lain..

Unknown said...

Keturunan sebelah mak saya tidak makan ikan patin ni. Dengar dari atok sya brg siapa dri keturunan kmi yg mkn ikan patin akan menjadi gila atau kaki akan menjadi tebal.

Unknown said...

Keturunan sebelah mak saya tidak makan ikan patin ni. Dengar dari atok sya brg siapa dri keturunan kmi yg mkn ikan patin akan menjadi gila atau kaki akan menjadi tebal.

Unknown said...

Keturunan belah Mak x boleh makan ikan ni. Kita org Melanau Dalat.

Unknown said...

Keturunan belah Mak x boleh makan ikan ni. Kita org Melanau Dalat.

Anonymous said...

Kemungkinan betul saperti komen2 diatas sebab ada satu kawasan pendalaman yg banyak terdapat ikan spesis ni, mamat2 dari situ bukan saje feudal pemikiran mrk, malah mrk obsess dgn dangdut. Ada benarnya keburukan makan ikan spesis ni.

iqram iqramdira said...

keterunan aku plak mkn ikan ni bleh jadi kaya raya

Unknown said...

Ya.. Keturunan kami pun tidak makan ikan patin tu konon nya pesanan dari org tua2 kami dulu pantang ikan patin tu bila di makan akan berdarah hidung dan pernah di antara famly kami yang berani mencuba langar pantang tidak disangka2 tgh mkn ikan tu tetiba ja hidung keluar darah dengan banyak. Kami pun tidak tahu sampai bila kah pantang kami ni akan habis.berkemungkinan samapai lah habis keturunan bangsawan abang dan awang ni. Sya yg berasal dari sibu sarawak.

shah reza said...

aku mkn je ikan ikan ni..wpn ada pantang..bpak org dalat.mak org daro..so.anak dorang mix..hilang pantang larang..aku bedal jee.gila xnak mkn.sedap woii..lemak berkrimm...

senangin hunters said...

keturunan saya pulak tak boleh makan ikan tapah, kalau makan bdan jadi gatal gatal dan bernanah..ini kerana pada zaman dahulu sang kancil datang beramai ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan firaun..mana ada firaun pakai sultan!! entahh !!! ����

Mus'ab said...

ikan patin ni makan kepala dia mmg sedap.. lemak bawah badan dia tu mmg buat aku cair air liur memikirkan.. rugi woii tak makan.. mana kau dpt ikan jadi manusia, manusia jadi ikan ni.. mana yg Allah halalkan tu kau bedal je laa..

Mus'ab said...

ikan patin ni makan kepala dia mmg sedap.. lemak bawah badan dia tu mmg buat aku cair air liur memikirkan.. rugi woii tak makan.. mana kau dpt ikan jadi manusia, manusia jadi ikan ni.. mana yg Allah halalkan tu kau bedal je laa..

shairil saidon said...

Dalam gambar tu bukan ikan patin ����

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

Anonymous said...

Sy ada darah keturunan brunei.. Sy makan ikan patin xdak apa2 pn berlaku.. mungkin sbb dah mix beberapa generasi dengan org semenjung.