Thursday, May 5, 2016

Legasi Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang Jerantut-Kisah Seorang Sultan Menjadi Ahli Sufi

Posting ini mengenai perjalanan hidup seorang anak raja yang sepatutnya di usia muda ditabal pilihan pertama menjadi Sultan Melaka dan pilihan kedua menjadi Sultan Pahang kerana baginda adalah putera sulung yang lebih tua tetapi gagal dan menempuh berbagai rintangan politik walau akhirnya berjaya menjadi Sultan Pahang tapi ditambah pula tunang kesayangan bakal Permaisuri dilarikan oleh musuh menyebabkan baginda merasa amat malu dan kecewa hingga turun taktha dan pasrah menjadi ahli sufi mengabdikan diri dekat kepada Allah.

Kenapa Sultan ini meninggalkan dunia politik dan menjadi ahli tasauf? Kenapa baginda memilih Jerantut sebagai tempat kediaman bersemayam, beribadah, bertarikat, beruzlah, bersuluk dekat dengan Allah?

WZWH akan merungkai perjalanan hidup dan perjuangan seorang Raja yang merupakan leluhur segala Raja-Raja Melayu dan Benua Siam dari cita-cita mahu menjadi Sultan dan akhir memilih manhaj jalan mendekati Allah mencari  ketenangan kehidupan yang hakiki di dunia dan di akhirat.

Legasi Marhum Syeikh Lubuk Pelang Jerantut kisah seorang Sultan yang akhirnya mengabdikan diri menjadi ahli sufi.





Kitab Sulalatus Salatin Sejarah Melayu...

"...dan Sultan berdiam ke hulu...selagi kedengaran bunyi nobat maka Baginda mudik jua ke hulu hingga ke Lubuk Pelang namanya. Di sanalah Baginda diam, tiada kedengaran bunyi nobat lagi...maka Sultan bersyeikh dirinya...itulah disebut orang Marhum Syeikh".





Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Inilah makam yang menjadi daya tarikan dan minat rakyat Pahang, Johor, Melaka dan Siam terutama dari Istana, Bangsawan, Pembesar, Ahli Politik, Ahli Sufi, Ahli Akademik hingga rakyat biasa menziarahinya.

Makam seorang Raja yang paling suci dan keramah leluhur segala Raja-Raja Melayu dan Benua Siam merentas Empayar Melaka, Empayar Johor Pahang Riau Lingga dan Empayar Ligor Siam Kuno.

WZWH sebagai blogger Jerantut keturunan Keluarga Bendahara Lama Johor Pahang dengan bangganya mempersembahkan satu legasi yang tidak ternilai agar generasi baru Pahang Johor Melaka Siam tahu sejarah.




Siapakah gerangan anak raja dan Sultan ini? Yang menjadi tumpuan dan tempat ziarah bagi manusia yang mengetahui dan berilmu.


Baginda ialah Paduka Sri Sultan Ahmad Shah I ibni al -Marhum Sultan Mansur Shah adalah Sultan Pahang yang kedua memerintah dari tahun 1475 ke 1495. Baginda ditabalkan atas kematian adiknya yang diracun dalam 1475.

Dikenali sebagai Raja Ahmad sebelum pertabalan. Baginda adalah anak pertama (sulung) Sultan Melaka yang keenam , Sultan Mansur Shah dengan isterinya Putri Wanang Sri Lela Wangsa , anak perempuan Maharaja Dewa Sura , pemerintah Pahang dan seorang saudara kepada Raja Siam. 

Kedua-dua bonda dan nendanya telah ditangkap dan diserahkan kepada Sultan Melaka selepas penaklukan Pahang pada 1454.

Raja Ahmad sepatutnya ditabalkan menjadi Sultan pertama Pahang , sebaliknya, adiknya Raja Muhammad telah ditabal menjadi Sultan Pahang selepas dibuang dari Melaka kerana melakukan pembunuhan pada 1470. Ini peristiwa Raja Muhammad berang hilang kewarasan bila anak Bendahara Tun Perak telah tersepak bola raga ke tanjak Raja Muhammad.

Raja Ahmad juga telah terlepas ditabal menaiki takhta Melaka kerana adik tiri yang lebih muda ditabal menjadi Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka. Ini membawa kepada kebencian Raja Ahmad terhadap saudara tirinya pada tahun-tahun yang akan datang. 

Raja Ahmad akhirnya terbuang ke Pahang, kemudian dilantik sebagai Sultan selepas adik Baginda  iaitu Paduka Sri Sultan Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang yang pertama meninggal dunia pada 1475.

Hubungan antara Melaka dan negeri takluk , Pahang merosot sangat selepas Raja Ahmad menjadi Sultan. Pada 1488 , Sultan Alauddin Riayat Shah meninggal dunia di Pagoh di Sungai Muar. 

Khabar angin tersebar bahawa Sultan Melaka telah diracun atas perintah pemerintah Pahang dan Indragiri. Apabila Sultan Mahmud Shah menggantikan Ayahandanya menaiki takhta Melaka, permusuhan di antara bapa saudara di Pahang dan anak saudara di Melaka terus berterusan.  

Sultan Ahmad Shah I menanggung penghinaan dari Melaka dengan dendam kesumat . Baginda terutamanya telah merasa tersinggung kerana kes penculikan Tun Teja anak perempuan Bendahara Pahang yang telah bertunang dengan Baginda atas perintah Sultan Mahmud Shah.

Tidak berdaya untuk membalas dendam dan dimalukan hingga hilang kesabaran di hadapan rakyatnya , Sultan Ahmad Shah I turun takhta demi anak Baginda yang sangat muda, Raja Mansur. Pemerintah baru diletakkan di bawah penjagaan sepupunya , 3 orang putera Almarhum Sultan Muhammad Shah I.

Sultan Ahmad Shah 1 telah menjadi ahli sufi yang mencari jalan tarikat bermanhaj dekat kepada Allah mencari kebahagian dan keabadian yang hakiki.



Kesultanan Melaka di Pahang - Tinjauan dan Ringkasan

Serangan Ligor @ Maharaja Dewa Sura - 1


1. Dr W.Linehan menyatakan penduduk Ligor sewaktu zaman Raja Chanderabhanu terdiri daripada pelbagai bangsa yang diperintah oleh raja Melayu (bukan Islam) namun kira-kira tahun 1292 Raja Sukothai iaitu Rama Khamheng telah menakluk Ligor dan menamakan Ligor sebagai Nakhon Si Tammarat.

2. Menurut Eredia Raja-raja Pahang merupakan keturunan Raja Melayu Ligor sebelum ditakluk Melaka berasal dari Tembeling? (Tan Ma Ling).

3. (Pada pendapat Buyong Adil) .. namun secara umumnya dipersetujui Tan Ma Ling merujuk kepada Tambralingga setelah merujuk kepada kajian O.W. Walters.

4. Pada 1454 angkatan laut Melaka telah menyerang Pura (Inderapura kemudian menjadi nama Pekan) dengan mengalahkan rajanya bernama Maharaja Dewa Sura. Raja Pahang lari ke Jeram Kwai (kawasan Hulu Tembeling) namun akhirnya ditangkap oleh Seri Bija Diraja.

5. Setelah dikalahkan Tun Hamzah Datuk Bongkok dititahkan pergi diam di Pahang dengan





dilengkapi nobat selengkapnya kecuali Nagara (gendang tabal) dan Payung Iram Berapit.

6. Puteri Wanang dikahwin kan dengan Sultan Mansur dan di Islamkan kemudian diberi nama Puteri Lela Wangsa.

7. Melaka kemudiannya menghantar Tun Telanai anak Bendahara Tun Perak untuk membincangkan perdamaian.Tidak berapa lama selepas itu Melaka-Thai pun bedamailah.

8. Puteri Wanang mendapat 2 anak iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad


Sultan Pahang (Melaka) Pertama

9. Raja Muhammad kemudiannya dirajakan di Pahang selepas kes pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak. Tun Hamzah Datuk Bongkok dititahkan pulang ke Melaka.

10. Tun Hamzah diangkat menjadi Bendahara Pahang.

11. Sultan Muhammad bersemayam di Tanjong Langgar (Pekan) di tepi Sg Pahang.

12. Baginda beristerikan puteri Kelantan bernama Puteri Mengindera dan mendapat 3 orang anak iaitu Raja Ahmad,Raja Abdul Jamil dan Raja Mahmud.


Sultan Pahang (Melaka) ke 2

13. Raja Ahmad menjadi Sultan Pahang ke 2 (juga disebutsebagai Sultan Mahmud@ Muhammad)

14. Sultan Ahmad Syah turun takhta dan kemudiannya mengasingkan diri ke Lubuk Pelang juga dikenali sebagai Marhum Shaikh (Syeikh)


Sultan Pahang (Melaka) ke 3

15. Sultan Pahang ketiga ialah Sultan Abdul Jamil Syah, baginda diraja dan dinobatkan oleh Sultan Mahmud Melaka dan memperisterikan kakak Sultan Mahmud bernama Raja Fatimah.

