Tuesday, June 22, 2010

Penambahbaikan Kurikulum Sejarah Dan Latihan Teknikal @ Vokasional

Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya telah memilih WZWH sebagai panel penambahbaikan kurikulum Sejarah sekolah menengah. Dengan itu WZWH dijemput menghadiri mesyuarat dari 23-25 Jun 2010 di sebuah hotel terkemuka.

Agak mengejutkan latarbelakang WZWH ialah Accounting(Perakaunan), Sarjana WZWH ialah MBA lebih kepada bisnes dan ekonomi. Mungkin penglibatan WZWH dalam politik membuatkan terpilih menjadi panel.

Setiap kali Mesyuarat Agong UMNO di PWTC, ramai perwakilan menyentuh Sejarah perlu dihayati oleh generasi muda supaya sayang, taat setia dan bersikap patriotik kepada negara.

Kalau tidak pengundi akan bersikap tidak rasional mudah terpengaruh dengan dakyah politikus yang sanggup memburukan negara Malaysia di luar negara.

Politikus yang sanggup merosakkan asas-asas kenegaraan yang dibina oleh Bapa-bapa negarawan yang mengikat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya hidup dalam perpaduan.

Politikus yang menjual negara kepada musuh. Politikus yang menjaja rahsia negara demi kuasa.

Kurikulum Sejarah sekolah menengah perlu diubah, ditambahbaik supaya generasi muda dari berbilang kaum saling hormat menhormati antara satu sama lain. Menghargai sumbangan setiap kaum dan hak-hak kaum-kaum lain yang diterpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

WZWH juga menyokong usaha PM Najib dan TPM Mahyuddin Yasin Menteri Pelajaran mahu meningkatkan usaha Latihan Teknikal dan Vokasional lebih hebat dipertingkatkan sebagai kunci kepada pembangunan sesebuah ekonomi-bahagian penting Model Ekonomi Baru (MEB) yang disebut dalam RMK 10 sebagai faktor utama menjurus ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Banyak penyelidikan menunjukkan mempunyai latihan kemahiran dan berpendidikan universiti boleh menambah potensi pendapatan dalam kareer pekerjaan sepanjang hayat seseorang. Ada juga orang yang berpendidikan sangat tinggi tetapi tidak efektif dan produktif seperti orang yang bersusah payah dari bawah.

Ada juga ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi hasil kerjanya lebih efektif dan produktif dari hasil kerja ahli politik yang berpendidikan tinggi dari luar negara, yang pandai bercakap tinggi-tinggi cerita kehebatan negara luar tetapi GAGAL membawa peruntukan pembangunan ke kawasan sendiri. RAKYAT boleh menilai itu, RAKYAT boleh buat perbandingan dan RAKYAT juga tahu mengenal yang mana ahli politik KACA dan yang mana ahli politik INTAN!

Berdasarkan kepada premis asas kapasiti dan kebolehan keupayaan, ianya satu hujah yang baik untuk meningkatkan penekanan pendidikan teknikal dan vokasional. Kerana kita mahu menuju status negara berpendapatan tinggi, mereka yang kurang pemasaran skill dan pengetahuan akan ditinggalkan di belakang membuatkan situasi pendapatan tidak sama rata Malaysia bertambah buruk.

Hanya dengan menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional adalah salah satu jalan untuk "level the playing field" di dalam pasaran pekerjaan.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, koi setuju sangat dengan artikel tuan ini...... tetapi bila hati dah penuh dengan PHD, kebencian melebihi kasihsayang...... semua yg dibuat tidak pernah dihargai...

Tahniah warga Jerantut mempunyai insan yang berpendidikan macam WZWH...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Yang Gambi,
Saya dapat tahu malam perjumpaan YAB MB Pahang dengan rakan-rakan Media Baru dulu...saudara Yang Gambi demam? Betul ke.

Masalah politik Jerantut ialah mereka suka cerita membedal wakil rakyat saja, tidak pandai guna kelebihan yang ada pada wakil rakyat untuk kemajuan Jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...