Dijangka 7 juta pengundi muda akan mengundi pada PRU 13. Sokongan mereka akan menentukan samada BN atau PR ke Putrajaya! Maka BN dan PR sedang memasang strategi-strategi bagaimana hendak merebut sokongan pengundi Muda.
Kajian terbaru Makmal Pemuda BN mendapati;
- majoriti pengundi muda berpendirian non-partisan.
- 3 dari 5 orang muda Malaysia tidak berkeputusan
- 62% duduk atas pagar
Rata-rata pengundi muda suka bercakap tentang peluang pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup tinggi dan pengangkutan awam.
Pengundi muda akan mengundi parti yang mereka percaya lebih baik dalam PRU 13 akan datang.
WZWH berpendapat pengundi muda sekarang lebih liberal, konstruktif, dan mereka tidak menimbang sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Mereka boleh berubah sokongan atau bertindakbalas terhadap sesuatu situasi pada bila-bila masa.
Generasi muda tidak lagi berpegang kepada cakap atau janji seseorang ahli politik tetapi menilai bagaimana parti-parti tertentu mengendalikan berbagai isu.
Pemikir muda Gerakan pula percaya ramai orang muda lebih kepada pembangkang. Komuniti Cina dianggap "Fixed Deposit" pembangkang. Sebab itu pembangkang bekerja keras mendaftar pengundi muda kerana menjangkakan mereka adalah potensi "Fixed Deposit"
Apa yang pengundi muda mahu ialah pekerjaan, keselamatan jaminan kehidupan, kualiti hidup, dan pentadbiran kerajaan yang baik.
Pemuda MIC mengambil strategi memperbanyakkan pemimpin-pemimpin muda memimpin cawangan dan bahagian Pemuda MIC.
Mantan Ketua Puteri , Azalina telah mengkritik bahawa Puteri UMNO tiada pemimpin pelapis. Puteri perlu meremaja semula pergerakannya menarik minat pengundi muda.
Pemuda DAP berpendapat kecenderungan pengundi muda terhadap PR kerana kelemahan kerajaan BN itu sendiri bukan kerana PR kuat. PR perlu bekerja lebih kuat untuk menarik pengundi muda, tunjukkan ada idea-idea lebih baik, dan boleh menjadi kerajaan yang lebih baik. Perebutan 7 juta pengundi muda masih terbuka. Pengundi muda akan mengundi parti yang boleh tunjuk buat lebih baik. Persepsi politik sangat penting di sini.
Pembangkang tidak boleh beranggapan bahawa pengundi muda lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. PRU 1999 dan 2004, corak undi orang muda menunjukkan penurunan sokongan kepada BN, tetapi pada PRU 2008, ada peningkatan sedikit kepada BN.
Khairy Jamaluddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, dalam usaha menarik dan menambahkan sokongan generasi muda, pergerakan itu kini mula memperbanyakkan program yang melibatkan rakyat dan mengurangkan program-program berbentuk kepartian yang menjurus kepada penglibatan anggota Umno dan Barisan Nasional.
Beliau berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah program ‘Jelajah One Malaysia’ (JOM) yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.
Katanya, progam pertama JOM adalah mengunjungi Temerloh, Pahang baru-baru ini dan akan diteruskan ke seluruh negara di mana setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.
“Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,” katanya.
Khairy berkata, pergerakan itu juga mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 150,000 anggota Pemuda di seluruh negara sebagai pemilih menjelang akhir tahun ini.
Beliau turut menyeru semua parti komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk sama-sama berusaha menambah keahlian baru dan menurutnya usaha itu penting kerana parti pembangkang terutamanya DAP begitu agresif menambah keahlian.
Katanya, setakat ini DAP telah berjaya mendaftar ahli baru sebanyak 55,000 orang berbanding Umno 53,000 dan jika dicampur pendaftaran daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah pendaftaran keahlian baru pembangkang adalah sebanyak 100,000 orang.
WZWH percaya pengurusan persepsi politik orang muda perlu dipandang berat oleh DS Najib jika BN mahu memerintah lagi pada PRU 13 nanti. Disamping berbagai-bagai program mendekati orang muda dan rakyat oleh Pemuda BN. Jika Khairy Jamaluddin boleh melakukan tugas ini dengan efektif dan efisyen maka DS Najib boleh menarik nafas lega. DS Najib juga punya karisma tersendiri menarik minat pengundi muda seramai 7 juta orang itu!
1 comment:
Haha.lawak betul la kajian Pemuda BN ni.korang ingat pengundi muda sokong bn la ni.SILAP !!!.jangan la nak sedapkan hati korang tu.Pru 13 ,orang muda akan pangkah PR.hatta DAP sekalipun.orang muda sekarang dah bukan macam bapak dia zaman dulu.racist.melayu suruh benci cina.cina suruh anak jangan percaya melayu.tu zaman diktator mahathir.sebab dialah malaysia interaksi kaum tak ngam.walaupun dia banyak berjasa dalam pembangunan malaysia tapi bab ni dia dah menghancurkan malaysia yang sangatlah toleransi seamasa zaman tunku.BN akan berkubur.percayalah...
Post a Comment