Nuffnang Ads

Pages

Friday, July 16, 2010

WZWH Sokong Pelan Damai UMNO PAS

WZWH menyokong pelan damai UMNO PAS hasil idea pemikiran Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan At Tantawi bukan kerana beliau orang Pahang dan berpolitik PAS di Maran tetapi kebaikan untuk kepentingan umat Melayu Islam di Malaysia.

WZWH percaya ada ramai pemimpin-pemimpin muda PAS yang berfikiran "advance" sebegini. Tetapi mereka tidak mahu menyanggah pendirian TG Nik Aziz yang tersangat anti UMNO dan sayang kepada DAP. TG Nik Aziz sangat mendengar cakap YB Husam Musa dan terpengaruh dengan idea politik Lee Kuan Yew, Menteri Kanan Singapura.

YBM Tengku Azlan pernah beritahu WZWH semasa beliau berbincang politik dengan Presiden dan Timbalan Presiden PAS iaitu YB Hadi Awang dan YB Nasaruddin, yang sebenarnya kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini menyokong pelan damai UMNO dan PAS dan kerajaan perpaduan tetapi mereka tidak mahu melawan kehendak TG Nik Aziz.

Pada WZWH apa yang lebih penting ialah WZWH mahu fokus pemimpin-pemimpin muda PAS yang akan mencorakkan parti PAS pada masa akan datang. Berikut ialah hasil idea pemikiran Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan At Tantawi:

Pelan Damai untuk UMNO dan PAS

1. Sampai Bila Melayu Mesti Bercakaran ? Kita ummat Islam diajar supaya bersatu dengan Tali Allah [ Islam ] dan saling tolong menolong atas premis kebaikan dan Taqwa . Bukan atas premis dosa dan permusuhan .

2. Bagaimana bangsa melayu nak maju dan hebat jika asyik bercakaran dan bertelingkah . Bayangkan betapa banyak masa kita habiskan untuk persengketaan yang tidak membawa kebaikan kepada ummat Islam .

3. Masing - masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur . Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh - musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini . Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita ummat melayu Islam .

4. Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan , pentarbiyyah diri dan masyarakat , tamaddun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmonis tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lebar jaraknya dan lama tempohnya.

5. Ahli UMNO rata - ratanya melayu dan beragama Islam , demikian juga ahli PAS berbangsa melayu dan beragama Islam . Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS . Demikian sebaliknya ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO . Persoalannya sampai bila melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga .

6. Saya kira UMNO dan PAS perlu ada pelan damai untuk menamatkan persengketaan yang panjang ini . Kebanyakan kita ummat melayu tentu telah berasa bosan dengan pertelagahan ini . Terutama menyaksikan gelagat pemimpin yang memburu kepentingan politik lalu mengeksploitasi sentimen kebencian antara kedua - dua belah pihak.

7. Kita juga tidak mempunyai banyak masa . Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini , semua pihak mesti berlapang dada . Korbankan perasaan dan kemahuan untuk bertolak ansur mencari nokhtah damai atau gencatan senjata . Laksana Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun , akhirnya dengan Tali Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. , hati - hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi "satu" dan erat dibawa canopy Islam .

8. Khibrah atau pengalaman penyatuan melayu pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila PAS menyertai Perikatan seketika dulu . Namun 1001 masaalah lampau telah menjadi sejarah bahawa akhirnya penyatuan itu gagal apabila PAS ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu . Tidak mengapalah pada sejarah lampau . Demi sebuah penyatuan melayu yang hari ini dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO , kita sedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini .

9. Walaupun sejarah perit telah dilalui oleh PAS sewaktu ditolak keluar dari Perikatan tempoh silam , perit melihat pembunuhan di Memali , perit menyaksikan pemimpin - pemimpin PAS disumbat ke penjara [ ISA ] , perit menyaksikan kerajaan Kelantan dirampas pada 1978 setelah 18 tahun berkuasa sebelum ditakluki kembali pada tahun 1990 ...... PAS seperti boleh melupakan segalanya demi perjuangan untuk mendaulatkan Islam serta penyatuan ummat melayu Islam sebagaimana :

  • PAS bersedia melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama UMNO dan BN terhadap PAS , apabila Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sanggup dan sedia menghulurkan tangan persahabatannya dengan PAS untuk sama - sama berjuang membasmi rasuah dan menentang penyalahgunaan kuasa .
  • PAS boleh melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu beliau bersama UMNO dan BN menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada tahun 1978 , apabila YAM Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup dan sedia menghulurkan jasa bakti beliau memimpin kebangkitan rakyat dan berjuang bagi pihak rakyat kelantan untuk mendesak agar royalti minyak Kelantan dibayar .
10. Maka , apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] . Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan , sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman , makmur , sejahtera , adil , telus , saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa melayu itu sendiri . Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam.

Nota : Itulah pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat . Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Ameen Ya Rabbal A'lamin .

Komen WZWH: Wahai Nasrudin Hassan At Tantawi, mana ada parti pemerintah dalam dunia bersetuju hendak masuk parti pembangkang. Apahal UMNO parti pemerintah kena masuk parti PR parti pembangkang pulak. Isu sekarang kalau PAS boleh tinggalkan DAP dan PKR dan berpakat dengan UMNO maka ini boleh melemah dan menakutkan musuh yang tidak mahu Melayu dan Islam kuat memerintah Malaysia.

No comments: