Thursday, July 15, 2010

Dasar Pakatan Rakyat : Antara Salinan, Utopia Dan Realiti

WZWH mahu mengajak blogger Jerantut semua mengkaji Dasar Pakatan Rakyat. Mari kita lihat apakah kerangka Dasar Pakatan Rakyat dan nanti WZWH akan bagi komen dan contoh apa yang kerajaan PR Selangor janji jika menang pilihanraya PRU 12.

Dasar Pakatan Rakyat

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

B – Pemisahan Kuasa

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

E – Tenaga Kerja

F – Jaringan Perlindungan Sosial

G- Perumahan

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

I- Alam Sekitar

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

B – Agama

C – Pendidikan

D – Wanita dan Institusi Keluarga

E – Golongan Muda

F – Keselamatan

G – Kesihatan

H- Kebudayaan

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

B – Sabah dan Sarawak

C – Dasar Luar Negara

Secara asasnya ada empat tajuk besar. Pertama, Demokrasi Telus dan Tulen. Negara Malaysia sejak diperintah oleh parti Perikatan dan BN dari PRU 1952, 1955 hinggalah 2008 memang mengamalkan demokrasi telus dan tulen sebab itu PR boleh menang 5 negeri.


Kedua, Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mampan dan Adil. Malaysia sudah ada RMK1 hingga RMK 10, DEB, Sekarang DS Najib memperkenalkan MEB. Plan ekonomi yang sama.


Ketiga, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan, Ini BN sudah ada bermacam-macam Kementerian yang terlibat dengan keadilan sosial. Tun Pak Lah sudah puas bercakap tentang Modal Insan.


Keempat, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara. Sememangnya pentadbiran Malaysia mewarisi pentadbiran British. PTD dan Wismaputra memang cekap mengurusnya. Hubungan KSN dan SS amat baik. WZWH tidak nampak apa dasar Pakatan Rakyat yang baru melainkan "copy" saja apa BN buat!


Kita lihat apa janji kerajaan PR Selangor jika menang PRU 12 dulu....

Confirm ke kalau PKR memerintah semua harga asas turun?
Contoh terbaik sekarang Selangor Darul Lubang, entah2 rizab negeri dah defesit giler
Janji sebelum menang
1) Anak dilahirkan di Selangor dapat tabung RM100
2) Bantuan RM75 sebulan setiap anak yg dihantar ke nurseri
3) Bebudak pra-sekolah RM50 sebulan
4) RM1,000 bila menjejakkan kaki ke U
5) Takaful RM2,500 untuk warga tua, oku dan anak yatim
6) Elaun ibu tunggal
Dan bermacam-macam lagi janji-janji suci .......

Tengok sekarang?

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024