16. Baginda dikenali dengan nama Marhum Ziarat dan makamnya berada di Pekan,Pahang





17. Baginda memerintah Pahang bersama Sultan Mansur Syah (anak saudaranya iaitu anak kepada Marhum Syaikh)


Serangan Ligor@ Maharaja Dewa Sura – 2

18. 1494 angkatan Ligor (Ayuthaya) yang dipimpin Maharaja Dewa Sura telah menyerang Pahang melalui jalan darat semasa zaman Sultan Muzaffar.

19. Namun kalah setelah Pahang mendapat bantuan dari Melaka yang dipimpin oleh Tun Mutahir (bapa kepada Tun Fatimah)

20. Pada tahun 1511 Melaka alah kepada Portugis dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Pagoh kemudian ke Pahang semasa zaman Sultan Abdul Jamil ini.

21. Seorang anak Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Sultan Mansur.


Sultan Pahang (Melaka) ke 4

22. Sultan Mansur Syah menjadi Sultan Pahang ke 4 dan mempunyai 2 orang puteri iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi

23. Mengikut Sejarah Melayu Sultan Mansur ini dihukum bunuh oleh ayah baginda (Sultan Ahmad, Sultan Pahang ke 2) kerana dituduh berzina dengan ibu tirinya.





Rumah Adat Indragiri

24. Isteri baginda iaitu puteri kepada Sultan Mahmud (Melaka) telah dipanggil pulang dan dikahwinkan dengan Raja Nara Singa dari Inderagiri


Sultan Pahang (Melaka) ke 5

25. Sultan Mahmud Syah adalah Sultan Pahang ke 5 adalah anak kepada Sultan Muhammad (Sultan Pahang Pertama) dan beristerikan sepupunya Raja Olah ( Raja Wati) iaitu puteri Sultan Ahmad Syah (Sultan Ke 2 Pahang).

26. Dikurniakan 2 orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Zainal.

27. Beristerikan pula Raja Khadijah iaitu puteri Sultan Mahmud Syah Melaka yang pada ketika itu memerintah Johor dan bersemayam di Bentan.

28. Semasa era baginda, Pahang banyak terlibat dengan pertempuran menentang Portugis yang menakluk Melaka.

29. Baginda mangkat dan digelar Marhum di Hilir.



Sultan Pahang (Melaka) ke 6

30. Sultan Muzaffar Syah ditabal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah II.

31. Baginda di kenali sebagai Marhum di Tengah setelah dibunuh oleh Khoja Zainal iaitu Duta




Brunai kerana bermukah dengan isteri beliau.



Sultan Pahang (Melaka) ke 7

32. Sultan Zainal Abidin ditabal menjadi Sultan Pahang ke 7 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 5.

33. Beristerikan Raja Dewi Sultan Mahmud Syah (Melaka)(Marhum Kampar), Puteri Onang Kening dari Kelantan dan anak Bendahara Pahang. (Isterinya 3 orang).

34. Bersama Raja Dewi dikurniakan 4 orang anak iaitu Raja Mansur, Raja Jamal, Puteri Khalijah dan Puteri Bongsu.

35. Bersama Puteri Onang Kening tiada anak

36. Bersama anak Bendahara dikurniakan Raja Abdul Kadir.

37. Baginda membantu Johor menyerang Portugis di Melaka bersama-sama angkatan Perak namun pulang setelah mendengar khabar angkatan Poertugis yang lebih besar datang dari Goa.

38. Baginda mangkat di Makam Nibong (dikenal orang sebagai Makam Tembuni), Pekan Lama dan digelar sebagai Marhum Bukit.



Sultan Pahang (Melaka) ke 8

39. Raja Mansur kemudiannya di tabal menjadi Sultan Pahang Ke 8 dengan bergelar Sultan Mansur Syah II.




40. Beristerikan Raja Fatimah anak Sultan Alaudin Syah II dan dikurniakan Raja Putih dan Raja Subuh. Baginda beristerikan pula Puteri Bakal dari Terengganu dan dikurniakan Raja Jalal,Raja Jalil, Puteri Tengah dan Puteri Dewi.

