Majoriti rakyat Pahang faham bahawa EXCO dan ADUN Pahang hari ini perlu diberi imbuhan yang sewajarnya memandangkan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
Pahang adalah negeri terbesar Semenanjung dan ramai ADUN perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar,
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Apa langkah yang Taib Mahmud KM Sarawak buat menaikkan gaji Menteri dan ADUN Sarawak adalah baik demi kebajikan wakil rakyat dan rakyat Sarawak itu sendiri di kawasan masing-masing.
Soal bagaimana Taib Mahmud mencari dana itu adalah kreativiti KM Sarawak.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk: Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Soon koh berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lalu.
WZWH berpendapat adalah wajar EXCO dan ADUN Pahang dinaikkan gaji bagi memenuhi peningkatan tuntutan dan jangkaan rakyat di kawasan.
30 comments:
Setuju sangat
Gaji MB dan EXCO naik 2x ganda????Kawasan Balak Balun 3x ganda. Puna negeri pahang, bagi naik gaji ADUN biasa sahaja, ada juga faedahnya. Cuba WZWH syor dalam mesyuarat UMporNO.
banyaknya komen kena delete, tak best dah la lepak kat blog ni
Anon 2:30,
WZWH sedang mengajar pembaca blog WZWH cara komen yang bersopan, beretika dan bertamadun.
Pembaca tidak boleh membuat kenyataan dan tuduhan yang tidak berasas tanpa sokongan bukti-Heresay bila melibatkan pemimpin tertinggi Pahang.
Ada cara dan laras bahasa yang sesuai. WZWH harap pembaca-pembaca blog WZWH faham. OK. Jangan suka memfitnah pemimpin kita!!!
Blog WZWH ini turut dibaca oleh PM dan MB. Blog WZWH ini dipantau...
Harap pembaca komen mengikut acuan dan alur yang WZWH tetapkan.
Setuju jika naik gaji khususnya exco kebudayaan dan pelancongan. Semoga Datuk dapat meningkatkan hasil pelancongan di Pahang amnya dan di Temerloh khususnya. Semoga Datuk pelbagaikan lagi tarikan pelancongan yang hebat di Temerloh agar lebih ramai ke Temerloh khususnya penduduk jiran seperti dari daerah Jerantut.
Jerantut juga ketinggalan,kesian orang jantet dema,lbh2 dun tahan,janji manis jela
Pergi blog saya kalau nak bagi maklumat penyelewengan
Akupun dah lama tunggu MB, Exco dan wakil rakyat dinaikan gaji ke paras tertinggi. Bukan, sokong sebab mereka semua berjuang untuk kepentingan rakyat semata-mata. Yb2 ni sanggup bersengkang mata, tak tidur dengan anak isteri bagaimana nak bawa projek mega, separoh mega, termasuk ECER bernilai RM4.6b untuk negeri Pahang. Tambahan pulak tempat tiada kemudahan asas seperti Ulu Tembeling telah dijadikan sasaran membina rakyat untuk terus menyokong supaya kepentingan bersama apatah lagi kepada Yb2 berkenaan. Elok benarlah tu, rakyat sokong Yb2 berikan kemenagan kepada mereka, tapi jangan lupa pula tangan rakyat yang memenangkan dulu dipotong hingga tak dapat menadah tangan untuk memohon restu Allah mendapat kemudahan dipinta.
aku x sokong naik gaji yb2 pahang ni,sebab gaji naik projek pun balun kuat juge,pasang kroni ramai2 bagi projek lepas 2 paw kat kontraktor,mana yang x ikut cakap yb lesen kena senarai hitam,siapa yang x marah,kalau kelakuan yb 3 suku siapa yang nak ikut,kenapa yb dun tahan merusut...sbb org dah kurang pecaya dah dgn yb ni,cakap je besar habuk pun tarak
Sebelum naik gaji tu apa kata kita mintak MB dan semua exco declare harta masing-masing dulu.
saudara wzwh,
awak kena bagitau blog awak nie untuk orang UMNO sahaja.
