Friday, May 10, 2013

Selepas 55 Tahun UMNO Perlu Melabelkan Negara Islam...Jika Gabungan Lebih 2/3...Kenapa PAS Mesti Menyokong?


55 tahun UMNO melalui BN memerintah negara ini. 55 tahun juga PAS menuntut negara Islam.

Apa definasi negara Islam? Tidak mampu ahli-ahli politik semua menjelaskannya dengan mudah. Walau ulamak muktabar dunia mengaku dan mengiktiraf Malaysia sebenarnya negara Islam.

PM-PM yang terdahulu...tahu bahawa Malaysia ini sebenarnya adalah negara Islam tapi sengaja tidak mahu melabelkannya kerana bagi PM-PM terdahulu lebih mementingkan pengisian-pengisian ciri-ciri negara Islam.

Apa yang PM-PM terdahulu buat itu betul menjadikan Malaysia seperti apa yang ada hari ini.

Jika gabungan ahli parlimen Islam diantara Kerajaan dan Pembangkang atau lebih tepat lagi di antara UMNO dan PAS boleh melepasi kuasa 2/3 sila klik sini, maka :

Kenapa tidak selepas 55 tahun UMNO perlu melabelkan Malaysia negara Islam jika gabungan ini boleh mendapat kuasa 2/3?

Kenapa PAS mesti menyokong kalau peluang sudah ada....Apa definasi negara Islam PAS?

Dalam Pakatan Rakyat, PAS dilihat boleh modifikasi definasi dari negara Islam kepada negara kebajikan.

UMNO boleh melabelkan Malaysia ini adalah negara Islam mengikut definasi yang PAS mahu.

Apa kata TG Nik Aziz yang sudah tidak berjawatan MB Kelantan dan mungkin tidak lagi memegang jawatan Mursidul Am PAS?

Apa kata Haji Hadi Awang dan kepimpinan PAS yang ada?

22 comments:

Anonymous said...

sekira nya ada cadagan serius dengan pusat islam terajui jawatan kuasa pemandu berbincang secara resmi dengan pas tanpa agenda tersirat ini adalah masa terbaik membentuk negara islam..

Anonymous said...

Negara Islam itu berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Buat lah apa pun tetapijangan sesekali melangkaui Al-Quran dan Sunnah. UMNO pada hari ini dilihat tidak memenuhi ciri-ciri tersebut ie aurat dan penganjuran konsert.

Berubahlah mengikut Al-Quran dan Sunnah, in syaa Allah, PAS aka bersetuju dgn kamu.

Anonymous said...


kita teruskan apa yang ada
umno cara umno
pas cara pas

selagi umno membantu golongan susah dia aku sokong

Anonymous said...

umno tak menolong menda,jgn pedooh sgt la,geran org pun x bg tau2 orang cantas

Anonymous said...

This website was... how do I say it? Relevant!! Finally I've found something which helped me. Appreciate it!

Also visit my blog - frighttales.com/?p=18285

Anonymous said...

Aku rasa UMNO lebih banusk meperkadaksn Islam dari Pas didalam masyakat majmuk Malaysia.Azan baru dilaungksn.Jom sembahyang.Aku tetap berda mu UMNO.Kai cara kau, aku cara ku.Kedusnya hanya parti politik.Aku tak mahu kena ludah.

Dino.

Anonymous said...

Negara islam tiada lesen magnum dan toto.

Anonymous said...

Wan,

M'sia negara Islam dan UMNO nak istiharkan M'sia negara Islam!!???

