Saturday, May 28, 2016

Kenapa Kerajaan Pahang Buka Ladang Getah Dan Kelapa Sawit 60,000 Ekar Di Ulu Tembeling?




















WZWH adalah blogger yang cintakan kehijauan hutan flora dan fauna. Kalau ikut hati WZWH mahu saja semua hutan dan pokok balak di Lembah Tembeling tidak ditebang walau sabatang pokok demi menjaga alam sekitar yang tidak ternilai bagi warisan generasi akan datang.

WZWH mahu ikut Negara Bhutan menjaga hutan flora dan fauna bagi Gross National Happiness. WZWH mahu Kerajaan Pahang charge Kerajaan Pusat kerana membekalkan oksigen yang fresh ke seluruh Semenanjung.

Sebab itu WZWH lebih senang bekerjasama dengan NGO Alam Sekitar SASET Temenggong Initiatives yang mahu menanam 1,000,000 pokok balak dalam masa 10 tahun akan datang. 





















Dulu Negeri Pahang penuh hutan lebat macam di atas. Banyak binatang buas. Tidak ramai penduduk sebab hutan lebat sangat dan binatang buas suka makan orang dan memusnahkan tanaman. 

Pembesar-pembesar diberi kawasan dan dititah oleh Raja mengutip cukai terutama hasil hutan seperti kayu gaharu, kayu damar, minyak kuin, getah perca, sarang burung, dll  selain cukai tanaman padi dan kerbau, kambing, ayam.

Segala hasil mahsul ini dipersembahkan kepada Raja sebahagiannya. Sebagiannya diguna oleh pembesar-pembesar bagi kegiatan politik dan kepentingan penduduk di kawasan.

Oleh kerana ramai Orang Asli mengadu kepada pembesar-pembesar letih naik gunung turun bukit berenang di tasik dan sungai mencari hasil mahsul hutan, dihisap pacat dan lintah, diketik tebuan dan penyengat maka tidakkah ada satu cara hasil ekonomi yang lebih tetap kedudukannya.

Maka pembesar-pembesar mendapat idea iaitu perladangan adalah bentuk ekonomi baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan.




















Dipendekkan cerita, pada zaman moden ini, Kerajaan Pahang melalui GLC buka ladang getah dan kelapa sawit di mana tanah-tanah kerajaan yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Sebab itu Kerajaan Pahang buka ladang getah dan kelapa sawit 60,000 ekar di Ulu Tembeling melalui Felcra, Yayasan Pahang dan PKNP bagi kepentingan Kerajaan Negeri Pahang dan memberi manfaat kepada rakyat Pahang terutama penduduk di Ulu Tembeling.

Dengan adanya ladang yang seluas 60,000 ekar dan akan dibuka lagi beratus ribu ekar lagi akan memerlukan beberapa fasiliti bukan sahaja kepada ladang malah kepada penduduk.

Projek perumahan penduduk Ulu Tembeling dibawah Projek Agropolitan Felcra memberi peluang kepada penduduk Ulu Tembeling memiliki rumah dan pulangan dalam bentuk saham.

Keuntungan Ladang Yayasan Pahang sebanyak 30% dalam bentuk dividen dipulang kepada penduduk Ulu Tembeling.

PKNP akan menjalankan aktiviti CSR bagi kepentingan penduduk setempat.

Projek ladang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Ulu Tembeling.

Projek Jalanraya Ulu Tembeling-Terengganu yang menelan kos RM1.1 bilion bila siap sepenuhnya akan lebih menghubungkan bandar Jerantut melalui Ulu Tembeling ke Dungun hingga Kuala Terengganu.

Kemudahan jalinan jalanraya ini akan memudahkan industri perladangan dan lebih cepat memangkinkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Tapi sebelum siap sepenuhnya semua ladang itu maka ini lah foto-foto kerja tanah dalam proses pembikinan seperti dibawah:




Ini proses biasa buat ladang, tiada ada yang luar biasa inilah amalan sektor perladangan di seluruh dunia.




Sungai Tembeling surut, kurang air nampak pasir sebab musim teruk El Nino. Nanti bila berakhir musim El Nino, hujan akan turun seperti biasa dan bila masa hujan akan turun lebat, paras air Sungai Tembeling akan meningkat menghilir ke Sungai Pahang.

