Friday, May 20, 2016

Agenda Pemimpin Mahu Jadi MB Pahang, Deklarasi Haram Ulu Tembeling, NGO Alam Sekitar Komunis Dan Stupid Chief Editor



Isu-isunya mudah difahami:

Sungai Tembeling dan Sungai Pahang juga anak-anak sungai lain yang surut melampau, nampak pasirnya, pemandangan dari jauh seolah-olah sungai nampak kering dan kontang.

Ini kerana faktor El-Nino menyerang secara global. Banyak sungai-sungai di Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja menjadi kering kontang.

Penebangan balak di Ulu Tembeling oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Felcra, Yayasan Pahang dan PKNP bagi kegiatan ladang getah dan kelapa sawit yang dibenarkan oleh Jabatan Hutan Pahang.

Semuanya bagi kepentingan Kerajaan Negeri Pahang dan rakyatnya.

Jadi apa masalahnya?  Ada pertubuhan NGO Alam Sekitar kononnya oleh kerana terlalu peka menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang dengan alasan teknikal yang diputarbelitkan.

NGO Alam Sekitar yang mahu menjadi hero dan popular merasakan dirinya terlalu cerdik pandai sedangkan latar belakang tidak seberapa boleh memperkecilkan dan memperlekehkan kewibawaan Kerajaan Negeri Pahang.

Ini NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu menghasut rakyat Pahang membenci pemimpin dan Pemerintah Pahang.

Alasan teknikal yang tidak tepat. Itu bukan kawasan tadahan air yang digazetkan oleh Kerajaan Negeri Pahang tetapi kenapa mahu besarkan isu ini seolah-olah sudah jadi 'Bencana Air Negara.'

Maka dibuat Deklarasi Haram Ulu Tembeling yang tidak mengambil sebarang perwakilan dari rakyat tempatan tidak kira pemimpin atau rakyat biasa dari Ulu Tembeling.

Datang ke tempat orang tanpa memberi salam tanpa di undang dengan tidak menghormati pemimpin tempatan dan kepimpinan akar umbi dan terus memerhati selama 3 hari terus membuat kesimpulan deklarasi yang tidak matang, tidak wajar dan bersifat prejudis dan menghasut membodohkan Kerajaan Negeri Pahang!

Ini Deklarasi Haram Ulu Tembeling namanya!

Stupid Chief Editors yang sepatutnya berfikir mencari isu-isu yang lebih relevant dengan perkembangan politik negara dan berdaya maju akhirnya terperangkap dengan permainan dan agenda pemimpin yang mahu menjadi MB Pahang dan NGO Alam Sekitar Komunis.

WZWH mahu Stupid Chief Editors ini ditukarkan kerana sudah tidak boleh membantu demi kepentingan politik negara.

Ini semua adalah agenda seorang pemimpin politik yang mahu sangat beriya-riya mahu menjadi MB Pahang dengan kadar segera.

Oleh kerana pemimpin politik ini punya banyak kekurangan dari segi perlaksanaan idea dan projek kerana semua projek-projeknya gagal belaka maka pemimpin politik ini berasa "inferiority complex" lalu mencari NGO Alam Sekitar Komunis ini dan wartawan media massa arus perdana bagi melancarkan siri serangan ke kawasan DUN tokoh tertentu.

Apa tidak jealousnya, jika tokoh itu boleh bawa peruntukan-peruntukan yang diluluskan dan akan diluluskan sebanyak hampir RM3 bilion dan belum ambil kira beberapa projek mega yang mahu membangunkan Negeri Pahang ini sudah tentu tokoh ini adalah pesaing yang perlu dibunuh politiknya.

Nasihat WZWH yang ikhlas kepada pemimpin yang bercita-cita besar mahu jadi MB Pahang dengan kadar segera itu JANGAN JADI BODOH!

Jangan gunakan NGO Alam Sekitar Komunis untuk sabotaj dan gagalkan pembangunan Negeri Pahang.

WZWH boleh gerenti tokoh yang diserang itu tidak bercita-cita mahu menjadi MB Pahang pun hanya mahu membangunkan kawasan DUN Tahan itu saja. Tidak lebih dari itu.

5 comments:

Anonymous said...

Apa yg kami xfahamnye kenapa ngo2 ni yg beria,padahal kami sgt mensyukuri dgn inisiatif anak2 syarikat kerajaan negeri ni,org lua jgn nak sibuk k,kami dh jauh sgt ketingalan,jgn smpi yayasan phg plak lari nanti,aokme sng la brckap,kami juge yg xde kerja nnti!!!

Anonymous said...

JERANTUT: Penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling memungkinkan nama Sungai Pahang sebagai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tidak mustahil terpadam dalam lipatan sejarah negara.


Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed, berkata ini kerana Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam itu sehingga lupa kepada implikasinya.


"Ramai yang mengaitkan punca sungai ini cetek disebabkan El Nino, pemanasan global. Benda tu pada skala dunia, memang boleh jadi ada impak, tetapi persoalannya berapa peratus. "


Isunya kini ia lebih daripada itu, lebih kepada faktor tempatan iaitu pengurusan kawasan tadahan air tempatan. Impaknya kini dirasai oleh penduduk dan ini terbukti apabila Sungai Kancing yang sebelum ini dapat membekalkan air kepada masyarakat sehingga ke Kampung Bantal sudah tidak dapat lagi berbuat demikian.


"Sehubungan itu, sudah sampai masanya untuk kerajaan negeri dan pusat bekerjasama cari jalan penyelesaian bagaimana nak perbetulkan masalah ini," katanya selepas menyertai Misi Selamatkan Kawasan Tadahan Air Negara di Ulu Tembeling baru-baru ini.



Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed berkata Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam.



Misi berkenaan disertai oleh 150 anggota yang terdiri daripada pakar alam sekitar dan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Persatuan Pelindung Alam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, dan Jaringan Orang Asli Pahang.

Anonymous said...

tiba2 engkorang gemok2 buncit2 ahli politik ni nak salahkan jabatan hutan pahang sahaja? jadi jgnlah jadi wakil rakyat kalo tak boleh buat apa apa. biar aje jabatan hutan buat kerja, kami tak perlukan ahli politik dlm kawasan2 daerah2 ini. apa macam?

Anonymous said...

Face like jho low but not bvi level. Jerantut level oni.

Anonymous said...

1. Siapakah Exco itu?
2. Siapakah yg nak sgt jadi MB tu dn tak sabar2?
3. Kenapa NGO bersungguh2 serang Dun Tahan dan dlm masa sama spt serang MB?
4. Hanya dalam 3 hari pakar2 alam sekitar dh dapat buat ketetapan penebangan balak punca air surut
5.Apakah penyusutan air sg golok juga sbb tebang balak di ulu tembeling? Kikikikik...
6.Prof. Makatab tu jwtn presiden MNS on tak daoat pertahankan.. maknanya dia tidak diterima oleh ahli mns sendiri, hehehe
7. Sarifah Sabrina dibawak oleh kerajaan ke luar negara ptt utk promosikan negeri tp dipromosikannya pembalakan yg akibatkan pelancong enggan dtg... apa citer?
8. Pemgusaha pelancongan mengeluh pelancongan tak berkembang
9. Jawatan oleh org yg bukan pakan tapi sekadar beri ruang kpd kroni
10. Pelancongan perlu melihat Terengganu dan Perak yg lebih maju serta berwawasan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...