Jika merujuk kepada pandangan ulama silam tentang konsep negara Islam, mereka sebenarnya bersetuju dengan satu prinsip utama iaitu: undang-undang Islam dominan di dalamnya. Apa yang menjadi perselisihan di kalangan mereka ialah untuk menentukan bagaimanakan negara Islam boleh bertukar statusnya kepada kafir. Sebab itu sepatutnya disedari bahawa asas teori negara Islam adalah terletak pada aspek kedaulatan Islam dalam sebuah negara kerana asas ini lah yang menjadi paksi negara Islam pertama Madinah yang diterima oleh semua orang sebagai contoh utama. Model negara Madinah adalah contoh terbaik memandangkan model-model lain sudah mengalami perubahan yang menyebabkan sukar untuk mendapat kata sepakat daripada para ulama untuk menerimanya. Sebab itu pengukuran berdasarkan model asal tadi lebih selamat dalam menentukan asas sebenar bagi sebuah negara Islam.

Dari sini jelas menunjukkan bahawa walaupun ada ruang perbezaan di kalangan ulama silam dalam beberapa perkara berbangkit, namun begitu mereka bersetuju bahawa negara Islam adalah negara yang berasaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama dan tertinggi.

Pandangan Abu Yusuf dan Muhamad al-Syaibani memperkukuhkan hujah ini dgn menyebut: Negara Islam adalah negara yang zahir/dominan undang-undang islam di dalamnya. Sebab itu negara yang tidak melaksanakan undang-undang Islam adalah kafir, walaupun orang-orang islam tinggal di negara tersebut. Mereka menggunakan perkataan Zuhur Ahkam al-Islam fiha.

Jadi Wan, sebelum M'sia nak diistihar sebagai sebuah negara Islam elok perkara2 yg saya sebutkan diatas dilaksanakannya. Adalah UMNO berupaya melaksanakanya???

Mat Periba

Anonymous said...

Negara Islam....
Tapi tulisan jawi dimansuhkan..

Ketoyong pepalih Orang amno ni.
.
.

Anonymous said...

Manifesto PR pahang
tolong orang yang susah

manifesto BN pahang
tolong orang yang dah senang

apakah bn ingat semua rakyat pahang sudah kaya

Anonymous said...

Wzwh saya sekarang ni mengangur boleh tak saudara rekomen saya kerja area jerantut
please...

Anonymous said...

Harap saudara WZWH dapat bantu untuk pencerahan, sebagai warga pendidik adakah masih releven sekolah2 jenis vernikular untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum melalui pendidikan semenjak dari zaman kanak2. Tunggu posting WZWH berkaitan perkara ini. Harap dapat bincang.

Ir. Wang Somang

Anonymous said...

MAT PERIBA,
MALAYSIA TAK LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM KE?

JELASKAN DI SINI APA ITU UNDANG-UNDANG ISLAM.

DALAM KEPALA OTAK PASUNDANG-UNDANG ISLAM HANYA LAH HUDUD.SEDANGKAN HUDUD HANYALAH 0.001 % DRP UNDANG2 ISLAM.

UNTUK PENGETAHUAN MAT PERIBA KERAJAAN BANI UMAIYAH DAN ABASIYAH TAK LAKSANA PUN HUKUM HUDUD!

Anonymous said...

Ye ke awok ni anon 8 lebih?
Jgn terfitnah kata2 seniri...bale

Anonymous said...

Anon 8:51PM,

Melaksanakan HUDUD dgn megubal atau mengkanunkan hukum hudud adalah dua perkara yg berbeza. Tidak laksana hukum hudud bukan bermakna al Khelafah Bani Umaiyah atau Abbasyiah mahunpun Othmaniyah tidak mewartakan hukum hudud diwilayah Islam yg mereka kuasai. Ini anon kena faham dan kena banyak belajar!!!

Saya cuma nak tanya anon yg bistari, di M'sia sudahkah terkanun hukum hudud ini??. Apa yg saya tau, hanya dinegeri2 Kelantan dan Trengganu saja telah mengkanunkan hukum ini. Namun mereka gagal menguatkuasakan memandangan ada halangan diperingkat persekutan selain terdapat masalah2 teknikal yg perlu diperhalusi lagi.

