Nuffnang Ads

Pages

Friday, May 8, 2015

PRK Permatang Pauh Bukti Politik Dinasti Masih Relevan Di Malaysia

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2015.

Seperti dijangka PKR melalui DS Wan Azizah menang PRK Permatang Pauh dengan data ringkas dan perbandingan seperti berikut:


PRK
DS Dr. Wan Azizah (PKR) 30,316 undi
Suhaimi Sabudin (UMNO) 21,475 undi


PRU13
DS Anwar Ibrahim (PKR) 37,090 undi
Mazlan Ismail (UMNO)    25,369 undi

Tidak sampai 2 tahun sejak PRU 13 UMNO hilang 3,894 undi. PKR hilang banyak 6,774 undi.


Peratus mengundi jatuh
PRU13 : 88%
PRK     : 73.71%

Berlaku perubahan sokongan kepada UMNO namun kesimpulan mudah pengundi PKR menyorokkan undi dengan tidak pergi mengundi.


Undi Rosak
PRU13 : 672undi
PRK     : 843 undi


Majoriti Menang
PRU13 : 11,721 undi
PRK     : 8,841 undi

UMNO dan BN sudah buat yang terbaik tapi ini memang dijangka sebagai underdog di lubuk PKR untuk membuat kejutan amatlah mustahil.

Rakyat di Permatang Pauh majoriti lebih suka begitu politik fanatik kepada pemimpin. Walau terpaksa hidup tanpa pembangunan dan pembelaan yang serba kekurangan dan dhaif.

Itu bukti memang di negara ini ada rakyat yang memang suka ditipu. Percaya kepada pemimpin yang suka membawa harapan palsu dan politik persepsi.

Kesalahan moral yang dibukti oleh Kedaulatan Undang-Undang tidak dipeduli.

PRK Pematang Pauh bukti politik dinasti atau karisma pemimpin atau keluarga pemimpin masih relevan di Malaysia.

Bukti: Anwar-Azizah-Nurul.

Itu belum masuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, juga Karpal Singh, Jagjit Singh Deo dan Govind Singh.

Tidak salah dan memang natural jika UMNO pun ada:

Dato' Onn-Tun Hussein-DS Hishamuddin

Tun Razak-DS Najib

Tun Mahathir-DS Mukhriz

Tun Abdullah-Khairy Jamaluddin.

Politik Dinasti....Politik Elit.....Politik Mamak....Politik Bugis

Politik Minangkabau....Politik Jawa....

Politik Islam....Politik Kristian...

Politik Liberal.

Politik Melayu...Politik Cina...Politik India.

WZWH lebih pertahankan politik Pahang!

1 comment:

Anonymous said...

umno pun ada tpi tidak ada anak beranak dalam masa yang sama