Tuesday, November 14, 2017

Agenda Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut: "Putting Faces To Names"

Image may contain: 2 people, people sitting


Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut , sesi panel discourse di Hotel Darul Makmur Jerantut pada petang 12 November 2017.


Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor


Seramai hampir 90 ahli-ahli Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut hadir mengikuti pembentangan data P081 Parlimen Jerantut PRU 14 dan sesi panel discourse.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Tidak sangka Program 'Putting Faces To Names' masih diperbincangkan sama ada secara realiti di kedai kopi mahupun di laman media sosial 

Ada beberapa orang yang PM dan bertanya mengenainya:

1. 'Putting Faces To Names' dianjurkan oleh badan NGO 'Gegar Politik Jerantut' yang ahlinya seramai 240 orang.

3. Berbagai peringkat kepimpinan UMNO Bahagian ada didalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

4. Tiada jemputan rasmi secara bersurat namun adminnya telah mewar-warkannya berulang kali. 

5. Program dijalankan secara santai namun agenda besar yang dibawa adalah memastikan BN menangi 4.0 dalam PRU akan datang.

6. Ahli panel adalah dari kalangan yang berkaliber dalam P081 Parlimen Jerantut: YH Dato' Hj Kamaruzaman Baria mantan KB dan AP, YH Dato' Wan Zamzuri Wan Hasenan Ahli Majlis Daerah dan Ustaz @Ahmad Shah Jamlus Pengarah BTN.

7. En.Wan Jehari Wan Ismail bersungguh-sungguh membentangkan perangkaan bagi mencapai hasrat menangi PRU14 dengan 4.0. Membentang apa yang tak terlaksana oleh Bahagian selama ini.

8. Semua hadirin bebas menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing Bagaimanapun sudah tentu ada batasannya... tidak menyinggung sesiapa.

9. Sebagai moderator saya bertolak ansur namun bertegas bila ada yang pihak yang cuba menjadikan pentas itu sebagai peluang untuk membicarakan perkara sensitif dan peribadi.

10. Program ini diadakan untuk membantu UMNO dan BN mencapai matlamat PRU apabila dirasakan usaha kearah itu tidak dilakukan sewajarnya oleh pihak berkenaan.

11. Mungkin ini adalah program pertama untuk tujuan berkenaan yang pernah diadakan di bahagian, negeri atau negara oleh pihak NGO.

12. Ini juga adalah satu pesanan ringkas kepada pihak kepimpinan bahawa sesuatu tindakan positif perlu dilakukan segera.

13. Antara resolusi perjumpaan adalah beberapa siri perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi dengan melibatkan pihak diluar kumpulan WhatsApp supaya matlamatnya sampai ke golongan sasaran bahawa P018 Parlimen Jerantut dalam kesukaran untuk mengekalkan kemenangan.

14. Pengunda muda 'first time' voters adalah penentu kemenangan PRU 14 PO81 Jerantut. Kena dapatkan dan mengadakan komunikasi dengan apa cara untuk dekati mereka.

15. Mengurus persepsi di media sosial dan "the art of positioning perception" sangat penting bagi memenangi pengundi-pengundi muda dan pertengahan ini.

4 comments:

Unknown said...

Boleh ke mereka 'GEGAR' dengan powerbank pelesu tu, WZWH....?????

Mungkinlah boleh, kut.....hehehe, sebab saya dengar golongan muda Jerantut
tak pakai keta atau motor, semuanya jalan kaki atau naik basikal je.
Jadi, taklah mereka terkesan dengan kenaikan rega minyak 7 sen setiap minggu sampai bulan March 2018 nanti.
Makan pun masakan mak, sayo rebus buah betik muda je.
Ini pun mereka dah sangat bersyukur, daripada tak makan terus macam orang Rohingya, kata ibubapa mereka, ahli umno seumor hidup tapi bukan geng wassp Jerantut.
Bersyukurlah kita selagi ada umno, kata mereka.
Kita takkan sengkek dan jadi bangsat di bumi sendiri.

Anonymous said...

I got feel tremor from Jantut reach my place one. Gegar politik jantut so power people thought earthquake oredi. So lucky oni jantut dangdut chatgroup meeting. Haiyah dont make people afraid lah.

JABAR@PAKOKH said...

kene ikhlas jadi pemimpin,pimpinlah dgn amanah, yang patut diutamakan dahulu ,dahulukanlah la.. bimbinglah tk kira siapa dia.kita diperhatikan Oleh Pencipta kita Al Kholiq... wallahualam

Anonymous said...

grup wasap boleh share video blue je laaaaaaaaa
takpon bidio dangdut

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024