Wednesday, May 15, 2013

Politik Orang Kampung menyelamatkan BN dari Tsunami Urban Chauvinism Pakatan Rakyat


Sentimen urban chauvinism (orang bandar) ialah bandar-bandar dianggap kepelbagaian, moden, progress, kaya, bermaklumat, ICT savvy  dan semua nilai positif.

Sebaliknya orang kampung dilabel terbelakang, tidak sopistikated, homogenous, konservatif, miskin, tidak bermaklumat dan kekurangan segala serbi.

Persepsi urban chauvinism mencipta dan memandang rendah identiti orang kampung.

Sebenarnya politik orang kampung relevan kepada politik nasional. Buktinya kejayaan BN melalui UMNO menggerakkan politik orang kampung. Peneroka Felda pun termasuk dalam kategori orang kampung.

“The urban-rural divide was clear. Pakatan won votes from all races and religions in the urban areas while BN retained their rural base. It is an election result between urban and rural, West Malaysia versus East Malaysia, between the better educated, better informed versus the lesser educated and lesser informed.” Malaysiakini.

“…the vote was heavily split between Malaysia’s thriving cities, which largely voted for opposition parties, and rural, mostly ethnic-Malay areas that threw their support behind Mr. Najib…” Wall Street Journal.

Anwar Ibrahim melalui PKR mahu mencabar UMNO lalu PKR mengambil pendekatan liberal dan sederhana terutama peranan Islam dalam politik dan masyarakat untuk beza dengan PAS.

PKR juga mahu imej multirasial membezakan dengan DAP yang memperjuang satu komuniti walau DAP sering kata  parti untuk semua namun DAP tetap dilabel parti orang Cina.

Masalah PKR ialah labelnya yang parti orang bandar, elit, intelektual, mahu berlawan dengan UMNO dan memecahkan hegemony BN bukan untuk rakyat. Hanya kumpulan 'elit Anwaristas' mahu ke Putrajaya.

Manisfesto Pakatan Rakyat tidak menawarkan banyak offer kepada orang kampung. Tidak seperti Aku Janji BN begitu jelas dan terang banyak offer kepada orang kampung.

Politik orang kampung menyelamatkan BN dari tsunami urban chauvinism Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Selagi PKR terutamanya dichop dan dilabel urban chauvinism selagi itulah UMNO dan BN di persada Putrajaya.

Cabaran DS Najib post PRU 13 ialah bagaimana mahu mendapat kembali sokongan orang bandar (mengurangkan urban chauvinism) seperti di era Tun Mahathir disamping mengekalkan sokongan orang kampung.

Penasihat-penasihat politik DS Najib perlu berfikir....

WZWH suka meminjam kata-kata Thaksin mantan PM Thailand," kon ban nok ".

24 comments:

Anonymous said...

kekalkan jerantut dgn kekampungannya, nanti dah urban atau separuh urban mcm kuantan dan temerloh, rakyat jadi lupa diri dgn jasa kerajaan BN! Tak perlu majukan jerantut, kekalkan mcm yg ada sekarang je WZWH!

Anonymous said...

Wan,

UMNO tak perlu takut dgn Tsunami Cina sebab paling tinggi mereka boleh menang cuma 48 kerusi Parlimen dan tidaklah sampai menjatuhkan kerajaan BN. Yg UMNO perlu gementar ialah Tsunami Anak Muda Melayu dibandar...suara anak muda ini boleh menyebabkan Melayu UMNO kalah kpd Melayu PAS dan kerajaan BN boleh disingkirkan pada PRU14 nanti.

** Kehidupan anak muda Melayu terutama dibandar2 besar sangat tertekan. Dgn gaji RM2,500, tak usahkan nak beli rumah...nak menabung utk hantaran kawin pun tak mampu. Setelah ditolak PTPTN RM300, EPF RM250, Loan Kereta RM550, Sewa Bilik RM400, Pre Paid RM200, Minyak RM400, Makan RM500, Utiliti RM200, Runcit RM200, Hantar Ibu Bapa RM0, yg tinggal hanyalah habuk!!!

Snuze said...

