Bandar Jerantut ibu negeri baru Pahang.
Keputusan PRU 12 jelas parlimen Kuantan dan parlimen Indera mahkota serta DUN Beserah tumbang kepada pembangkang.
Keputusan PRU 13 lagi jelas dan terang bahawa dengan kalah lagi parlimen Kuantan dan parlimen Indera Mahkota berserta DUN Teruntum, DUN Tanjong Lumpur, DUN Beserah dan DUN Semambu, majoriti pengundi sekitar Kuantan ibu negeri dan ibu kota Pahang tidak mahu berkerajaankan BN baik peringkat negeri dan Putrajaya.
WZWH percaya keputusan PRU 14 nanti pun sama saja dengan PRU 13. Mesej sangat bold.
Kuantan sebagai imej ibu negeri Pahang perlu dibersihkan. BN yang memerintah dan mentadbir Putrajaya dan negeri Pahang perlu belajar dari kerajaan lama Melayu dulu-dulu.
Bila berlaku pemberontakan dan serangan musuh bertalu-talu maka Sultan Melayu biasanya memindahkan pusat pemerintahan dan pentadbiran.
Buat apa kerajaan BN hidung tak mancung pipi tersorong-torong mahu mengekalkan Kuantan sebagai ibu negeri Pahang. Buat apa kerajaan mahu memakmurkan Kuantan yang rakyatnya tidak mahu berkerajaankan BN.
Pindahkan ibu negeri Pahang dari Kuantan ke Jerantut.
Pindahkan semua pentadbiran negeri dan persekutuan ke Jerantut.
Pindahkan semua perancangan pembangunan infrastruktur yang mega di Kuantan ke Jerantut.
Pindahkan Istana Sultan Pahang di Kuantan ke Jerantut. Bina Istana Sultan Pahang yang lebih grand di Jerantut.
Cuma kekalkan Pelabuhan Kuantan dan kawasan perindustrian di sekitar. Bina banyak lagi kilang yang seumpama Lynas di sekitar Kuantan.
Kenapa mahu pilih Jerantut sebagai ibu negeri Pahang?
Dulu pun zaman British, pentadbir dan penasihat ekonomi Inggeris sudah ada niat dan cadangan mahu jadikan Jerantut ibu negeri Pahang.
Bandar Kuantan akan menjadi bandar mati bila Jerantut mengambilalih menjadi Jerantut bandar transit dan sentral.
Bandar Jerantut menjadi bandar transit dan sentral dengan kedudukan daerah Jerantut menjadi "ditengah-tengah Pahang".
Kelebihan Daerah Jerantut yang merupakan yang terbesar dalam Pahang dengan keluasaan tanahnya membolehkan beberapa projek-projek infrastruktur bertaraf negeri boleh dibina di Jerantut.
Kuantan sudah terhad guna tanahnya. Ahli politik Jerantut perlu tarik segala projek-projek infrastruktur bertaraf negeri ke Jerantut samada melibatkan perancangan Kementerian, Institusi, Universiti, GLC dan swasta.
Projek Jalan Sg Lembing- Jerantut yang diluluskan oleh Kementerian Luar Bandar bernilai RM650 juta banyak memberi manfaat kepada Jerantut.
Ditambah pula Projek Jalan Ulu Tembeling bernilai RM460 juta dan bila disambung ke Kg Pasir Raja, Terengganu tambah lagi kos RM400 juta akan menghubungkan bandar-bandar di Terengganu.
Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Ulu Tembeling-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur.
Secara tak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.
Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut.
Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga ini akan menjadi kenyataan.
Projek-projek infrastruktur yang besar-besar untuk Kuantan itu perlu dihantar ke Jerantut, Maran , Kuala Lipis dan Kuala Krau.
Untuk menaiktaraf Jerantut sebagai ibu negeri Pahang, maka DS Najib perlu peruntukkan RM10 bilion ke RM15 bilion membina Jerantut ibu negeri Pahang.
Jerantut daerah yang paling besar dalam Pahang, 6 kali Singapura ada banyak tanah lagi.
Pindahkan Ibu negeri Pahang dari Kuantan ke Jerantut.
38 comments:
Kah kah kah.... tak salah bermimpi WZWH!! Terus kekalkan Kuantan sebagai ibu negeri, tawan semula hati rakyat, banyakkan pembangunan di kawasan yang kalah agar rakyat kembali menyokong BN. Perbanyakkan projek mega di bandar2 besar seperti di Kuantan dan Temerloh. Jerantut biar kekalkan sebegitu kerana ianya fixed deposit BN, tak maju macam sekarang pun tetap sokong BN... bimbang gak bila dah maju nanti berpaling tadah macam Kuantan dan Temerloh. Yang penting sekarang, ambil hati semula pengundi agar kembali ke BN. Fokus di dua bandar utama iaitu Kuantan (termasuk Indera Mahkota) dan Temerloh. Limpahkan lagi projek di dua kawasan ini, itu yang terbaik. Penduduk Jerantut tetap setia, kekalkan tradisi bandar Jerantut seperti sedia ada.
Bagus csdangan. Ni,tapi sayang tanah dah pun dijual sejak 30tahun lalu..
Itupun yg dah dijual. Namun yg dirompak belum diambil kira lagi. Lihat shj berapa ramai lagi muda mudi belia yg masih tidak mempunyai tempat untuk berteduh di hari tua. Warga emas termasuk kakiktangan awam yang mula berpencen masih terkial2 mendapat sedikit tapak rumah dan untuk bercucuk tanam. Lainlah mereka yang sudah mendiami kawasan ini sejak awal2 lagi, itu pun masih lagi ada yang dinafikan. Pernah dinyatakan permohonan tanah individu seluas tiga empat ekar dikatakan tidak ekonomi, cukup2lah memohon tanah kerana tanah di kawasan Kuala Tahan Kg Pagi Kuala Sat membawa ke hilir itu kawasan pelancongan semua dikatakan projek kerajaan.
Apa kata buat 2 ibu negeri. Satu Kuantan dan satu lagi Jerantut. Nanti kalu perlu kita tambah lagi kat Pekan ke, Temerluh ke..sorry tak boleh tu kawasan pembangkang. Atau mungkin boleh buat satu lagi kat Rompin. Kah..kah
WZWH lepas minum air ketum ke atau air kencing ?
Tak payah la cadangkan Jerantut sebagai ibu negeri nanti dah maju sokong pembangkang pulak kerana kawsan maju adalah terdiri orang2 yg cerdik. Biarkan Jerantut macam nie senang ditipu oleh BN sepanjang hayat.............
Jadikan jerantut bandar Ilmu
Lagi baik
ha3 senang kroni2 wan zuri bahan projek mega nanti kan,untung la dema,ikut suka je,tp bgus juga kan biar pr tawan masa dah membngun nanti,cukup2la bahan duti rakyat,igt dosa cikit
syabas, wz.
cuma jerantut ni ada kurang sikit.
banyak puak lapor segala-gala.
Buat post mortem,kerajaan perlu cari jalan mcmana nak tackle pengundi MUDA,org CINA Dan INDIA di sekitar Kuantan,golongan ini bnyk mempengaruhi perubahan masa PRU 13. pihak PBT(mpk)juga perlu jadi lebih mesra rakyat kerana salah satu sebab keputusan pru dipengaruhi golongan peniaga disekitar bandar kuantan,Apa2 rancangan atau program jgn terlalu membebankan mereka.INGAT undang2 boleh diubah,yg takboleh ubah hanya AL QURAN.kami peringkat umur pertengahan keatas,golongan berpendapatan rendah,sederhana yg tinggal disekitar parlimen kuantan dan yg tinggal di tanah rancangan masih berdiri MENYOKONG kepimpinan PM.
PRU 14 nanti kalau Jerantut jatuh ketangan bukan BN, nak pindah kemana pula ibu negeri Pahang? Lebih parah lagi kalau Pahang dimenangi oleh bukan BN adakah ibu negeri Pahang akan ditumpangkan kat Mekaka ke? Wan Zurik, cara awak befikir terlalu lemah, terlalu UMNo. pendekatan menghukum dan tidak berupaya menghormati pilihan majoriti semata2 kerana tidak sama dengan kehendak awak walaupun kehendak awak adalah kehendak minoriti. Beralihlah kpd pendekatan inclusive dan menghormati pilihan rakyat serta memahami kenapa Kuantan tak mahu BN. Bite the bullet bukan lari dari masaalah.
cadangan
yang cukup baik. lagi baik sudah tiba masanya kawasan fixed deposit Bn
diberi penganugerahan yg setimpal. Harap wan akan dilantik bendahara
jerantut yg pertama. Kalau tidak kami sabotaj.
Bagus cadangan wz. Bila jadi bandar besar jerantut sah dapat kat pakatan rakyat. Umno hanya menang kat kg je wan, realiti tu.
I do not know whether it's just me or if everybody else encountering problems with your site. It appears as if some of the text on your posts are running off the screen. Can someone else please provide feedback and let me know if this is happening to them too? This might be a problem with my web browser because I've had this happen before.
Thank you
Check out my homepage: http://2009.desurasur.org/node...
desurasur, you fishing?
Bagus gak cadangan ni...tp kne pastikan yg bandar jerantut dikuasai oleh melayu2 pro BN... Jgn main sebat je... Kedai Cina hendaklah dipastikan tidak melebihi kedai melayu...jgn benarkan org2 kelantan yg hidup berpuak2 tu membina penempatan di jerantut... Bg peluang kpd anak2 phg yg pro BN mengusai bndr jerantut...bkn kroni ye.. Buat penempatan semula utk org2 melayu phg melebihi kaum cina di bndr...biar dikatakan racis n sebagainya tp kuasa memerintah mesti dimanipulasi sepenuhnya ketika masih berkuasa..
bagus cadangan ini,tapi kat jerantut ramai sangat kaki komen yang bangang.
sebelum pilihan raya kaki komen bangang sentiasa menang tapi kalah juga pilihan raya.lepas kalah lagi bangang asyik memburukkan orang.sedangkan diri sendiri lagi teruk sebab bangang!
Selepas Jerantut dijadikan Ibu Negeri elok ia ditukar nama kpd Bandar TS Lim Ah Cap....
Kemudian apabila Pahang kalah kpd PR, kerusi yg BN menang cuma Tahan maka dgn persetujuan Tuanku pindah pulak Ibu Negeri ke Kuala Tembeling. Kah5X.
ANON BODOH!!!INILAH ANTARA KAKI KOMEN BANGANG YANG MEMANG BANGANG.SEBAB ITU PR TAK AKAN MENANG SAMPAI BILA2 KERANA HANYA DI UNDI OLEH KAKI BANGANG!!!
Kikiki...melompat la dompok dgn hj nazri...senang nak merembat projek n tanah kat jerantut...selagi ada 2 ekor ni tak payah la jgn kan pembangkang org umno pun mkn pasir...
betul kata anon 2.07 pm ni,ahli umno je terhegeh2 tunjuk kuat berkempen sana sini,,yang sapu projek besar dompok dgn hj nazri je,kalau pembangkang x usah kabola,simpan niat jela,napa orang umno kurang bijak menilai,mana yg baik dan mana yang buruk,pakatan dah buat manifesto yang terbaik tp macai kampung memang otak dah tersumbat,masih lg nak ikut cara mngampu wakil rakyat,nabi kita suruh taknak plk buat,sedih tgk org melayu masih tak nmpak keburukan umno bn,dulu saya betul2 kuat mnyokong bn tp skrg tidak lg,menang pru ni pun banyak yang menipu,bygkan awk wan dosa awk tanggung kalau merasuah rakyat,konon duit pengundi luar,rasuah tetap rasuah,dosa tetap dosa,tak perlu la org umno nak menidakkan ini semua,tp yang paling bodoh orang kampung bila dapat 50ringgitbtrus nak undi bn,tgk pengundi bandar dah celik
saya sokong Anon May 12, 2013 at 11:19 PM
Koi Sokong LYNAS pindah ke Jerantet
dosa jenayah akidah lagi besar.dosa balun bini orang lagi besar.dosa jual agama lagi besar.
orang yang taksub akan memuja-muja pemimpinnya sampai tahap mendewa-dewakan pemimpin.ini merosakkan akidah.
orang taksub tak cium bau syurga!
Betul2 annon 12:58AM macam org UMNO taksub dgn Tun Mahathir!!!
pas taksub kat nik aziz lagi teruk.selipar orang tua tu pun jadi pujaan sampai rebus dan minum air rebusan selipar nik aziz.gila punya taksubnya.
nik aziz sampai jadi berhala hidup dibuatnya.nik aziz tak suruh pun tapi pengikut bodoh piang ni terlampau taksub sampai angkat jadi nabi baru.tak cium bau syurga pengikut pas yang taksub begini!
Pindahkan ibu negeri Pahang dari Kuantan ke Jerantut ???
Pindahkan semua pentadbiran negeri dan persekutuan ke Jerantut ???
Pindahkan semua perancangan pembangunan infrastruktur yang mega di Kuantan ke Jerantut???
Pindahkan Istana Sultan Pahang di Kuantan ke Jerantut. Bina Istana Sultan Pahang yang lebih grand di Jerantut???
Cuma kekalkan Pelabuhan Kuantan dan kawasan perindustrian di sekitar???
OK LA SBB JERANTUT ADA SUNGAI JEK
Bina banyak lagi kilang yang seumpama Lynas di sekitar Kuantan???
AI..BAKPE TAK BINA 10 KILANG LYNAS KAT JERANTUT?? BN KAN SUKA LYNAS???
