Sunday, June 20, 2010

RMK 10 (2011-2015)-Apa Faedah Kepada Jerantut?

RMK 10 bermula tahun depan dengan niat mencarta penjalanan ekonomi demi kebajikan rakyat Malaysia bagi 5 tahun akan datang.

Sasaran 3 kunci utama ialah:
  • Pertumbuhan ekonomi 6% setahun
  • Pengurangan defisit fiskal dari 5.3% kepada 3%
  • Pelaburan swasta tumbuh pada kadar 12.8% atau RM115 bilion setahun
Kunci kepada kejayaan ekonomi Malaysia untuk 5 tahun akan datang bergantung kepada pelaburan swasta disamping peningkatan eksport barangan dan servis.


Jika pelaburan swasta tidak menjelma, pertumbuhan ekonomi akan jatuh di bawah 6% setahun.

Apa faedah RMK (2011-2015) kepada Jerantut? Sebelum WZWH menjelaskan faedah RMK 10 kepada ekonomi dan sosial Jerantut, WZWH mahu menjelaskan beberapa aspek utama RMK 10 yang boleh memangkinkan pembangunan ekonomi dan sosial Jerantut seperti berikut:
  • Infrastruktur
  • Pembangunan sosio ekonomi
  • Pelaburan swasta
  • Memperbanyak peryertaan ekonomi bumiputera
  • Peningkatan peluang pekerjaan
  • Reform pasaran pekerja memenuhi Model Ekonomi Baru

Berikut beberapa senarai infrastruktur yang terdapat di dalam senarai RMK 10 dan yang dicadang dan akan dipertimbangkan secara "fast track" bagi kepentingan negara:

  • Jalan Hulu Tembeling RM460 juta merangkumi 3 fasa
  • Jalan Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja Terengganu RM450 juta
  • Jalan Sungai Lembing ke Kuala Tembeling RM200 juta
  • Jalan Jerantut Benta RM150 juta
  • Jalan Maran Jerantut RM100 juta
  • Flyover bandar Jerantut RM50 juta


Beberapa cadangan projek "fast track" bagi kepentingan negara:
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear anggaran RM3 bilion

Juga projek pembesaran kampung, jalan-jalan termasuk jambatan-jambatan di Jerantut yang boleh dianggarkan berjumlah lebih RM250 juta.

Bagaimana RMK 10 ini boleh dimenafaatkan demi kebaikan Jerantut? Pertamanya perlu kita mencari pelaburan swasta yang berminat dengan pulangan dari segi jangka panjang selain dari peruntukan kerajaan Pusat.

Diharap syarikat-syarikat tempatan, kontraktor-kontraktor tempatan diberi peluang penyertaan ekonomi di dalam projek-projek di atas sekurang-kurangnya mereka merasa juga pengagihan ekonomi.

Apa yang kontraktor bumiputera Jerantut perlu buat ialah menyokong kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut sekarang di dalam merealisasi dan mempercepatkan projek-projek yang WZWH sebutkan tadi.

WZWH sudah cakap Jerantut ialah "lombong Emas". Kita perlu bersatu menyokong bagi mendapatkan faedah ekonomi RMK 10 untuk Jerantut.

2 comments:

consigliereijat said...

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting.Kalau tengok kat peta memnag patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan.Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu.Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut.Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah2 negeri Pahang.Harap jangan setakat jadi cadangan macam sebelum ni.Kempunan

Anonymous said...

off white outlet
yeezy boost 350 v2
kobe 9
supreme new york
jordans shoes
jordan 12
off white
yeezy boost 350
off white t shirt
bape hoodie

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024