Memang seharusnya UMNO kembali memandang kepada generasi muda, baik di bandar mahupun di luar bandar. Jangan asyik melaburkan masa dan wang untuk konsert dan aktiviti berunsurkan riadah. Mereka perlu diperkasakan daripada segi sosio-ekonomi dan pembangunan masyarakat.

ABUYA BOYOT said...

ITULAH,MASA ORANG SURUH BELAJAR MAIN-MAIN.DAH DAPAT KERJA COKIA.PAS TU SALAHKAN KERAJAAN.SALAHKAN DIRI SENDIRI,BARU BETUL.KEMUDIAN PERBAIKI DAN MAJUKAN DIRI SENDIRI.MACAM ANAK PENEROKA JUGOK,100%MINTAK KERAJAAN TANGGUNG!!!

Anonymous said...

Like Anon 11:14

Kalau dah maju dan cerdik jadi macam Kuantan, Temerloh dan Raub. ekkeehh...ekehhh....

Anonymous said...

selagi pemimpin umno tamak selagi itu lah dia org tak berkesah nak memajukan org muda dari segi ekonomi jgn buat pedooh lah,cakap je nak tumpu ke org muda,taik kucing la... aku asal org totok umno aku tau la,kita sama2 tengok kalau x percaya,dulu2 pun begitu la bercakapnye,habuk pun taraaaak.aku bercakap ada fakta ada bukti,ada dalil poraaah la lu.

Anonymous said...

kabenat baru najib jerantut dapat ape ye?bagi can la jd menteri org asli hahaha

Anonymous said...

Najib dah tahu, semua pemimpin Pahang di Jerantut berada di lubuk emas angsa emas telor pun emas. Najib bukan tak tahu, ada ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda bahagian, exco pemuda Malaysia. YB Dato KJ dah pun diumumkan sebagai Menteri penuh berkaitan dengan belia. Senyum simpul "loreh" mulut sampai ke telingalah jawabnya. Yahoo, iyew...

Anonymous said...

Like Anon 11:14
Pastikan kawasan2 pendalaman mempertahan struktur pendalaman minda mereka. Kalau mereka mula mengambil langkah meng-urbanisasikan Jantut jawabnya padahlah UMNO. Tentu mereka mula berubah dan tidak lagi menyokong UMNO. Lebih baik org Jantut jadi org Jantut, jangan jadi macam org Kuantan, Temerloh dan Raub.

Anonymous said...

Setelah habis misi mengondolkan kawasan balak termasuk kawasan tadahan hujan. Projek dicadangkan dalam tempoh tertentu dahulu iaitu projek herba yang dikatakan tak jadi bolehlah digantikan dengan projek "Lynas II" Jerantut. Apa ada setuju ke. Cuba beri pendapat sikit...

Anonymous said...

prjek lynas II?boleh saja,tp pru 14 jrtut jd mcm kuantan tmloh n raub tentuuuuuuu..

Anonymous said...

Jerantut mahu projek loji nuklear baru berbaloi...

Anonymous said...

anon2 di atas tu cakap pakai otak pala lutut.negatif thinking!

Anonymous said...

Anon May 15, 2013 at 4:09 PM

Pandai nak mengata orang taik Kucing...apakata Lu ni otak palat.... mungkin Lu tak tahu. Dengarlah apa Abuya Boyot kata, diberi kemudahan belajar tapi main main...dah bahlol nak salahkan pemimpin Umno. Apa dia to yang Umno itu tamak?

Hey otak palat, lebih tujuh puluh peratus muda Melayu tidak sampai ketingkatan pendidikan tinggi. Berbilang pusat bimbingan kerjaya telah  disediakan oleh Kerajaan BN dan swasta sebagai peluang kedua untuk memantabkan kemahiran mereka tapi malangnya muda Melayu malas menerokainya. Oleh sedemikian Lu juga masih nak salahkan Umno.

Lu tahu tak, Umno ialah sebuah parti politik bukan agensi pertanggungan terhadap pengangguran.