HAHAHA..
jerantut ni zaman dahulukalanya adalah di bawah penguasaan kerajaan cik siti wan kembang, penduduknya pada zaman itu rata-rata ialah bangsa siam; siam-melayu dan melayu, selain pribumi. tak lama kemudian barulah datang orang rawa, orang bilah panir, orang acheh, orang pagar ruyung ke bumi jerantut ini, dek kerana hebatnya orang-orang yang datang dari sumatera ini maka mereka dapat menyingkirkan tiga puak yang awal tadi, namun tidak semua dapat disingkirkan, kesannya masih dapat dilihat pada hari ini di mana mereka hidup secara berpuak-puak di banyak kampung di jerantut ini
"jerantut ni zaman dahulukalanya adalah di bawah penguasaan kerajaan cik siti wan kembang. penduduknya pada zaman itu rata-rata ialah bangsa siam; siam-melayu dan melayu, selain pribumi."
iye ke pahang bawah kerajaan cik siti wan kembang? cik siti wan kembang memerintah hulu kelantan. takde pula dengar cik siti wan kembang memerintah hulu kelantan dan hulu pahang. dulu pahang dan kelantan pernah ditakluk oleh siam, negarakota nakhon si thammarat (melayu segenting kra). ketika itu pahang diperintah wakil siam, maharaja dewa sura. jadi tak hairan melayu tulen ada kat pahang. tak kisahlah suku kaum melayu mana duduk kat pahang ni. dah lahir kat pahang. jangan bangsa cha ya nun alif yang ramai sudah.
http://en.wikipedia.org/wiki/Nakhon_Si_Thammarat_Province
ayoh kito lahir pehe, kito lahir pehe, pehe negeri kito, pah lamo koho rama sep kito, kito hok ore pehe sngotinyo
orang kelantan ni saja je konon kuat pas, cuba andaikata jawatan perdana menteri tu dapat ke orang umno kelantan, habis pakat menyokong umno belakalah orang kelantan ni, dengan nik aziz sekali agaknya menyokong umno, bapaklah asabiahnya geng ni
yolah.. keno la bersyukur lahir kat pehe ni..
tak payahlah nak kutuk2. buang yang keruh ambil yang jernih. mudah-mudahan pas tak ikut telunjuk dap. dan harap2 penyokong2 taksub pr tak termakan fitnah dap (red bean army).
Bila dah kalah debat pasal kerajaan bn seleweng diaorang spin dap pulak nak memerintah,betul2 dangkal otak macai umno ni,patutla rakyat dah ramai tolak bn,makin lama makin nampak,kalau takde yang bodoh yang dibeli dgn bn memang dah lma bn ni jatuh,tp allah bg peluang lagi untuk pemimpin2 dan penyokong bn untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,tula sebab allah bagi lagi peluang
orang yang hati hitam macam blackout je yang sokong dap KOMUNIS tu.. haha.. kesian. siapa dap, pap.. bacalah sejarah dua parti tu.. ada berlambak ada kat internet.. apa ke bodoh spr dan bn nak burukkan nama diorang lagi dengan blackout.. sama macam isu bangla.. pendatang (si sepet) tuduh pendatang (bangla).. saja je nak burukkan spr dan bn.. macai2 pr ni sanggup buat apa saja sampai bn dan spr terkantoi. padahal tu keje macai2 pr terutama red bean army.. kalu si sepet cakap ko pendatang pun ko angguk2.. kesian si hati hitam kena perbodoh dengan pendatang..
Anon May 16, 2013 at 7:28 AM, kes zina dalam kereta api dgn bini orang, Nik Aziz kata tak perlu ambil tindakan sebab Allah dah ampunkan dosa pelaku, mungkin Allah belum beri kemenangan pada Nik Aziz sebab pandai-pandai ampunkan pelaku zina tu, jangan sebarangan menuduh Umno tidak Islam kerana dalam Pas pun sama
kerajaan Pahang dah keluar bajet RM400 juta untuk pembinaan bangunan baru di kota SAS untuk pusat tadbiran baru Pahang,,,tak mungkin ibu negeri Pahang pindah dari Kuantan,,,,,
Kota sas tu kt kuantan...bukan jerantut....
pada pendapat saya tidak perlulah memindahkan ibu negeri pahang yang sedia ada ke temerloh atau jerantut. Ada ura yang mengatakan jika kuantan jadi bandaraya, ibu negeri pahang akan berpindah ke temerloh dan kuantan menjadi wilayah persekutuan. Bagi saya kenapa perlu kita "let go" kuantan kepada wilayah persekutuan. kita akan kehilangan daerah termaju di pahang dan banyak sumber ekonomi pahang di sana. kita akan kehilangan kuantan sebagaimana selangor hilang kuala lumpur. lagi satu, kos perpindahan pejabat2 kerajaan seperti jabatan kastam negeri, ibu pejabat polis negeri, imigeren dan banyak lagi jabatan2 kerajaan ke tempat lain sangat tinggi. saya cadangkan tingkatkan sistem jaringan yang sedia ada seperti projek jalan jerantut sungai lembing, jalan jerantut maran, jalan jerantut benta, jerantut kuala lipis dan semua sistem jaringan yang sedia ada bagi meningkatkan accessibility dari bandar ke bandar. akhir sekali, peruntukan yang besar diperlukan bagi memperbesarkan bandar2 di pahang yang sedia ada. At least satu daerah satu mall.
Post a Comment