Saya ingin bertanya lagi, adakah kesalahan berzina yg dikenakan hukuman denda RM2,000 itu berpadukan undang2 Islam? Sdr mungkin menjawabnya memang ia mengikut hukum Islam...ia dihukum mengikut hukum Ta'zir. Sdr, hukum ta'zir hanya diguna pakai setelah perbicaraan mendapati tidak boleh disabitkan dgn kesalahan hudud kerana ketiadaan saksi atau saksi2 yg meragukan. Tetapi bagaimana hendak dibicarakan menggunakan hukum hudud kalau hudud belum diwartakan...???

Sdr anon, memang benar hukum Islam bukan terbatas kpd hukum hudud semata2. Namun apakah M'sia meletakkan mahkamah syariah lebih tinggi atau setara berbanding mahkamah civil...adakah menahan tanpa bicara orang yg disyaki melakukan kemudaratan kpd "UMNO" melalui ISA suatu ketika dulu dikira mengikut hukum Islam...adakah istitusi kewangan diM'sia berpandukan 100% feq muamalat???


Mat Periba

aliya fauzana said...

mat periba kekasihku!

kanun hudud pas kelantan dan trengganu hanyalah sandiwara politik.kanun hudud pas dua negeri ni tak selari dengan hudud islam.

hudud pas membenarkan suami meliwat isteri.huduh pas tidak memasukkan hukum pasal enam iaitu hukum ghubah.

cuba abang ku sayanag baca anekmen hudud pas dari awal sampai akhir.

salam sayang buat aabangku mat periba.

Anonymous said...

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Anonymous said...

kerajaan islam pas kelantan mmg haramkan kedai toto dan magnum,tapi tokey2 no ekor haram berleluasa di kelantan smpai tak mampu nk di tangkap..adakah org islam pas tak tau perkara ini atau buat2 tak tau kerana ada diantara pemimpin islam pas yg terima imbuhan????sudah2 la..jadi menuduh org umno sebegitu hina,kerana tidak semua org umno spt g di perkatakan dan tidak semua org islam pas mengikut ajaran islam RASULULLAH SAW.YG TAKSUB SKRG ADALAH AJARAN ISLE PAS,NIZ AZIZ DAN HAJI HADI SHJ


ORGHE KELATE SOKONG UMNO

Anonymous said...

Harap-harap Pas terhindar dari apa yang disebut dalam hadis ini:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".



H.R Termizi

Anonymous said...

Orang UMNO banyak belajar Islam drp Dr Mahathir kerana Mahathir lebih faham Islam berbanding TGNA dan TGHA.

Dr Mahathir bukan saja seorang Dr malah beliau boleh menghafal dan mentafsir al Quran dan memahami banyak matan2 hadith dan bahasa Arab. Itu sebab bila Dr Mahathir huraikan bab Hudud maka org2 UMNO terlopong mulut mendengarnya malah percaya bahawa HUDUD yg di bawa PAS tidak berpandukan al Quran dan Hadith dan ia selalu diulng2 sebagai HUDUD PAS.

Saya nak nasihatkan kpd sahabat2 UMNO kalau nak belajar ilmu perubatan jangan pilih Mahatihir tetapi bergurulah dgn TGNA atau Ustaz Harun Taib..Boleh!!!

Ini jenis akal BONSAI...

Anonymous said...

Sdr anon 4.55AM,

Agaknya UMNO boleh terlepas ke dgn hadith riwayat Tarmizi diatas.

Apakah org UMNO tidak menggunakan sentimen agama untk meneruskan kelangsungan politiknya dan sentiasa berusaha utk menumbang sebuah gerakan Islam berdoktrin Ikhwan Muslim bernama PAS ini.

UMNO berdoktrin saafi ke atau apa???

Anonymous said...

orang umno fikir bila dudok dalam umno rezeki umno bg,pojek senang dapat,ugut anak2 klu mau jdbpenjawat awm umno blh tolong,sampai bila u mno nak ugut rakyat dema

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024