Umno masih menerajui BN dan  selama lebih 55 tahun BN mentadbir kerajaan Malaysia, pertadbiran BN telah menyadiakan keseluruhan prasarana untuk Negara ini melangkah  kearah Negara maju.  Pasarana ini perlu diisikan dengan sumber manusia yang mahir tetapi muda Melayu tidak peka dan tidak ambil peluang yang dirangkakan, mungkin tidak dapat perhatian atau  tidak dapat didikan mengikut aluan dan acuwan pasarana pembangunan. Tapi tidak sekali kerana pemimpin  umno itu tamak.

Lu tak nampak dan terasa Ke?  Dulu Lu saorang ahli Umno Totok dan kini tiada lagi dalam Umno. Lu sedar tak, Umno sangat bernasib baik kerana orang seperti Lu sudah keluar dari Umno awal awal lagi . Tetapi orang seperti Mat Taib dan Kadiak yang telah balun duit rakyat caw caw masa mereka dalam Umno, bertahun lambat pula mereka hendak ambil keputusan untuk keluar dari Umno. Mereka ini yang telah mengotorkan nama baik Umno. Nasib baik Anwar disingkirkan keluar. Jikalau tidak, nama baik Umno akan tercemar lagi dan diganyang lebih buruk. 

Yang anihnya, kini mereka sudah keluar dari Umno dan telah dapat penerimaan dan sambutan perwira musang berbulu ayam dalam kumpulan musang berjangut,  berani megah berbaris dihadapan membalun Umno bertalu-talu dari pentas yang sama dulu mereka balun habis habisan. 

Lu kata Lu bercakap ada fakta.... Fakta apa?..... Hanya Lu berumah dibawah tempurong dalam alam samaran dan Lu sebagai contuh utama yang mana daya otak Lu telah tertimpa oleh kecewaan.

Sebagai saorang Umno Totok, dia alami, mengatahui dan menhayati betapa rahmatnya Artikal 3 dalam Pelambagaan Umno. Oleh demikian saorang itu 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' ia akan tetap dan kekal bersama Umno. Sebaliknya, sudah pasti dalam hubungan kata-kata ini Lu bukan saorang  Umno Totok tapi Gua kira Lu saorang Goblok Totok semasa Lu dalam Umno dulu dan terkini. Poraaah la lu!!!

Anonymous said...

Senyum nengok kelakor org jerantut ni... Nasib kawan org Kuantan... He he he.

Anonymous said...

WZWH pasti kuciwa org Jtut tak pegang jwtn dalam kabinet.. ingatkan dgn kekalahan pudin di Tloh, kuota tu dapat kat Jtut, tp sayang, Maran yang ambik.... tak patutkan WZWH?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon WZWH dah tahu lama...jawatan kabinet dan exco tidak dapat ke Jerantut. WZWH tidak kecewa malam ini WZWH akan buat posting komen pasal itu. Tahniah kepada Maran dan lain-lain yang dapat Menteri, Timbalan Menteri dan EXCO.

Anonymous said...

Bete sangat cakak dii ni ghodong....
Kas sokong 300%

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Akujanji lebih baik dari menifesto?????
Mabuk darat punya statement....

Anonymous said...

anon 7.21a.m kelakor awk ni,pnjang betul hujahan,kahkahkah,patutla org pggil macai,memang macai dia tertutp hati dah,baru cikit,mesti dapat rm 100 masa ngundi aritu kan,kihkihkiih

Anonymous said...

macai bkn sebarang macai, macai bukan 100 inggit,macai projek 3 billion hidro eltrik sg tekai,jd atau x jd x tau la tp balak dah sapu bersih 20 ribu ekar hutan dara,sapu la selagi mampu demeh...tp ingat...

Anonymous said...

kuat betul fitnah awok ni.buatlah sesuka hati awok...tp ingat...

Anonymous said...

Macai tu taklah cakap bohong sangat pergi tanya kat orang asal di sg tekai, mereka jawab usahkan nak cari "kayu gaharu" nak ubi waw dan ubi "takok" pun susah. Apatahlag nak cari binatang perburuan, yang mereka jumpa "binatang buas" yang terus mengancam kehidupan seharian memang sering berkumandang kedengaran namanya.

Anonymous said...

sedakla demeh balok dah makan berjuta masuk poket
jadi pemimpin tapi masuk perut sendiri
satu untuk kauuuu
3 bilion untuk akuuu

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024