Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, May 12, 2015

Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti




Sempena hari lahir UMNO yang ke 69 WZWH tidak mahu mengulas dari sudut sejarah perjuangan UMNO. WZWH lebih berminat dengan tema "Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti".

Isu 1MDB adalah isu korporat yang memerlukan penyelesaian korporat aras tinggi dan masa. Orang politik majoriti tidak boleh nampak bagaimana mahu menyelesaikan isu ini. Isu 1MDB boleh diselesaikan dalam masa 2 tahun.




Apa yang TGHA Presiden PAS cakap itu betul sila klik sini dan sila klik sini bahawa DS Najib tidak perlu tunduk kepada tekanan letak jawatan PM. DS Najib perlu diberi peluang menyelesaikan isu 1MDB itu sepanjang penggal hingga PRU 14.

Sejarahnya bangsa Melayu adalah bangsa korporat terlibat dengan perdagangan antarabangsa merentasi 7 lautan dunia.

Sejak dari zaman Srivijaya dari abad ke 6 pemimpin Melayu sudah bisnes berbilion-bilion nilai perdagangan. Zaman Majapahit pun begitu juga.

Apatah lagi zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sangat mashyor ke seluruh dunia. Pasti Sultan Mansor Shah Melaka mengeleng kepala jika pemimpin Melayu hari ini (pemimpin UMNO) jadi berpecah belah kerana tidak boleh menyelesaikan isu korporat 1MDB.

1MDB ada penyelesaiannya...penyelesaian cara korporat aras tinggi, orang politik tidak boleh dan tak nampak cara. 1MDB kena rebrand bagi nama baru. Tun Mahathir perlu dilantik sebagai Penasihat Khas. Apa Mukhriz Mahathir cakap UMNO ada penyelesaian tersendiri itu betul. Win-Win Situation: DS Najib happy, Tun Mahathir happy. Everything OK. UMNO perlu mara dan bangkit. Banyak kerja mahu buat lagi.

Penyelesaian 1MDB kalau mahu ditulis dalam posting secara detail adalah terlalu teknikal. Cukup untuk WZWH kata isu 1MDB boleh dan ada jalan penyelesaiannya.

Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti.

5 comments:

Anonymous said...

Wzwh tolong detailkan penyelesaian 1mdb menurut pandangan wzwh,boleh dijadikan bahan bacaan..

Anonymous said...

Yelah buat apa gaduh2 x menguntungkan. Sangat kesal dengan apa yg berlaku. Keep cool. Kalau ada masalah tolong menolong selesaikan apa salahnya dan itulah yg terbaik.

Anonymous said...

Biarkan 1mdb buat kerja mereka sendiri. Audit bakal keluar, kalau ada penyelewengan baru balun lumat-lumat.

Anonymous said...

11.54: Fully agreed.

Anonymous said...

Looks like semua comment syok sendiri..hahah