Jika sebelum ini masyarakat luar mungkin benci pada Khairy kerana penjenamaan politiknya yang terlalu bersifat Melayu dan ada juga yang anggap sebagai terlalu bersifat perkauman politik Melayu maka orang benci padanya.
Tapi kini Khairy sudah mula belajar selok belok politik dan menjadi semakin matang dengan pembungkusan baharunya yang lebih adil kepada semua kaum di Malaysia maka orang dalaman dan organisasi tertentu pula mula tidak suka padanya kerana dikatakan sudah hilang kemelayuannya. Keadaan ini memaparkan kepada kita jika Khairy dulu silap kerana dirinya tapi adakah silapnya pada hari pula disebabkan menjadi mangsa persekitaran politik di Malaysia? Jika kita ialah Khairy dilemma kita pula sama ada kita ke kiri atau ke kanan kita tetap akan dipancung.
Jika orang dalaman BN hendak salahkan Khairy antara punca kekalahan BN pada PR 12 maka kita perlu terlebih dahulu membezakan antara satu – satunya punca dan antara puncanya. Jika antara puncanya maka terdapat lagi banyak faktor yang menyebabkan kekalahan BN termasuk orang tertentu yang hendak menyalahkan Khairy.
Realitinya kini seolah – olah Khairy dilihat sebagai satu – satunya punca kekalahan BN tanpa disedari. Begitu juga apabila Khairy semakin silap dulu juga disebabkan orang – orang kini yang mula meludah padanya adalah orang – orang yang menjilat tapak kakinya yang pahit dan dikatakan manis. Mereka mengeruhkan lagi kesilapan Khairy pada ketika itu,
Jika ramai yang menggangap kebangkitan Khairy dalam politik datang dengan mudah kerana kewujudan Bapa Mertuanya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu maka pandangan ini adalah benar.
Namun jika kita hendak katakan kelangsungan Khairy dalam politik datang dengan mudah sehinnga hari ini maka pandangan ini tidak tepat sepenuhnya. Bapa Mertuanya walaupun pernah menjadi aset politiknya tetap tidak lama kemudian sebenarnya sudah menjadi liabiliti politiknya.
Perjalanannya mungkin singkat namun di pertengahan jalan keadaan sudah mula merubah.
Adakah kita masih ingat zaman pengakhiran Pak Lah dimana pada ketika itu beliau berada dalam kuasa dan pengaruh yang paling lemah dalam sejarah politik seorang Perdana Menteri ?
Pada ketika itulah Khairy sebenarnya sudah kehilangan tongkatnya. Khairy sendiri sudah kena berjalan dan berlari dengan kakinya sendiri tanpa tongkat yang dipegangnya selama ini. Cabaran besar mula timbul apabila Khairy sendiri disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda.
Jika kita masih ingat ramai sudah mula percaya bahawa Khairy akan kalah kerana bagaimana Khairy hendak berdepan dengan aura dan bayangan Tun Mahathir yang begitu bersinar pada pemilihan tersebut?
Mukriz mungkin lemah tapi bukan bapanya. Khir Toyo pula seorang politikus yang begitu lama dan berpengalaman dalam politik dan apatah lagi delegasi paling ramai datangnya dari Selangor. Pertembungan ini adalah pertembungan maut dimana Khairy tidak mendapat sokongan daripada Najib dan juga Tun Mahathir pada ketika itu.
Akhirnya Khairy tetap menang. Secara adilnya Khairy sepatunya kalah disebabkan kelemahan pengaruh Pak Lah pula menang akhirnya maka kita tidak boleh lagi memiliki pandangan adanya Khairy pada hari ini disebabkan Pak Lah. Permulaan mungkin ya tetapi bukan pada fasa pertengahan sehingga ke hari ini. Khairy yang kehilangan tongkat dan sedikit kecacatan pada pemilihan tersebut berjaya mengalahkan bayangan dan aura seorang bakal Perdana Menteri dan juga seorang bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia.
