Thursday, May 23, 2013

Dari Chin Peng hingga Anwar Ibrahim : Anarki Tidak Boleh Mengulingkan Kerajaan...


Ahli politik kalau mahu bentuk kerajaan di Malaysia berpolitik melalui parti bertanding dalam PRU. Parti yang menang banyak kerusi parlimen membentuk kerajaan.

Bila ahli politik tidak boleh menerima kenyataan dan mahu menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat, mahu guling kerajaan itu dengan mengadakan perhimpunan haram dan politik jalanan itu dianggap anarki.

Anarkis ini mahu buat kacau bilau, tidak menghormati undang-undang mahu buat huru hara dan mengajak puak urban chauvinism menumbangkan kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat melalui PRU.

Sejak Perang Dunia ke 2 (1941-1945) dan darurat (1948-60) seorang ahli politik paling berkarisma , komited dan digeruni Chin Peng pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) telah berusaha keras mahu memerintah Malaya.

Chin Peng mempunyai kelebihan jika dibandingkan ahli politik sezamannya. Chin Peng punya organisasi yang berdisiplin beribu anggota, lengkap dilatih perang gerila dan cukup senjata oleh British, dan mendapat sokongan dan dana dari Beijing.

Ketika orang Melayu majoriti tinggal dikampung, intelektual Melayu hanya guru-guru, dan landlord  serta  feudal Melayu.

Chin Peng berupaya mendapat sokongan majoriti orang Cina kerana ideologi komunis yang menarik 'pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama'-seorang sosialis.

Chin Peng juga berupaya menarik orang Melayu yang berpengaruh dalam kepimpinan PKM seperti Rasyid Maidin dan Abdullah CD.

Chin Peng juga percaya kepada penyertaan demokrasi oleh PKM. Tetapi oleh kerana PKM sendiri ada masalah dalaman, ada pengkhianat dari pemimpin atasan yang bukan sahaja menyebabkan ramai comrade terkorban dan melarikan wang parti berjuta.

Ditambah dengan kelicikan dan kepintaran British dan menggalakan orang Melayu melalui UMNO dengan kerjasama parti lain-lain kaum mahu kemerdekaan membuatkan Chin Peng tertekan dan terpaksa resort kepada anarkis. Walau sebelum itu PKM dibantu British berjaya menghuruharakan pendudukan Jepun di Malaya.

Akhirnya Chin Peng gagal tetapi berjaya buat British baik di KL dan London sakit kepala. Namun Chin Peng gagal mengulingkan kerajaan dan memerintah Malaya.

Sekarang 2013...Malaysia ada pemimpin yang hebat Anwar Ibrahim pemimpin anugerah tuhan yang boleh buat PKR, PAS dan DAP percaya kepada misi dan visi beliau.

Hebatnya Anwar Ibrahim boleh buat majoriti orang Cina percaya kepada beliau melalui DAP.

Hebatnya Anwar Ibrahim boleh buat orang urban yang intelek percaya kepada beliau melalui PKR.

Hebatnya Anwar Ibrahim boleh buat orang agama @ ulamak percaya kepada beliau melalui PAS.

Hebatnya Anwar  Ibrahim sebelum itu boleh buat orang Yahudi dan orang Arab lebih mempercayai beliau dari Mahathir hingga tenggelam lama cuma akhir-akhir ini orang Arab baru sedar bahawa Mahathir adalah jauhar (permata).

Hebatnya Anwar Ibrahim bahawa beliau lebih percaya beliau lebih cerdik pemikiran dan berpengaruh dari DS Najib.

DS Najib yang baik dan lurus bendul memujuk orang India, lebih memujuk orang Cina hingga orang Melayu sendiri cemburu dan merasa tidak selesa.

Betul keputusan PRU 13, tsunami orang Cina berlaku diseluruh negara, urban chauvinism menyokong Pakatan Rakyat, tapi tidak berjaya menumbangkan kerajaan BN.

The power of rural people-politik orang kampung yang menyelamatkan kerajaan BN.

Politik orang kampung yang memenangkan DS Najib dan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim tidak boleh menerima kekalahan kepada politik orang kampung lalu beliau mengadakan perhimpunan haram dan mahu urban chauvinism yang majoriti terdiri dari anak-anak muda Cina menyokong di jalanan.

Anwar mahu mengulingkan kerajaan BN yang sah dari keputusan PRU 13 melalui cara 'Arab Spring'.

Chin Peng telah mengunakan kaedah-kaedah anarkis yang lebih teroris tidak berjaya mengulingkan kerajaan.

Apa Anwar Ibrahim tidak belajar dari Chin Peng?

Dari Chin Peng hingga ke Anwar Ibrahim faktanya anarki tidak boleh mengulingkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat di Malaysia yang berdaulat.

6 comments:

Anonymous said...

dah tangkap se se,pas ni sapa lak menyusul.aku amat sgt bersetuju,

Anonymous said...

setuju...

Anonymous said...

zaman sekarang tak boleh main tangkap tangkap saja. Kalau nak tangkap, tangkap secara adil. bukan tangkap sebab orang itu tidak sefahaman politik dgn kita. nanti Malaysia jadi paria di mata dunia yg bertamadun.

sri hartamas

Anonymous said...

polis tangkap tentu ada bukti lengkap.awok curi ayam,tentu polis tangkap awok.

ini bukan soal politik.salah tetap tangkap kerana langgar undang2.

mahkamah akan tentukan bersalah atau tidak berdasarkan saksi dan bukti.

Blues said...

Ironinya,
- org kampung yg 'kurang berpelajaran' tidak mudah tertipu
- org bandar yg 'berpelajaran' mudah tertipu...

Mungkin perlu mendefinisikan balik ungkapan 'berpelajaran' itu sendiri?

Anonymous said...

kerajaan memang sah,tapi lampu padam yang x sah banggang,banyak la perkara nye,akan di bawa ke icj untuk rakyat malaysia puas hati,kalau x sampai kemampus la aku x puas hati.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024