Nuffnang Ads

Pages

Saturday, July 24, 2010

Analisis Krisis Politik Kelantan 1977

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

8 comments:

penyokong_bn_pputeh said...

terima kasih atas pendedahan....

WZWH said...

Salam Saudara Penyokong BN PPuteh,
Terima kasih. Teruskan perjuangan dan sokongan saudara. Insyallah, BN akan dapat menjadi kerajaan di Kelantan.

Anonymous said...

Jangan tulis kalau tak tau fakta sejarah...contohnya mana ada PRU tahun 1973, sebenarnya PRU tahun 1974, nanti mengelirukan orang ramai. Dari mana saudar dapat sumber ini, sumber main tangkap muat tidak sesuai dalam penulisan sejarah yang berbentuk ilmiah.

Anonymous said...

setiap yg maju wujudkan sesak,sosial dan org akan mula bertukar memilih ke arah tenang,damai dan tenteram,begitu juga apabila yg sekian lama mundur dan susah akan memikirkan alternatif untuk menjadi 'tamadun' dan maju dengan menggadaikan ketenangan yg dimiliki..kedah sudah merasai kedua2(zaman mundur/tenang,dan maju/sesak)dan sekarang amat pasti rakyatnya sedang menikmati kehidupan.Terengganu sedang mengikut jejak langkah yg sama.pembangunan pada pandangan aku membuatkan bangsa terus terhimpit dan memberi keuntungan hanya suatu pihak.kerana genetik bangsa dan pegangan kesederhanaan dalam kehidupan yg terpaksa bersaing dalam kemajmukan.lapis 40an,50 an telah merasai nikmat madu di malaysia hasil dari perubahan ke arah pembangunan secara global namun lapis 20an,30an, sedang menikmati keperitannya.sekian.

Anonymous said...

sah ko copy paste...bercelaru fakta sejarah ko....buat malu je,ptuih...

Anonymous said...

Hey there this is somewhat of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors
or if you have to manually code with HTML.
I'm starting a blog soon but have no coding expertise so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be enormously appreciated!

Here is my web site :: yinlian.cc

Anonymous said...

Thank you for the good writeup. It actually was once a enjoyment account
it. Glance advanced to more brought agreeable from
you! By the way, how can we keep up a correspondence?



Review my web site ... just Click the up coming site

Fais al said...

sedara kena banyak belajar lagi. oktober 1977 not 1978.. Datuk Muhammad Nasir adalah MB pilhan dri Tun Abdul Razak not pilihan dri Pas atas alsan komunikasi yang baik..
n satu lagi..penulisan anda menunjukkan anda sangat menyebelahi satu pihak..elakkan menyebelahi satu pihak jika anda membuat ulasan berkaitan sejarah..sekian.