Analogi terhadap isu tersebut pula ibaratkan Parameswara yang merupakan seorang Putera di Palembang kerana masih muda sehingga menyinggung perasaan kerajaan Majapahit yang menyebabkan Putera ini hilang kebergantungan apabila Palembang sudah semakin lemah dan akhirnya melarikan diri ke Temasik.
Di Temasik pula Parameswara perlu berdepan 2 kuasa besar pada zaman tersebut iaitu Siam dan Majapahit yang hendak merampas Temasik. Bezanya Parameswara terus melarikan diri sehingga wujudnya sebuah kerajaan bernama Melaka tetapi bezanya Khairy pula tidak melarikan diri ketika tiba di Temasik.
Dengan limitasi yang ada padanya dia berjaya mengalahkan 2 kuasa besar dan akhirnya menjadi pemerintah Temasik namun sayangnya tidak diiktiraf.
Jika kita suka melabel Khairy sebagai budak Oxford yang tiada kualiti sebagai seorang graduan Oxford maka tepuklah dada dan tanyalah selera berapa ramai dalam kalangan yang mengelar Khairy sedemikian ada juga kualiti asas untuk memasuki Oxford?
Jika kesilapan – kesilapan lampau Khairy adalah pada fasa dimana beliau seorang budak – budak lagi dan secara perlambangannya di Malaysia budak – budak yang melakukan jenayah sekalipun jauh beza hukuman dengan orang dewasa. Khairy sepatutnya dihukum atas hukaman juvana. Khairy sebenarnya sudah pun dihukum atas ego , ketidakmatangan dan kesilapan lampau beliau. Sudah berkali – kali diketepikan jawatan dalam kabinet. Kini janganlah sampai kita jatuhkan hukuman mandatori dalam karier politiknya.
Secara dalaman Umno mungkin sinar Khairy tidak terpancar namun di luaran Khairy sentiasa berdebat dan berforum dengan pelbagai pihak daripada pembangkang. Mereka yang ada status Menteri pun tidak mendapat sambutan dan pengiktirafan sedemikian. Nasihat kepada Umno pula jangan disebabkan perjuangan peribadi sendiri sehingga mengabaikan perjuangan holistik dalam jangka panjang.
Tepuklah dada bahawa anak Tun Mahathir memang hebat atau bapanya yang hebat? Adakah bapanya seorang individu yang akan hidup selama – lamanya di negara kita ? Adakah ketika bapanya yang maha hebat sudah mula meninggalkan kita maka pada ketika itu aura Mukriz mula kehilangan? Mukriz tidak pernah hidup dalam sinarannya sendiri. Jika insan ini yang hendak mengetuai pemuda Umno maka anda hanya beri markah percuma kepada pembangkang . Satu pemberian hadiah yang pembangkang akan amat menghargainya.
Razali pula seorang yang baik , bersih , disukai dan kurang kontroversi. Namun aura yang ada Razali pada hari ini tidak beza dengan aura yang mula – mula dimiliki oleh Pak Lah ketika mula – mula menjadi Perdana Menteri. Adakah orang sebegini akan mampu bertahan lama? Anda hanya beri ruang kepada pembangkang melancarkan serangan membabi buta dengan mudah sama juga yang dilakukan oleh mereka terhadap Pak Lah dahulu.
Penulis berasa hairan mengapa Umno sudah wujud lebih daripada setengah abad perlu tunduk pada pertubuhan Perkasa yang baharu beberapa bulan sahaja wujud. Adakah Perkasa lebih besar daripada Umno?
Mungkin perjuangan Perkasa adalah aset kepada Umno tapi mungkin juga perjuangan Perkasa adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Anda sebagai seorang bapa mungkin akan menjadi lebih berkuasa tetapi isteri dan anak – anak kamu pula akan semakin lemah.
Anda ibaratkan cuba menghapuskan Khalid Al Walid sebagai Jeneral perang yang sebenarnya boleh digunakan dalam peperangan demi kemenangan jangka masa panjang anda pula anda hendak pancung. Kalau begitu maka pancunglah. Anda dan pembangkang akan sama – sama meraikan pemancungan ini.
1 comment:
Salam.Khairi menang kerana banyak tongkat yang membantu undinya.
Post a Comment