Pemuda Umno cadang pensyarah dan mahasiswa turut dibenar aktif politik.
Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan turut memberi kebenarankepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.
Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.
Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.
Pada Selasa lepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.
WZWH menyokong saranan KJ ni kerana berdasarkan statistik kasar bilangan pensyarah dan mahasiswa seperti berikut:
Pensyarah = 100,000
Pelajar IPTA = 500,000
Pelajar IPTS = 300,000
Jumlah komuniti universiti dan kolej ialah 900,000.
WZWH merasakan ini satu "force" dan "manpower" yang besar potensinya. Ini tidak termasuk 400,000 orang guru dan 1.2 juta kakitangan kerajaan. Dan ahli UMNO berjumlah 3.1 juta.
WZWH dapat menjangkakan jika perancangan yang strategis dan dapat dilaksanakan secara efisyen dan efektif, UMNO dan BN pasti mendapat balik kemenangan 2/3 majoriti parlimen.
4 comments:
Masalahnya, apa akan berlaku sekiranya 1.2 juta + 900k ini tidak menyokong kerajaan. Itu yang menjadi persoalan. Di mana tahap kesetiaan 1.2 juta + 900k ini?
Salam Amiro Laila,
Sebenarnya cadangan KJ ini perlu kajian yang mendalam lagi. Perlu impirical data. Jika DS Najib berjaya create "feel good feeling factor" dan andaian golongan ini rasional maka advantage kepada BN.
haha.BN pengecut takde telor.orang muda sekarang mana dah sokong kerajaan lagi.yg sokong mesti mak bapak dia kroni umno makan duit rakyat.
Mrbabysteps,
Pru 12, saluran orang muda ada peningkatan kepada BN. Kalau diberi penerangan dan kefahaman yang betul, WZWH percaya orang Muda boleh menerima BN termasuk Mrbabysteps.
Post a Comment