Wednesday, July 28, 2010

Kesabaran Hadi Awang Ada Hadnya...

Kesabaran Hadi Awang, Presiden PAS ada hadnya. Puak Erdogan yang pro Anwar dalam PAS memandang serong kepada Hadi kerana kononnya Hadi mewar-warkan promosi kerajaan perpaduan. Puak Erdogan menembak Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.

Kali ini Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan beberapa AJK Pusat PAS telah mempengaruhi Presiden PAS supaya memikirkan usul kerjasama dari UMNO.

Hadi Awang tahu...Mursidul Am PAS, TG Nik Aziz sejak dari tahun 1970an merupakan tokoh penentang kerajaan perpaduan UMNO dan PAS. Kelicikan politik TG Nik Aziz telah menyebabkan MB Kelantan pada tahun 1977, Muhammad Nasir dilucutkan jawatannya dan Mohd Asri Muda meletakkan jawatan Presiden PAS.

Husam Musa selaku orang kepercayaan TG Nik Aziz dan juga pro Anwar telah mempengaruhi TG Nik Aziz supaya mendengar cakap dan pandangan Anwar bersama dengan Lim Kit Siang bahawa kedudukan politik mereka tidak selamat jika Hadi Awang, Presiden PAS bertindak mempengaruhi majoriti ahli-ahli PAS menyokong pelawaan dan cadangan UMNO yang disokong oleh majoriti umat Melayu Islam, ulama, Mufti dan Raja-raja Melayu.

Hadi Awang semasa muda belianya seorang yang proaktif, agresif dan bersemangat orangnya. Melalui sahabat-sahabatnya sewaktu melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir, beliau dikatakan pelajar yang suka ke depan membentangkan kertas kerja ilmu di dalam seminar, mesyuarat, dan majlis ilmu.

WZWH masih ingat lagi Amanat Hadi 1982 yang begitu bersemangat menaikkan semangat kerja parti pengikut PAS. WZWH tiada bukti untuk mengatakan Amanat Hadi 1982 itu boleh menyebabkan peristiwa tragedi Memali.

Hadi Awang seorang pemimpin yang penyabar. WZWH lihat hobi beliau suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam.

Kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Hadi Awang amat disenangi ahli-ahli PAS dan merupakan seorang pemimpin PAS yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Kesabaran Hadi Awang ada hadnya...beliau dilihat mengamalkan gaya politik Islam Saidina Ali selama ini. Apa yang diusul oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk membentuk kerjasama UMNO PAS telah dimomokkan oleh puak Erdogan dalam PAS dan Anwar. Tolak tepi pandangan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mereka mengguna isu ini untuk menjatuhkan kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Kredibiliti kepimpinan beliau tercabar.

Masa akan menentukan bila Hadi Awang akan menggunakan gaya politik Islam Muawiyah pula bagi menyatakan pandangan dan pendiriannya yang sebenar dan jitu sebagai Presiden PAS. Seluruh ahli PAS dan UMNO menunggu....Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersuara!

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024