Apa takut dengan kritikan ? kamu takut MB, PM Marah kamu ? kritikan dan fitnah kamu jawablah dengan fakta. lagi satu biarlah pemimpin kamu tengok dari kritikan ini dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Menutup kritikan boleh mendatangkan marah rakyat . Kamu ingat yg dok puji dalam blog ni boleh membantu politik Jerantut Ke ?
Anon 7:24 WZWH boleh terima kritikan kepada pemimpin, tapi jangan buat pendedahan dan tuduhan melampau yang tidak boleh dibuktikan dan bertindak prejudis dan tidak adil kepada pemimpin.
Anon 5:25, soal ADUN Tahan itu WZWH jaga...tunggulah penggal 2013-2018 berbilion peruntukan mencurah ke DUN Tahan. Soal projek kelas F dan blacklist lesen kontraktor itu ADUN Tahan tidak terlibat. Merosotnya undi DUN Tahan kerana "masalah dalaman" yang orang luar tidak faham.
Wzwh... Kalo asyik delete je komen org... Lain kali letak "sigh" untuk UMNO je... Nama pun ruang komen. Pakai akai lah bro...
Kehkehkeh...
Tengok macam kas
Komen tak pernah kena delete
anon yang komen negatif adalah anon meluahkan perasaan yang terbuku di hati.biarlah dia bukak buruk pemimpin.mungkin dia ada maklumat yang sahih.pembaca lain boleh hentam dia kalau itu fitnah.
tengok blog nasional yang lain.berbagai kutukan dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin umno,tapi umno tetap menang.
kalau asyik delete aje tak ada lah blog yang menyuarakan tak puas hati rakyat.
soal dia keluarkan kata-kata kesat atau fitnah apa yang wzwh takutkan.dia yang akan bertanggungjawab bukan wzwh.
kalau asyik delete aje blog ni akan jadi blog filem malaysia.
filem malaysia tak boleh menayangkan keburukan polis.sedangkan ada pegawai polis yang teruk.tengok filem tamil dan hindustan banyak keburukan polis di dedahkan.
kalau macam ni pemimpin umno akan kelihatan sebagai malaikat ajelah walau pun pun berwajah syaitan.
sampai bila dia nak memperbaiki dirinya kalau asyik kena ampu.
tak apalah,lebih baik kita layari blog pembangkang pulak untuk dapatkan maklumat penyelewengan pemimpin kerajaan.hari-hari kita baca blog dia orang sikit sebanyak kita akan sokong dia orang pulak.
biarlah blog ini jadi blog pengampu.sebab itu semakin hari semakin kurang orang baca blog ni.tengok komen pun tak macam dulu dah semakin kurang sebab orang tau wzwh dah dapat penyakit sakmongkol.
kita baca blog sakmongkol pulak.boleh komen kat situ.
Anon 1:04,
Kenapa ye pemimpin Pakatan Rakyat nampak macam malaikat dan seolah-oleh maksum walau berhati syaitan???
awok ni perasan sangat dapat peruntukan kerajaan beratus juto la mende la..ke dun tahan..cheh
awok ingat kerajaan pusat tu kaya raya ke
dah hutang berbilion pinjamn sana sini
sedut duit dari glc tu
dapat ke kroni habis punoh
ha3 dun tahan dulu takde kebnda buat pun,blik2 buat liga pujuk budak muda,org ulu blhla korang tipu sebab mnipu sdara dema juga,tgkla 5 thun ni bnda pulak dia buat,tak mudahla orang hulu sthun bp kali je turun bandar,dah besa susah buat keja kampung,orang bandar ni byk sgt duit perlu kuar untuk sara family dan juga ank bljar,tula sebab org bndar taknak nyokong parti bn ni,janji geran tanah pun snyap je,tggula agong baru nanti,bungkusla bn nanti
pru 13 yang lalu adalah pertandingan melayu bumiputera lawan pakatan cacamarba.
nasib baik melayu bumiputera menang 121 kerusi kalau tolak mca dan mic.
melayu bumiputera sudah cukup kerusi simple majoriti untuk memerintah.
cina dah sah lah pangkah dap sebab majoriti cina tak mahu melayu jadi pemerintah.mereka lebih suka melayu haprak jadi pm sebab mereka dah lihat melayu boleh jadi boneka seperti mana nizar jamaluddin jadi mb perak.
melayu boneka senang sangat untuk dap kontrol.
dap lebih dominan.tengok selangor sudahlah.majoriti kerusi melayu.dap boleh guna kuasa ugut untuk pilih siapa mb yang mereka suka.
yang kempunan pas lah.
inilah yang melayu baru tak nampak agenda dap kerana telah diracuni pemikiran mereka oleh pemimpin melayu haprak.
anak muda melayu tak pernah merasa susah.jadi biarlah mereka tempah kesusahan seperti yang di alami nenek moyang mereka.
lepas itu barulah dia orang sedar dan berjuang pula untuk dapat hak mereka kembali.
