Monday, May 11, 2015

Projek Bela Kerbau Ulu Tembeling Melalui 1Kampung 1Koperasi Kerbau



Foto klasik kerbau-kerbau Ulu Tembeling mandi manda di Sg Tembeling pada tahun 1920an sebelum bah besar 1926.





Cadangan Kerbau feedlot NFC Ulu Tembeling yang dicadang WZWH tidak mendapat kelulusan kerana pemimpin negara ketika itu suka bela lembu.

Kena fikir back to basic bela kerbau bagus untuk ekonomi orang kampung. Maka dicadangkan Projek bela kerbau Ulu Tembeling melalui 1Kampung 1Koperasi bela kerbau. Ada 5 kampung maka 5 koperasi dari Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling.

Bela 5000 ekor kerbau dulu so kos 5000 X RM4000 = RM20 juta. Setiap kampung bela 1000 ekor kerbau.

Perlu tanam padi bagi menghasilkan sekam yang boleh dicampur dengan tanaman napier, kacang hutan dan daun ketom baru boleh menghasilkan daging kerbau yang lembut dan hitam berkilat.

Kenapa perlu bela kerbau di 5 kampung di Ulu Tembeling? Ini sebab-sebabnya:

NFC ialah projek kerajaan bagi membekal daging lembu segar kepada pengguna domestik. Kerajaan sedar negara terlalu bergantung kepada daging import. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos lebih maju industri feedlot dari Malaysia.

Kalau kita kaji sejarah lembu bukan haiwan asal Tanah Melayu. Lembu dibawa dari India oleh orang India sebab itu orang India sangat pandai ternak atau bela lembu. 

Sebenarnya memang Tanah Melayu ada lembu tapi lembu asal Tanah Melayu sangat liar dan lari ke dalam hutan tebal. Orang Melayu panggil lembu ini seladang. Seladang jangan dibuat main sebab itu orang Melayu bela kerbau.

Nenek moyang kita orang Melayu memang bela kerbau, makan daging kerbau, minum susu kerbau, minyak kerbau dan dibuat dadih. Orang Melayu yang makan daging kerbau dia lebih sifat keMelayuannya.

Sejak orang Melayu pandai makan daging lembu ini orang Melayu sudah jadi lain sifatnya ada meniru Orang Putih, ada meniru orang India dan ada juga meniru orang Cina.

Begitulah serba sedikit sejarah lembu di Malaysia. Apa yang WZWH sampaikan jangan kita lupa kerbau makanan daging nenek moyang kita makan selama ini.

Di negeri WZWH masih ramai orang Pahang suka makan daging kerbau. Taburan kerbau banyak di Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh,Maran, Pekan dan Rompin.

Orang Melayu dulu suka kerbau sebab kerbau lebih cerdik dari lembu logiknya kalau makan daging kerbau maka orang Melayu lebih cerdik dari orang Melayu yang makan daging lembu. WZWH tak ada data saintifik hendak buktikan fakta ini. Tapi kalau tengok gelagat politik orang Melayu hari ini yang suka makan daging lembu dari gelagat politik orang Melayu dulu mungkin ada asasnya!

Orang politik yang suka makan daging lembu kurang setia kepada bos.

Di Jerantut pula Lembah Tembeling membekalkan banyak kerbau. Kerbau Tembeling gemuk-gemuk belaka kerana rumput semulajadi dan kerbau Tembeling pelik sikit suka mandi manda di sungai. Kalau kita hilir mudik sepanjang Sungai Tembeling kita akan jumpa kekawanan kerbau berendam.

Beratus-ratus tahun dulu memang moyang-moyang WZWH suka bela kerbau. Beribu-ribu kerbau. Tapi bila bah besar 1926 habis kerbau-kerbau moyang WZWH dibawa air, banyak yang mati dan dihanyutkan.

Suatu ketika dulu kerbau diternak untuk dijadikan sebagai tenaga kerja membajak sawah atau kebun. Haiwan itu digunakan kerana ia dikatakan gagah untuk melaksanakan tugas berat selain boleh diajar memahami arahan tertentu.

Kini di negara kita haiwan itu tidak lagi digunakan untuk bekerja berikutan penggunaan teknologi moden yang menyaksikan kemasukan jentera mengambil alih tugas berat berkenaan.

Sejak era pemodenan sektor pertanian diambil alih jentera, kerbau semakin terpinggir apabila tidak ramai lagi penduduk menternak haiwan itu, berbanding ternakan lain, termasuk lembu dan kambing yang sentiasa mendapat tempat, sama ada untuk daging atau susunya.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri ini apabila kerbau yang suatu ketika dulu boleh diukur sebagai kekayaan seseorang, kini semakin pupus. Haiwan itu semakin sukar ditemui termasuk di kawasan sawah di luar bandar.

WZWH mahu mencadangkan sebuah Koperasi Bela Kerbau bagi setiap 5 kampung Ulu Tembeling supaya Projek Bela Kerbau  diusahakan oleh koperasi . Berapa RM juta soft loan melalui ECER boleh diberi kelulusan itu boleh guna budi bicara kerajaanlah terutama DS Najib PM.

Ini satu cara mudah dan simple mempertingkat ekonomi orang kampung.

3 comments:

maae said...

Bagus ! Saya sokong perekonomian tersebut.

Sedar tidak sedar, daging impot yang kita beli dengan harga agak murah, jika tidak baca label, memang daging kerbau. Pengimpot daging berpuluh tahun sudah berniaga daging kerbau, di samping daging lembu tua. Jika kita lihat bagaimana proses kilang mereka, mengerikan. Macam juga proses daging ayam, semua ini di luar negara.

Bila kenduri, popular nya dulu cukup seekor kerbau. Zaman dulu, kita boleh lihat kerbau di hampir setiap kampung. Murah. Daging kerbau biasa gempal dan banyak. Lembu pawah kecil dan melidi. Daging lembu korban biasa nya dari Thailand, besar sedikit.

Mungkin NFC kerbau (gabungan) boleh di laksanakan. Australia, kerbau liar (kerbau biasa macam di Rembau) sudah lama di manfaatkan tambah nilai perusahaan daging lembu mereka.

Anonymous said...

hahaha,

kalau ikut nfc, lembu kena ternak kat kondo... ko cadang kerbau? nak ternak kat mane pulok?

dah bagi brp byk peluang dah.... hasil die sama jea... korang kebas jea reti..

sudahlah...

eh, project ternak ikan jenis air sejuk yg kena bela dlm aircon tu ape cer? awat senyap sunyi je?

Anonymous said...

Kat Kondo tu ternak benih KETUM. Tempat orang kaya-kaya memantat jubor seperti KETUM PKR.

Lembu sahaja yang kau orang nampak. KETUM tu buat apa kat kondo.

Kondo tak dapat dipisahkan dengan sejarah PKR dan KETUMnya.

Asyik2 kondo.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024