Nuffnang Ads

Pages

Monday, June 7, 2010

Menteri Pertahankan Loji Janakuasa Nuklear

Dato' Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, mempertahankan pembinaan loji janakuasa nuklear di Malaysia menyatakan ianya adalah keperluan bagi jaminan tenaga masa depan. WZWH amat menyokong dan memahami kenyataan menteri ini.

Dato' Peter Chin memberitahu di Dewan Rakyat bahawa negara tidak lagi boleh bergantung kepada arang batu dan gas asli sebagai sumber utama tenaga. " Bagi jaminan tenaga di Semenanjung Malaysia, kita tidak boleh lagi bergantung kepada gas asli dan arang batu untuk memenuhi keperluan tenaga selepas tahun 2020".

"Kekurangan kedua-dua sumber bahan tersebut dan harga pasaran semasa yang meningkat melambung tinggi dan kebergantungan tinggi kepada kedua-dua bahan tersebut akan meningkatkan kos elektrik dan mengakibatkan rakyat membayar tarif elektrik yang tinggi",
Dato' Peter Chin menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Beliau juga mengesahkan kos cadangan pembinaan loji janakuasa nuklear berkapasiti 1000MW antara RM6.4 bilion hingga RM12.8 billion. Walaupun kos permulaan logi janakuasa nuklear tinggi tetapi kos operasinya lebih rendah jika dibandingkan dengan arangbatu, minyak petrol, dan gas. Dari segi jangka panjang, kos loji janakuasa lebih menjimatkan, paling mesra alam dan selamat.

Dari segi kewangan, ianya tidak "viable"-tidak berdaya maju jika kerajaan terlalu bergantung sepenuhnya kepada tenaga alternatif.

"Saya faham perlunya kepada tenaga diperbaharui tetapi saya ingin mengingatkan kepada umum walaupun angin dan solar itu percuma, kita terpaksa membayar kos yang tinggi jika kita mahu tenaga. Kita boleh ada generator kuasa angin dan solar tapi kita perlu melabur banyak".

"Saya percaya kita perlu kepada pelbagaian tenaga daripada hidro, tenaga diperbaharui, nuklear, arang batu dan gas asli".

Dalam soalan tambahan, Lim Guan Eng menyoal bagaimana perancangan kerajaan untuk memastikan aspek keselamatan logi janakuasa nuklear memandangkan rekod tidak baik Malaysia memastikan keselamatan bangunan seperti kes bumbung stadium runtuh.

Peter Chin menjawab bahawa loji tenaga nuklear tidak menjadi ancaman kepada alam sekitar dan kerajaan akan mengadakan "road show" untuk memberi penerangan dan pengetahuan supaya rakyat dan umum faham tentang keselamatan logi tenaga nuklear.

"Kita berharap rakyat boleh menerima logi janakuasa nuklear melalui program dan maklumat. Kita berharap boleh mempengaruhi persepsi rakyat melalui program-program yang akan kita laksanakan"

WZWH telah mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada rakyat Jerantut bahawa logi janakuasa nuklear itu adalah selamat, tidak merbahaya kepada alam sekitar jika aspek keselamatannya diambil kira.

Jerantut adalah penyokong awal cadangan pembinaan logi janakuasa nuklear. WZWH akan menggerakkan UMNO Bahagian Jerantut supaya menyokong dasar nuklear negara yang baik untuk negara dan rakyat demi masa depan.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam WZWH, semuanya bagus kalau pihak pembangkang tiada kepentingan politik, kalau mereka tidak menghasut rakyat dengan gaya serta kepetahan pembangkang memanipulasikan isu.... lihat sajalah bagaimana mereka war-warkan isu judi bolasepak, seolah-olah UMNO telah menghalalkan judi, sedangkan ianya hanya baru usul untuk kepentingan kaum bukan Islam..

WZWH said...

Salam saudara Yang Gambi,
Industri judi bola haram berjumlah RM8 bilion setahun. Kongsi gelap menjana duit ini utk biayai kegiatan dadah,pelacuran,along,wang seludup ke luar negara. Perlu ada kawalan. Wang ini juga "membiayai" politik pembangkang. Kerajaan perlu bertindak sekarang.