Macai ni tak abis2 main isu kaum nak memerintah,tak pyah nak tutup dgn isu kaum,dah terang2 pemimpin melayu tak jalankan tggungjwb,nila manusia kalau dah banyak buat salah dia akan sibuk cari buruk orang,orang umno diajar untuk jawatan dan pangkat,tula sb diaorang tak fikir susah rakyat,kesiannya macai yang bwh2 ni,beria bematian mnyokong tp dptla 2ratus mse ngundi aritu,dapat tanah untungla juga,kah3,kesian,memang kesian
Aku berpendapat elaun ADUN dan EXCO memang patut dinaikkan. Takkan pendapatan CEO syarikat2 dibawah Felda Holding (yg para2 peneroka memang tak tau) pun boleh mencapai kira2 RM50,000 sebulan, takkan ADUN serta EXCO lekeh sangat...
Cuma yg aku agak pelik sikit bila Wan kate ADUN UMNO dan EXCO UMNO tak cukup duit. Yg aku perati, mereka2 ini kadang2 tak sampai 1 penggal jadi ADUN dan Exco, rumah banglow mula naik, kereta mula tukar kpd jenis Merc (tak main Merc 2nd hand). Ada yg tambah bini. Mana boleh kate mereka tak cukup duit.. yg tak reti benda2 pun boleh dilantik paling koman jadi BOD SCDC Phg dgn elaun lumayan. Yg cerdik sikit dilantik jadi co chairmen..macam2 elaun yg mereka dapat..
Kalau ADUN PAS memang aku tau mereka memang tak berduit...dgn elaun itulah mereka kena sumbang beras, piala pusingan, derma org kawin dan macam2 lagi. Pendek kata, seperti bekas ADUN PAS Beserah yg mengadu kat aku, mereka kadang2 terpaksa guna wang pendapatan sendiri utk tampung perbelanjaan keraian utk rakyat...sian mereka.
Oklah..untuk berlaku adil dan dalam keadaan harga kelapa sawit dan getah (kecuali balak dan bijih) yg rendah, ginilah... Elaun ADUN dan EXCO memang boleh dinaikkan dgn syarat pendapatan min rakyat yg tinggal dibandar2 besar seperti diKuantan mesti ditingkatkan sekurang2nya RM3,000 sebulan. Manakala harga petrol diturunkan, tol lebuhraya dimansuhkan dan PTPTN cuma diberi kpd org kaya (org miskin kasi pendidikan percuma).
Apa macam Wan dan adinda Kutukan Dewata setuju...???
aku setuju,tak ada masalah.aku hanya nak bangsa aku terbela dan aku memang rasis.aku benci cina yang kita beri muka dan tolak ansur selama ini telah berlagak kerana merasakan ramai melayu sokong dia orang.
kau orang tengoklah perhimpunan black 505 yang 85%nya adalah bangsa cina.budak-budak cina boleh cakap melayu bangsat,melayu samseng.hina polis sesuka hati.
sudah sampai masanya kita kena tegas demi menghalang negara huru-hara.melayu haprak aje yang beria-ia bela cina.
yang aku gembira sikit saudara kita ahli pas tidak terlibat dengan black 505.tinggal pkr dan dap aje yang lebih-lebih.syabas untuk dato harun taib dan nik abduh pemimpin islam yang ada wibawa!!!
Kehkehkeh.......
padan ketoyong gitu ajelah.....
Raban bete ni.....
Wzwh tak siar komen aku. Hahaha
Keh keh keh mcm ni kan tak kena delete
keh koh keh kong kek!gerenti tak kena delete.
Post a Comment