Perhatikan background foto di atas ada banyak lagi beratus ribu hektar hutan tetap terpelihara tidak diusik oleh Kerajaan Negeri Pahang. Hanya Kerajaan Pahang satu-satunya kerajaan yang paling banyak mengekalkan kawasan hutan di Malaysia.




Bila ada pemandangan foto macam ini jangan panik. Balak adalah hasil hutan bagi hasil mahsul Kerajaan Negeri Pahang. Bila buka projek jalan dan ladang mestilah pokok-pokok balak ditebang maka itu bagi kepentingan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang.

Selepas ditebang maka anak-anak pokok balak akan ditanam semula ditempat hutan ditebang balak itu.

WZWH ingin mengingatkan kepada NGO Alam Sekitar terutama di Pahang iaitu PEKA perlu faham kenapa Kerajaan Pahang buka ladang dan janganlah membangkitkan emosi rakyat dengan sentimen foto-foto kerja-kerja tanah ladang dan projek jalan tanpa menjelaskan cerita yang sebenar.

Kerajaan Pahang serious membangunkan ekonomi penduduk pedalaman dengan berbagai macam projek-projek. Selepas ladang dan jalanraya itu siap sepenuhnya nanti maka kerja-kerja reforestation dan maintenance hutan, bukit dan sungai itu akan Kerajaan Pahang melalui kerjasama dengan Kerajaan Pusat, dengan pihak swasta akan memulihara semula alam sekitar.

Janganlah NGO Alam Sekitar ini oleh kerana terlalu excited dan teruja telah tanpa disedari menghasut rakyat membenci pemimpin dan pemerintah dan yang paling malang sekali oleh kerana berita dan cerita mengenai Taman Negara dan Ulu Tembeling yang tidak tepat boleh mengundang padah bila ramai pelancong sudah tidak berminat lagi mengunjungi Taman Negara dan kawasan sekitar.

Ini boleh membuatkan industri pelancongan menjadi pudar keranan tindakan dan gelagat NGO Alam Sekitar yang tanpa disedari telah sabotaj ekonomi penduduk tempatan.

2 comments:

pencinta alam said...

kihkihkih,kencing la selagi boleh,kenapa lah tidak pelbagaikan sektor pelancongan dengan sumber yg ada...kenapa perlu di buang opss,dicuri sumber yg ada untuk individu dan gantikan sumber yg picisan diberi kepada rakyat,sedang sebagai pemimpin otak sepatut lebih kreatif mengolah sumber yg ada memberikan pulangan yg sebenarnya lebih hebat dapat dinikmati oleh kami rakyat ulu tembeling ni...semoga masih terpelihara mana2 lagi sumber flora fauna yg tinggal,dan masih sempat di jadikan tarikan utama bg rakyat di ulu tembeling...pelancongan negeri pon sebenarnya syg apa yg ada di jerantut,tp x berani bersuara kerana kekangan politik dr pentadbiran hmm,xperlu di mention pntadbiran apa...cube berbincang dr secara telus apakah yg jabatan pelancongan negeri nampak sebagai sumber ekonomi rakyat sekiranya hutan di jaga lagi...mintak respon #pelanconganpahang...jadi pemimpin biar adil...

pencinta alam said...

kihkihkih,kencing la selagi boleh,kenapa lah tidak pelbagaikan sektor pelancongan dengan sumber yg ada...kenapa perlu di buang opss,dicuri sumber yg ada untuk individu dan gantikan sumber yg picisan diberi kepada rakyat,sedang sebagai pemimpin otak sepatut lebih kreatif mengolah sumber yg ada memberikan pulangan yg sebenarnya lebih hebat dapat dinikmati oleh kami rakyat ulu tembeling ni...semoga masih terpelihara mana2 lagi sumber flora fauna yg tinggal,dan masih sempat di jadikan tarikan utama bg rakyat di ulu tembeling...pelancongan negeri pon sebenarnya syg apa yg ada di jerantut,tp x berani bersuara kerana kekangan politik dr pentadbiran hmm,xperlu di mention pntadbiran apa...cube berbincang dr secara telus apakah yg jabatan pelancongan negeri nampak sebagai sumber ekonomi rakyat sekiranya hutan di jaga lagi...mintak respon #pelanconganpahang...jadi pemimpin biar adil...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...