Nuffnang Ads

Pages

Friday, May 29, 2015

Elaun Wakil Rakyat Pahang Naik Kepada RM11,000




















Kali terakhir kerajaan negeri Pahang semak semula elaun wakil rakyat ialah pada tahun 1994 yakni 20 tahun lampau. WZWH ada menyentuh hal ini dalam posting Bila EXCO dan ADUN Pahang Mahu Naik Elaun?

Jumaat sidang Dewan Undangan Negeri itu telah meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Menerusi keputusan itu juga elaun Menteri Besar naik dari RM14,175.15 kepada RM30,000, Ahli Exco Kerajaan Negeri RM6,109.29 kepada RM14,000.

Speaker dan timbalan Speaker pula naik dari RM6,109.29 kepada RM14,000 dan RM2,662.00 kepada RM9,000.

Rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan disokong oleh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya.

Menurut DSD Adnan Yaakob semakan semula elaun ini sudah tertangguh begitu lama.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Sebelum itu pada awal ucapan penggulungan MB Pahang ada menyentuh persekitaran ekonomi dunia terutama ekonomi China dan Amerika Syarikat ciri-ciri yang boleh mempengaruhi ekonomi dunia dan serantau.

Juga perbezaan ekonomi negeri kaya seperti Selangor jika mahu dibandingkan dengan Pahang bagaimana sejak zaman British pelaburan infrastruktur telah banyak dicurah untuk membangunkan negeri-negeri kaya yang sehingga sekarang perolehan ekonomi berhasil sangat baik.

Pahang di dalam mengejar kemajuan perlu mengambil kira faktor mengawal alam sekitar. Apa yang dirancang atas kertas sangat baik tapi bila bab operasi dan implementasi ada kekurangan yang perlu di atasi.

Umpamanya dalam kes besi dan bauksit di Kampung Selamat Beserah sangat teruk. MB telah mengadakan tiga kali mesyuarat bagi mengelak pencemaran melampau.

Melakukan operasi bersepadu melibatkan PTG dan agemsi serta penguatkuasaan yang lain fokus kepada membenteras pelombong-pelombong haram. menyita lori dan premis bangunan umpamanya.

Tidak cukup dengan MPK dan Persatuan pelombong menjalan operasi pembersihan cuci kawasan yang dikotorkan oleh operator-operator yang tamak tapi kadar kekotoran yang tidak bertanggungjawab lebih laju lagi.

Tidak dinafikan turnover industri bauksit ini menghasilkan RM200 juta sebulan adalah ekonomi yang buat semua orang teruja. Kerajaan Negeri Pahang mungkin akan mengambil deposit RM300,000 sebagai pendahuluan dari setiap pelombong bagi fund untuk operasi membersihkan pencemaran bauksit.

Kerajaan Pahang serious mahu membina perumahan PRIMA yang sudah dibina 27,000 unit. Harga sebuah rumah dalam RM80,000.

Bagi penguatkuasaan Majlis Keselamatan Negara di Cameron Highland yang tidak disenangi oleh pekebun-pekebin kecil kurang dari 5 ekar maka Kerajaan Pahang dan MKN telah bersetuju untuk berhentikan tindakan dan selaraskan tol penanam sayur yang secara turun temurun telah mengusahakan tanaman sayur.

Tetapi MKN dan Kerajaan Pahang tidak akan kompromi kepada penanam sayur haram dan penerokaan tanah haram di Cameron Highland.

Berkenaan Visit Pahang 2017 menyedari kepentingan produk-produk pelancongan kepada sumbangan ekonomi Negeri Pahang maka Kerajaan Pahang komited menjayakannya.

MB juga menyentuh isu GST yang pada pendapat beliau adalah kurang jelas penerangan dan mengelirukan yang disampaikan kepada rakyat. Sistem pencukaian ini adalah baik. Jika hasil cukai OK maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji kadar bantuan yang lebih baik diberikan kepada masyarakat

No comments: