Saturday, May 11, 2013

PAS Masih Berpeluang Ke Putrajaya Walau Pakatan Rakyat Kalah PRU 13




PAS sudah kalah di Kedah...

Buat Tan Sri Azizan, WZWH doakan supaya cepat sembuh. Mohon maaf atas segala keterlanjuran jika ada.

Di Kelantan tiada lagi TG Nik Aziz Nik Mat. Husam Musa yang dahulunya disebut-sebut sebagai calon penggantinya sebagai MB Kelantan telah tercicir namanya...

Buat TG Nik Aziz, WZWH juga memohon maaf atas segala keterlanjuran. Selepas bersara sebagai MB semoga TG lebih tenang. Adalah lebih baik jika TG juga bersara daripada gelanggang politik yang penuh dengan kepalsuan dan tipu-daya. 

Pulau Pinang tidak ada satupun EXCO dari PAS...

Di Selangor pula jawatan MB, PAS tidak layak walau punyai kerusi DUN paling banyak...

Jika Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya jawatan PM pun bukan dari PAS.

Masih belum terlambat. Jika PAS menyertai BN hari ini, mungkin beberapa pemimpin PAS akan menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Mungkin Agenda memperjuangkan HUDUD mungkin lebih cerah!!!

18 comments:

Anonymous said...

Cis Kau Wan Zurik,

Pandai kau minta maaf, ye, jenis apa Guru ini?. Pencacai dan penjilat. Fikir lah dulu sebelum menulis, baik dan buruknya . apa kesan nya. Binawe punya budak. Jangan maafkan budak ini.

eheeek.....pui...pui....poh.

Anonymous said...

Wan,

Buang masa saja mempelawa PAS secara 'ajak2 ayam' utk join UMNO. Lebih baik dlm PAU nanti bawa saja usul untk bubar UMNO dan semua ahli UMNO masuk PAS. Apa salahnya....tebal muka sikit bukan berdosa pun. Lihat saja TS Zainuddin Maidin (ZAM), dgn rasa tak malu mempelawa DAP yg sebelumnya dia hina dgn ayat2 berapi..kafir harbi, komunis, anti Melayu, perkauman sempit dan macam2lagi utk join BN.

Sebelum nak join PAS, satu saja yg saya nak pesan...tabiat atau kelakuan buruk orng UMNO seperti gila kuasa dan gila projek kena hakis dulu dan kena ikut budaya org PAS yg bekerja tidak mengharapkan sagat duit ringgit dan pangkat...

Mat Periba

sheikh alimin said...

mat periba,

kau suruh bubar umno masuk pas.nampak sangat kau tak tau sejarah.

sejarah akan berulang.kalau 3.2 juta ahli umno masuk pas pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan pas.sudah pasti pemimpin umno akan menguasai pucuk pimpinan pas.dah sudah barang tentu pemimpin pas yang gagal dalam pemilihan pucuk pimpinan akan merajuk dan keluar parti tubuh parti baru,parti serpihan pas.

maka berulanglah sejarah tuan guru ahmad fuad keluar umno tubuh pas selepas gagal dalam pemilihan yang di pertua umno kepada tunku abdul rahman.

cadangan mat periba cadangan bodoh.pas yang patut bubar kerana dapat sikit kerusi.

yang sebenarnya umno tak perlu ajak pas bergabung.tanpa pas pun umno tetap boleh kekalkan kuasa kerana majoriti melayu meyakini kebolehan umno menjaga ketuanan melayu berbanding pas yang mudah menggadaikan prinsip demi menyembah dap.

Anonymous said...

Orang umno dah kecut telor belaka,hati dah gelap makan duit rakyat

Anonymous said...

Aku setuju bahawa PAS tidak perlu bergabung dgn UMNO kerana tanpa PAS, UMNO tetap boleh mendapat mandat memerintah negara.

Tetapi permasalahan yang dihadapi UMNO hari ini ialah tidak dapat majoriti lebih dari 2/3, satu masalah besar bagi UMNO yang majoritinya lebih kecil dari PRU12.

Masalah sekarang ini hanya dihadapi oleh UMNO, bukan PAS. PAS sudah terbiasa menjadi pembangkang dan mereka tak kesah sebab mereka tetap konsisten dengan perjuangan Al-Quran dan Sunnnah.

Jika UMNO mahu kekal seperti pendiriannya sekarang, untuk mendapatkan majoriti 2/3, adalah lebih baik dia bergabung dgn DAP.

UMNO mewakili kaum melayu dan berfahaman sekular.
DAP mewakili kaum Cina dan berfahaman sekular.
Parti komponen lain dalam BN juga mewakili kaum masing-masing dan berfahaman sekular.

Olehkerana, UMNO dan DAP mempunyai fahaman yang sama, maka adalah sesuai jika UMNO dapat bersatu dengan DAP dalam Barisan Nasional.

Sekian.

Kampong man said...

Salam Wan,

1.Biarkanlah masa menentukan.Pandangan saya konsistan saperti ustaz Nasharudin. Biarkanlah Pas memilih halatuju parti mereka.

2 Ramalan saya hampir tepat bahawa UMNO memperbaiki kerusi parlimen ke 88 kerusi hampir menyamai semua jumlah kerusi PR yang hanya 89 sahaja.DAP dengan 38 juga tepat tidak melebihi 40.Cuma kejayaan PKR ke 29 kerusi ( ramalaan saya 18 agak jauh dari kenyataan) tetapi masih menurun dari 31 dan lebih baik dari Pas yang juga menurun ke 21 kerusi.Di Jerantut pula kita semua sudah tahu memihak BN, alhamdulillah. Teruskan pembangunan.

3.Ada baiknya kita jaga UMNO dan bantu Najib meneruskan agenda Melayu dan Islam .Kita tidak boleh mengharapkan orang lain membantu rakyat majoriti keluar dari takuk kemiskinan.Peluang terbaik bagi Pas menerajui Selangor tetapi sayang mereka tidak punyai keyakinan memerintah negeri maju.Tidak hairan Kedah pun tumpas.Sepatutnya tidak.Azizan orang baik.Orang baik dan memerintah baik adalah dua perkara yang berbeza. Kedah ketinggalan lima tahun.Harap Mukriz dapat menaikan taraf orang kita Melayu di Kedah ini kali (Bukan INI KALILAH !).

4.Masa untuk berkempen sudah tamat dan ini kali adalah masa untuk menunaikan janji.Kita akan terus berkempen pula di PRU 14.Pahang tetap Pahang masih kubu kuat BN.Di tempat saya Melaka juga sama UMNO masih menjadi pilihan.

Pada apek apek yang berkumpul di Kelana Jaya jangan mudah tertipu dengan Anwar dan DAP.Hargai KESTABILAN dan KEHARMONIAN.Gracias

Anonymous said...

Umno dah lama partinya dah haram. Yg ada umno baru ciptaan madey. Pas kekal dari asal penubuhan. Wz kena tulis semula sejarah umno ni. Jgn jadi british yg dlm buku sejarah zaman kita budak dulu di label penderhaka dlm teks sejarah. Harap betulkan fakta umno dah lama mampus.

Anonymous said...

Anon 7.29,

Anon bodoh diatas masih mainkan isu baru dan lama.UMNO tetap UMNO dgn ahli dan perlembagaan yng sama.Yng nak mampus adalah pati hamPas yng terus ditolsk di Jerantut dan Pahang kita.Padan muka.kah kah kah..

Anonymous said...

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Jun 1999.

Anonymous said...

Kalau masuk BN pun, PM pun bukan dari PAS. Kenapa perlu jawatan kalau ikhlas berjuang. Tak ada jawatan pun boleh berjuang. Kenapa perlu ditawarkan jawatan, kalau ikhlas nak membantu. Sekali pun PAS masih pembangkang, nak dibantu pun boleh. Bukankah UMNO yg berkuasa? Kata nak membantu rakyat, tapi menilai dari kata-kata MB Terengganu tu, tak nampak keikhlasan pemimpin UMNO membantu rakyat.

Anonymous said...

PERJUANGAN MEMBNTUK NEGARA ISLAM YG DDIPERJUANGKAN SELAMA INI BOLEH BERTUKAR SETELAH BEERGABUNG DGN DAP KPD NEGARA BERKEBAJIKAN...MOHON PENJELASAN SAHABAT2 PAS.KALAU SY PUAS HATI DGN JAWAPAN AKAN ADA SOALAN KE DDUAA

ATAS PAGAR,

Anonymous said...

Pas, dulu kata haram kerjasama dengan bukan islam, sekarang dia kerjasama dengan bukan islam tak apa pulak, cakap berbelit-belit

Kampong man said...

Anon 10.15,

1.Pas harus buktikan calon Pas punyai kalibar PM bagi kita semua menerimanya dan Pas mendapat kerusi terbesar dan berkeyakinan tinggi berani memegang jawatan yang besar ini.

2.Contoh di Selangor jelas menunjukan Pas walaupun menang (15)lebih baik dari PKR (14) masih takut meneraju Selangor menggantikan Khalid.Kenapa ?.Apakah Pas layak dan berani memegang jawatan PM ?. Saya belum nampak lagi.Mungkin di PRU 20 nanti.Jadi LAIN KALI LAH ya! Wallahwuallam.


Anonymous said...

Pas berjuang bukan untuk dapat jawatan menteri itu menteri ini sepertimana kata Nik Aziz tapi mereka berjuang supaya Umno bergerak berpaksikan al-quran, kalau betul begitu Pas sepatutnya cukup dengan menasihati Umno, Umno nak ikut atau tidak dah lepas tanggungjawab Pas, kenapa pula Pas sibuk2 nak kalahkan Umno, nanti kalau Umno kalah terpaksalah pula pihak Pas yang terpaksa jadi menteri itu dan menteri ini, kalau begitu dah kira cakap tak serupa bikin, cakap orang politik saja, Islam for All not only for Pas

Anonymous said...

Kalau dah macai tetap macai,kentot najib pun diaorang ckp wangi,tgk cara mb tgganu buat knyataan pun dah tau x layak jd mb,dah tau bn lemah masih tunjuk lg perangai kampung,pemimpin yg x matang dalam memenangi hati rakyat,memang mb tu kurang cerdik pendapat saya,klu mcm tu la sikap mb baik jd penoreh getah je,hati kecik,aku janji sgt,tgkla yg pro2 bn,najib dah byk labur untuk pru ni,igt kamu semua,tggula hrga brg akan mula naik tak lama lg,mungkin pengundi bn berkecuali kot,ha3,jgn salahkan diri sendiri atau mnyesal,pr dah bg mnifesto terbaik tp masih lg otak zaman batu,ikut family pnya pegangan,otak lembu sharizat

Anonymous said...

parti pas bukan sekadar parti politik semata-mata..akan tetapi pas adalah parti yang memperjuangkan Islam melalui wasilah politik..perjuangan Islam adalah seumur hidup,

Anonymous said...

sorry yer...sy tak percaya PAS perjuangkan Islam sekarang..PAS lebih nampak perjuangkan putrajaya..kalo btl PAS juangkan Islam, dh tentu ada tanda2 PAS berkerjasama dgn UMNO utk mentadbir negara..tapi, sebaliknya PAS lebih gemar kerjasama dgn DAP komunis kafir tu yg mmg nak pecah-belahkan org Islam supaya tak bersatu...

Anonymous said...

agak sedih hati baca komen dari TGNA..TGNA selalo bagi seribu- satu alasan utk tak kerjasama dgn UMNO..alangkah baiknya kali TGNA bagi 1 alasan jek utk kerjasama dgn UMNO, org Islam sendiri...dulunya sy seorang PAS, setelah PAS masuk dlm PR, sy tak dpt sokong PAS anymore..sbb pengalaman peribadi sy kat tempat sy kerja, penyokong2 DAP sentiasa lyn buruk org muslim mcm 3rd class citizen dlm ofis...mmg sayu hati tgk semua tu...dan baru sy faham DAP tak pernah dan tak akan jadi kwn org Islam sepertimana sabda Nabi.."Org kafir tu tak sekali-kali akan menurut mu wahai Muhammad sehinggalah engkau menuruti mereka'. Jadi , fikir2kan la...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024