41. Baginda mangkat setelah berperang dengan Jawa Kafir dan digelar Marhum Syahid.

42. Isteri Baginda Raja Fatimah kemudiannya bernikah dengan Raja Umar anak kepada Sultan Pahang ke 2.



Sultan Pahang (Melaka) ke 9

43. Raja Jamal kemudiannya dilantik sebagai Sultan Pahang ke 9 dengan bergelar Sultan Abdul Jamal Syah (merupakan anak Sultan Pahang ke 7 adik kepada Sultan Pahang ke 8)

44. Baginda juga mangkat terbunuh (tidak dinyatakan gelaran dan peristiwa kemangkatan)



Sultan Pahang (Melaka) ke 10

45. Sultan Abdul Kadir Alaudin Shah dilantik sebagai Sultan Pahang ke 10 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 7 dan adik kepada Sultan Pahang ke 8 & Sultan Pahang ke 9.

46. Dikurniakan 3 orang anak iaitu Raja Abdul Ghafur, Raja Yamir dan Raja Ahmad.

47. Baginda telah bersahabat dengan Portugis.

48. Negeri Pahang pada waktu ini menghasilkan emas dan baginda pernah menghadiahkan emas sepanjang 2 ½ ela kepada Gabenor Portugis di Melaka.

49. Mangkat tahun 1590 (tiada bergelar)



Sultan Pahang (Melaka) ke 11

50. Raja Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang ke 11 namun diturunkan kerana masih kecil.



Sultan Pahang (Melaka) ke 12




51. Raja Abdul Ghafur menjadi Raja Melaka ke 12 dengan bergelar Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah.

52. Mempunyai 2 isteri iaitu Puteri Patani dan Puteri Brunei.

53. Raja Abdullah anak kepada baginda telah dikahwinkan dengan Puteri dari kerabat Perak dan perkahwinan dilansungkan di Kuala Tembeling.

54. Daerah Hulu Pahang iaitu Kuala Tembeling hingga ke he Hulu Sungai Sat dikurniakan kepada Raja Abdullah dan kekal memerintah disana.

55. Pada tahun 1607, wakil Portugis telah berjaya membebaskan 80 orang Portugis yang ditawan oleh Pahang.

56. Tahun 1607, Belanda (Abraham Van Den Broek)berjaya mengikat perjanjian dagang dengan kerajaan Pahang.

57. Orang Besar Pahang bergelar Seri Maharaja Lela telah menyambut Admiral Matelief (Cornelis
Matelief de Jonge) diiringi pengawal yang bersenjatakan senapang pemuras pada 7/11/1607.

58. Kedatangan admiral tersebut juga sebagai mengajak negeri Pahang menentang Portugis di Melaka dan Pahang menyediakan tentera seramai 2000 orang .Admiral tersebut juga diminta untuk menguji Meriam Pahang yang dibuat untuk Raja Seberang (Johor). Orang-orang Pahang telah membuat meriam yang pelurunya daripada batu dan lebih baik dari meriam Jawa namun rendah mutunya berbanding meriam Portugis.

59. Sultan Abdul Ghafur dan Raja Abdullah mangkat diracun oleh anak kedua baginda Sultan Abdul Ghafur dan kemudiannya menjadi Sultan Pahang (tidak dinyatakan nama). Baginda dikenali sebagai Marhum Pahang dan Raja Abdullah dikenali sebagai Marhum Muda Pahang. Raja Abdullah dimakamkan di Makam Chondong, Pekan Lama yang juga dikenali sebagai Makam Tujuh Beradik.

60. Isteri dan anak Raja Abdullah dibawa balik ke Perak pada tahun 1614.

61. Tidak dinyatakan pula siapakah anak-anak Sultan Abdul Ghafur bersama kedua isterinya selain dari Raja Abdullah.

62 Nama Sultan Pahang yang tidak dinyatakan nama itu ialah Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah,

1614 - 1615 H.H. Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah, Sultan of Pahang*, younger son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Kadir 'Ala' ud-din Shah, Sultan of Pahang. Seized the throne after killing his father and elder brother, the Raja Muda, 1614. Entered into treaty relations with the Portuguese, 16th August 1614. Attacked and deposed by the Acehnese in 1615, but fled into the interior and continued to exercise some ruling powers. Faced several further onslaughts by the Acehnese in 1617, 1635 and 1638 and from Johor in 1638. He had issue:

1) A son k. by the Acehnese 1635.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...