Sewaktu kecil, WZWH suka baca buku sejarah. Ada satu cerita sejarah Melayu yang menarik minat WZWH iaitu peminangan Puteri Gunung Ledang. Syarat-syarat peminangan yang dikenakan kepada Sultan Mahmud Syah itu buat WZWH kuat berimaginasi...
Serba sedikit cerita sejarah ringkas Puteri Gunung Ledang;
Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
- 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
- 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
- 7 dulang hati nyamuk.
- 7 dulang hati kuman.
- 7 tempayan air mata anak dara.
- 7 tempayan air pinang muda.
- 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
WZWH boleh memahami maksud sebuah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang bukanlah bermaksud jambatan emas secara fizikal. Mungkin jambatan bercat warna keemasan. Atau dari bahasa teknologi moden maksudnya "cable car" mungkin LRT. Nampaknya pemikiran Puteri Gunung Ledang lebih "advance" mendahului zamannya.
Blog "Urag Drrulug" terus mempromosikan projek masa depan "Cable Car Gunung Tahan". Kebanyakan orang Tembeling tidak percaya projek ini boleh dilaksanakan, mereka kata "projek gila".
WZWH tidak berfikir demikian. Seorang tokoh korporat hebat yang dilahirkan semasa zaman Mahathir telah membuat "presentation" Projek "Cable Car" mengelilingi Gunung Tahan dihadapan EXCO Pahang. Kosnya RM2 bilion. Jawapan EXCO Pahang mudah,"Kerajaan Negeri Pahang tiada kuasa!"
Taman Negara dibawah Akta Parlimen, dibawah bidang kuasa DYMM Agong. Bukan mudah hendak menyakinkan parlimen Malaysia yang BN bukan memerintah 2/3 lagi. Adakah DYMM Agong akan perkenan? Bagaimana reaksi NGO Alam Sekitar dalam dan luar negara serta bantahan penduduk Lembah Tembeling. Mungkin pelabur-pelabur swasta boleh cari wang sebanyak RM2 bilion tetapi mengatasi halangan-halangan yang WZWH nyatakan bukan mudah.
Kecuali ada seorang ahli politik yang boleh meyakinkan semua pihak bahawa projek "Cable Car" ini banyak kebaikannya kepada ekonomi penduduk Tembeling, Jerantut, Pahang dan Malaysia. YB ADUN Tahan sendiri pun takut bimbang projek ini boleh buat beliau kalah dalam PRU 13.
Maka WZWH perlu "modify" projek ini agar lebih "mild" buat semua orang boleh menerima. Jika kita boleh majukan Projek "Cable Car" yang merentasi Sungai Tembeling dari Kuala Tahan meninjau jeram-jeram, melingkari sedikit bukit bukau agar dapat spot binatang-binatang liar seperti gajah, harimau, rusa, seladang, babi hutan, burung-burung, pokok-pokok hutan ringkas ceritanya flora dan fauna... mungkin semua pihak boleh terima. Atau pada waktu musim hujan, pelancong boleh melihat Sungai Tembeling yang besar airnya kerana bah dari "Cable Car"!
Kita tidak akan sentuh hutan Taman Negara mahu pun mengelilingi Gunung Tahan. WZWH rasa semua orang boleh terima. Kita akan buat projek ini setelah projek utama rakyat iaitu Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling siap.
Berbalik kepada cerita sejarah Puteri Gunung Ledang, ada satu watak Tun Mamat-"the messenger". Hang Tuah dikatakan sudah tua tidak larat hendak mendaki Gunung Ledang. Ada ahli sejarah mengatakan Tun Mamat sengaja mereka-reka cerita syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang agar Sultan Mahmud Shah membatalkan hasratnya dan Tun Mamat sendiri tidak sanggup mendaki Gunung Ledang!
Maka Tun Mamat sudah cerita bohong kepada Sultan Mahmud. Kita semua tahu Sultan Mahmud sangat "brutal". Orang Jerantut cakap Tun Mamat sudah "pungkor" kepada rajanya. Jika Sultan Mahmud tahu muslihatnya sudah tentu amat berat hukuman menanti-hukum bunuh!
Mengikut cerita-cerita lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi orang tua Ulu Tembeling, Tun Mamat telah melarikan diri ke Ulu Tembeling. Makamnya dikatakan terletak di Kampung Serendah Sekebun Bunga sebuah kampung lama di Ulu Tembeling, tidak ada orang tinggal di kampung itu lagi. Kampung itu sekarang dekat dengan kampung Chenih, malah kampung Chenih pun baik Chenih Darat mahu pun Chenih Laut (tepi sungai) juga tidak berpenghuni. Semua orang sudah pindah ke kampung seberang sungai dinamakan Kampung Macang Perah.
Kampung Chenih adalah kampung Datuk dan Nenek WZWH belah Engku (Ayah). Makam ayahanda WZWH ada di Kampung Chenih. Pada tahun 1976 ketika WZWH berumur 8 tahun, WZWH pernah menziarahi makam Tun Mamat. Rombongan Muzium Negara pernah melawat Ulu Tembeling mencari Makam Tun Mamat.
WZWH berfikir...mungkin Tun Mamat sudah punyai "vision" bahawa jambatan ke Gunung Ledang itu maksudnya ialah konsep "Cable Car". Apakah yang menghubungkan dari bawah gunung ke Genting Highland? Apakah yang menghubungkan bawah gunung ke Gunung Machincang Pulau Langkawi? Mungkin itu maksudnya Tun Mamat kalau beliau ada hari ini-"Jambatan Gunung!"
3 comments:
Salam Zamsuri,
Menarik sungguh coretan tuan... teruskan menulis. Saya pasti menjadi salah seorang pengunjung setia blog tuan....
Salam Roshanilawatey,
Terima kasih memberi galakan.
angan-angan mat jenin.malaysia mana ada duit.duit perabih dekat kroni je.rakyat sengsara.hail 1umno.kroni diutamakan,rakyat dipulaukan.
Post a Comment